#four

178 28 10
                                    


Sudah menjadi kebiasaan kepadaku untuk memalingkan kepala ke belakang kelas untuk melihat kelibat Jae. Wajahnya yang semula jadi pucat kemerah-merahan. 

"Jae, kau okey tak?"

Dia mengangguk lemah. Kemudian, Jae terbatuk kuat. Tanganku menyentuh dahinya. Dia demam.

"Kau demamlah..." Lengan Jae ditarik lembut. "Jom aku bawa kau ke bilik sakit." Dia menggeleng kepala sekeras-kerasnya. Wajahnya jelas terpampang yang dia tidak mahu. 

"Kenapa?"

"Nanti aku susahkan orang...."

"Aduyaiiii, Jae!! Kau tak susahkan orang pun la... Cepat, kita pergi bilik sakit." Aku menarik lengannya, memaksa dia untuk berdiri. Dia memandang aku dan berkerut.

Aku membalas pandangannya. 

Aku tenung ke arah mata Jae. Kami bertentang mata tanpa berkata apa-apa buat beberapa saat. Aku cepat-cepat mengalihkan pandangan apabila aku merasakan yang wajah aku kian panas dan merah.

Aku tewas dengan dia, tak guna.

Aku genggam lengannya erat. Kemudian, aku heretnya keluar dari bilik darjah itu.

===========================================================

Selimut disarungkan ke atas badan Park Jaehyung. Kemudian, aku melabuhkan punggung di atas kerusi yang berada di sebelah katil.

"Kau tak nak balik kelas ke...?"

"Aku nak teman kau kat sini." Aku mengeluh. "Kau pun satu, dah tahu sakit, kenapa datang sekolah juga? Duduklah rumah diam-diam, makan ubat, rest." Ha, kan dah kena bebel sekali. Padan muka. 


Jae hanya mendiamkan dirinya. "Aku taknak duduk rumah."

"Kenapa?"

"Eum..." Dia menarik selimutnya untuk menutup keseluruhan badan serta kepalanya, seakan-akan tak mahu menjawab soalan aku tadi.

Aku menarik selimutnya ke bawah. "Cakap. Kenapa kau taknak duduk rumah." Aku berkeras. Jaehyung berusaha menarik selimut itu ke atas. Dia ni degil! Jadi, aku geletek kakinya.

"Kau taknak jawab eh? Ambil ni!!"

"Hyejihyejihyejihyeji!!!! Stop!! Ahahaahaha- Stop it!! Weh, stop!!" Dia tergelak tak ingat dunia, wajahnya menjadi merah. Kemudian dia terbatuk-batuk, alamak. "Sesak... nafas....."

Alamak. Dia sesak nafas? Sebab aku ke?    "J-Jae, sorry... Kau... kau okey tak? Nak aku panggil nurse ke?" Dia menggeleng, dan tercungap-cungap mengambil nafas. "O-Okey... Aku bagitahu..." Dia membetulkan posisi duduknya di atas katil tersebut.

Aku merapatkan kerusi dengannya, tak sabar untuk mendengar apa yang bakal dikatakan.


"Duduk rumah... tak ada kawan."

Selepas dia kata begitu, dia membetulkan cermin matanya dan memandang ke kiri, iaitu arah bertentangan dengan tempat aku duduk. 

"D...Duduk rumah.... Tak ada... tak ada kau....." Dia sambung.


Aku menggetap bibir, terkejut dengan jawapannya. Terus terkelu lidah untuk berkata-kata. 

Kenapa?

Aku rasa sebab aku terlalu bahagia. 

Bayangkanlah, lelaki yang kau suka begitu.

Aku rasa macam aku nak peluk Jae sekarang ni. Aku sangat sangattttttt bahagia.

Shy Boy [Day6 JAE FANFICTION]Onde histórias criam vida. Descubra agora