#takdirbuatku version 1-16

9K 205 1
                                    

"Awak.."

Zayril Nazhan yang sedang kusyuk menonton televisyen hanya mendengar.

"Awak,kalau awak nak lepaskan saya,saya terima.Saya sedar saya tak layak untuk awak.."

"Kau nak aku lepaskan kau ke?" sengaja Zayril Nazhan ingin menduga isterinya.

"Kalau itu yang boleh buat awak bahagia.."

"Aku penat tau tak?Aku masuk tidur dulu.."

Zayril Nazhan berlalu naik ke bilik.Dia membaringkan tubuhnya di sofa.Matanya tertumpu pada gambar pernikahan mereka yang tergantung di dinding.

:::::

Pagi itu,dia bangun.Kemudian,dia membersihkan diri.Dia berlalu turun ke bawah.

"Awak.."

Zayril Nazhan duduk di meja makan.

"Awak.."

"Kau nak apa?Tolong jangan spoil kan mood aku pagi-pagi ni.."

"Hujung minggu ni kawan saya ade buat kenduri sikit.."

"Kau nak pergi?" soal Zayril Nazhan ingin tahu.

"Kalau awak izinkan.."

"Pergi jelah.."

"Terima kasih.."

"Hurm.."

Zayril Nazhan yang sudah selesai bersarapan berlalu keluar dari rumah.

"Awak.."

Fatin Izayra menyalam suaminya.

"Kau pahal ni?Demam?"

Zayril Nazhan merasa dahi isterinya.Sejuk.

"Mana ada saya demam.." balas Fatin Izayra sambil tersenyum.

"Aku pergi dulu.."

"Awak hati-hati tau.."

Zayril Nazhan berlalu masuk ke dalam kereta.

::::::::

Datin Nasya menyediakan sarapan untuk suaminya.

"Abang,Ril ada call tak?"

"Tak de pulak.Kenapa?" balas Dato Zakry.

"Saya rindu lah dengan anak menantu kita tu.." luah Datin Nasya.

"Dah tahu rindu,pergi lah rumah dorang.."

"Ishh,biarlah dorang yang datang sini.."

"Dah,sarapan.."

"Abang,saya tengok Ayra sekarang makin cantik.."

"Menantu awak tu memang cantik kan?Ril tu yang tak nampak.."

"Sekarang lagi cantik.."

"Maksud awak?"

"Saya pergi rumah dorang haritu.Pastu saya nampak Ayra baru balik,dia pakai baju kurung.."

"Ayra pakai baju kurung?Apa yang peliknya?Baguslah tu.."

"Abang ni kan,saya bersyukur lah kalau dia dah berubah cuma takkan semudah itu kan?"

"Sya,tu tandanya Allah dah bagi Ayra tu hidayah lah.Kita ni doa yang terbaik jelah untuk dorang tu.."

"Saya pon harap macam tu lah.."

"Saya harap Ril tak buat kerja gila lah.."

Berkerut dahi Datin Nasya mendengar kata-kata suaminya.Tidak faham apa yang cuba disampaikan oleh suaminya itu.

"Maksud abang?"

"Saya risau kalau Ril tekad nak lepaskan Ayra.."

"Saya akan pastikan hal tu takkan berlaku.."

"Harapnya begitu lah.."

:::::::::

"Okay,tajuk kita hari ni 'anak derhaka'.Siapa tahu makna anak derhaka?"

"Anak yang tidak mendengar kata ibu bapanya.." balas Fasya.

Sekali lagi tajuk itu menusuk kalbu Fatin Izayra.Sesekali air matanya tumpah.

Dia laju menyeka air matanya.

Setelah selesai,Fatin Izayra duduk sebentar di ruang solat wanita.

'Mummy,daddy.Maafkan Ayra.Ayra banyak dosa dengan mummy and daddy.Ayra anak derhaka..' rintihnya.

"Nak,anak okay?" ujar seorang wanita di situ.

"Saya okay.."

"Anak nampak macam sakit.Anak tak sihat ke?"

"Tak de apalah,mak cik.Saya okay.Saya balik dulu.Assalamualaikum.."

"Waalaikumusalam.."

Fatin Izayra menyalam mak cik itu.Dia berlalu ke kereta.

"Ayra.."

Fatin Izayra berpaling.

"Kenapa tak balik lagi?"

Fatin Izayra tidak menjawab sebaliknya hanya mendiamkan diri.

"Ustaz,saya nak cakap sikit boleh?" ujarnya tidak lama kemudian.

"Cakaplah.Kalau saya boleh tolong saya tolong.Apa dia?"

"Apa patut saya buat?Saya dah masuk dalam kategori anak derhaka.Saya dah lawan cakap dorang.Tak dengar nasihat dorang.."

"Ayra minta lah maaf kat dorang.Insya-Allah,dorang maafkan Ayra.."

"Ustaz,saya terlalu banyak dosa.Adakah Allah masih dapat ampunkan saya?"

"Allah sentiasa ampunkan dosa-dosa hambaNYA.Kita cuma perlu sentiasa memohon ampun dariNYA kerana Allah tu Maha Pengampun.."

"Saya minta maaf ganggu masa ustaz.."

"Tak pe.."

"Saya balik dulu.."

"Ayra.."

"Ye?"

"Erm..maaf buat awak terasa ke apa dengan kuliah saya tadi.." ujar Ikhwan Firzad serba salah.

"Tak pe lah.Ustaz dah sedarkan saya.Terima kasih.."

"Sama-sama.."

Takdir buatkuWhere stories live. Discover now