Good Bye

7 1 0
                                    

Keesokkannya, Mark datang untuk melihat Jungmin, tetapi dia tiada tetapi terdapat sebuah kotak yang dibalut cantik berserta kad. Mark mengambil hadiah itu lalu membaca kad itu

< maaf sebab aku bagi hadiah kau lambat. Aku harap kau akan pergi dengan selamat keluar negara. Aku harap kita dapat berkawan selamanya >

Itulah tertulis pada kad itu. Mark membuka hadiah itu dan ianya ialah binkai gambar dan terdapat perkataan friend padanya. Mark berasa bersalah lalu menuju ke rumah Jungmin.

Di hadapan rumah Jungmin, Mark memanggil nama Jungmin tetapi ibunya yang keluar dan mengatakan bahawa Jungmin tinggal dengan abangnya buat masa seketika. Mark cuba menelefonya tetapi dia tidak mengangkatnya.

Pada ketika itu, Jungmin sedang duduk di dalam kereta yang dipandu oleh Taehyung. "rehatlah dulu, nanti bila kita sampai saya kejut" kata Taehyung apabila melihat Jungmin asyik melihat keluar tingkap. "pastikan kita sampai hari ni juga. Saya tak nak terlepas hari jadi abang saya" kata Jungmin.

"baiklah, saya janji" kata Taehyung. Jungmin mula memejamkan matanya sebaik sahaja mendengar kata-kata itu. "baru teringat" kata Taehyung lalu mengeluarkan telefonnya. "kenapa?" tanya Jungmin sambil melihat ke arah Taehyung. "saya lupa nak beritahu pekerja saya yang saya tak ada hari ni" kata Taehyung lalu menelefon seseorang.

"hello wong, hari ni saya tak ada. Saya pergi hantar Jungmin ke rumah abangnya dan saya tak tahu bila saya boleh balik jadi saya nak awak tolong uruskan semua semasa saya tak ada. Baik itu saja" kata Taehyung lalu mematikan panggilan.

Skip

Di rumah Minhyun, loceng rumahnya berbunyi. Minhyun yang sedang memasak di dapur terus berlari untuk melihat siapa yang datang. Sebaik dia membuka pintu, dia sangat terejut melihat adiknya di hadapan pintu sambil tersenyum. "Selamat hari jadi abang. Ini hadiah abang dan ini mak kirim sup rumpai laut untuk abang" kata Jungmin sambil menunjuk tangannya yang berusaha mengangkat barang sersebut,

"terima kasih. Adik masuklah berehat. Adik bukannya sihat lagi" kata Minhyun sambil membawa adiknya ke bilik untuk berehat. Selama seminggu Jungmin duduk di rumah Minhyun sebelum dia balik ke rumahnya.

Jungmin semakin sihat dan telah pergi ke sekolah seperti biasa. Dahyun dan Chaeyong sangat gembira apabila melihat Jungmin yang akhirnya datang ke sekolah. "Jungmin, kami rindu sangat dekat kau" kata Dahyun. "akupun" kata Jungmin. "oh ya, minggu ni Mark akan bertolak keluar negara. Korang nak tak hantar dia ke lapangan terbang" ajak dahyun. "maaflah, abang aku balik masa tu dan aku dah janji nak teman dia" jelas Jungmin. "tak apalah kalau macam tu" kata Dahyun agak kecewa.

Skip

Hari ini Mark akan bertolak ke luar negara. Semua kawan-kawannya telah datang tetapi hanya Jungmin yang tiada di situ. "Mark, kau jaga diri dekat sana dan jangan lupa kami dekat sini tau" kata Joochan dengan nada yang sedih. "ya, aku tak akan lupakan korang" kata Mark sambil tersenyum. "jaga diri" kata Dahyun pula. "korang pun" kata Mark sebelum meninggalkan mereka.

Skip

Pada waktu yang sama, Jungmin juga berada di lapangan terbang yang sama bersama-sama dengan abangnya. "abang, tak boleh ke adik ikut abang?" tanya Jungmin kepada abangnya. "tak boleh, jangan risau abang pergi seminggu saja dengan Taehyung" kata Minhyun. "habis tu sapa yang nak jaga adik?" tanya Jungmin dengan nada yang manja.

"sini pun korang, Jungmin kenapa muka sedih ni?" tanya Taehyung bila melihat muka Jungmin. "sebab awak dan abang nak tinggalkan saya" kata Jungmin manja tanpa dia sedar Lucas berada disebelah Taehyung. Sebaik Jungmin sedar akan kehadiran Lucas itu, dia terus menyorokkan mukanya pada Minhyun. "tu la, kan dah malu" perli Taehyung. "janganlah, kesian dia" kata Minhyun untuk mempertahanankan adiknya. "oh ya, nanti adik balik dengan Lucas tau" kata Minhyun. "kenapa? Adik boleh saja balik dengan bus" kata Jungmin.

"tak boleh, kamu kena juga balik dengan dia faham" kata Minhyun dengan tegas. "baiklah" balas Jungmin dengan angkuh. "tolong jagakan Jungmin untuk saya" kata Minhyun kepada Lucas. "saya akan. Jangan risau" balas Lucas dengan senyuman yang manis. "Minhyun, jomlah. Nanti terlepas pula" ajak Taehyung. "nanti. Ni adik ada buat kek untuk abang, jadi jangan lupa makan tau" kata Jungmin sambil memberikan bekas yang berisi kek itu. "terima kasih, abang pergi dulu. Sayang kamu" kata Minhyun. "adik pun" kata Jungmin lalu melihat Minhyun pergi.

Ketika itu, Jungmin ternampak Mark. Mark melihat ke arah Jungmin lalu tersenyum sambil melambai. Jungmin membalasnya. "jomlah kita balik" ajak Lucas. "baiklah, tapi kita nak balik naik apa?" tanya Jungmin. "moto" kata Lucas dengan selamba. "apa?" tanya Jungmin agak terkejut. "kita akan naik moto saya. Jomlah" kata Lucas lalu berlalu dari situ diikuti oleh Jungmin. 'selamat aku pakai seluar hari ni' kata Jungmin di dalam hatinya.

Skip

di rumah Lucas, Lucas duduk di atas sofa yang terdapat di ruang tamu rumahnya itu. Di meletakkan bekas yang berisi kek yang diberikan oleh Jungmin sebentar tadi. Dia teringat akan ketika dia menyelamatkan Jungmin pada hari itu.

Flashback

Ketika Lucas sedang bekerja di cafe itu. Taehyung datang ke arah Lucas sambil melihat keluar tingkap. "itukan Jungmin. Tapi sapa yang ekori dia tu" kata Taehyung telah membuatkan Lucas melihat ke arah yang kelihatan takut. "nampaknya dia macam dalam bahaya" kata Lucas.

"wong, pergi ikut dia" arah Taehyung. "apa?" tanya Lucas terkejut dan tidak percaya. "cepatlah" arah Taehyung sambil menolak tubuh Lucas. Dangan paksaan itu, Lucas membuang apron yang dipakainya lalu mengekori Jungmin.

Lucas mengekori mereka sehingga melihat Jungmin jatuh ke dalam air. Lelaki yang mengejar Jungmin itu terus melarikan diri sebaik Jungmin terjun ke dalam air. Lucas yang melihat kejadian itu terus pergi menyelamatkan Jungmin.

End flashback

"aku rasa lebih baik kau tak tahu" kata Lucas lalu bangun dari tempat duduknya dan menuju ke dalam biliknya.

---bersambung...

Memory Of My FriendDonde viven las historias. Descúbrelo ahora