제12장

23 5 2
                                    




"Now what I'm gonna do with this, hm?" gumamnya sendiri tatkala matanya khusyuk memandang sekumpulan orang lelaki yang sedang berjalan di sekitar taman tersebut sambil berbicara tentang sesuatu yang dia tidak mahu ambil kisah sedikitpun. Kakinya diayunkan ayunkan ketika dia duduk di atas dahan pokok tersebut.

Bibirnya tersenyum nipis, menunjukkan lesung pipitnya yang begitu dalam tertanam pada kedua belah pipinya yang  sekaligus menambahkan kemanisan pada wajahnya. Namun itu semua palsu, di sebalik senyuman yang dipamerkannya disembunyikan 1001 kerisauan yang muncul di dalam dirinya sejak tadi.

Fikirannya dari tadi berlegar legar memikirkan sesuatu yang boleh dilakukan oleh dirinya terhadap sekumpulan lelaki tersebut yang sepertinya mempunyai niat jahat terhadap taman tersebut.

Ya, separuh daripada dirinya terdiri daripada taman tersebut, tanpa taman tersebut maka terhapuslah dirinya bagaikan zarah zarah yang berterbangan di dalam udara. Maka, salah satu daripada umat manusia menyakiti taman tersebut sama seperti mereka menyakiti dirinya dan begitu juga sebaliknya.

"Aku dah agak mesti perkara macam ni akan berlaku, so it's not a waste." ucapnya, sebelum dia hilang dari penglihatan sesiapun, bahkan dari pandangan haiwan haiwan yang berada di atas bumi.














"Tae, noona rasa tak perlulah nak jaga Jimin harini. Noona dah ambil cuti. Okay?"

"Nae nae arraseo. But why? Noona jarang ambil cuti kalau takde benda urgent, kan?"

Hyojoo tergelak hambar.

"Penat. K take care." ucapnya singkat, sebelum mematikan panggilan. 

Setelah itu matanya dialihkan ke baratnya memandang adik angkatnya yang hanya duduk secara sendirian pada sofa di ruang tamu sambil menonton rancangan televisyen yang menyiarkan kartun kegemarannya. Terdengar gelak tawa darinya apabila terdapat babak lawak ditayangkan.

Bibirnya mengukirkan senyuman pahit dan dia meneruskan kerjanya pada notebooknya yang dibeli khas untuk menyiapkan kerja kerjanya apabila dia mengambil cuti. Tatkala jari jemarinya giat menekan papan kekunci, fikirannya merewang ke benda lain.

Dia masih memikirkan tentang kehadiran Kim Seokjin serta kad yang diberi olehnya semalam. Terdapat sesuatu benda yang membuatkan dirinya ragu ragu akan Seokjin serta kawan sekerjanya, walaupun lelaki itu melayannya amat baik.

Betul ke nama syarikat yang aku baca tu?

Aku macam pernah dengar je. Tapi dekat mana?

GARDEN'S Secret Angel 『 정원 비밀의 천사 』- 김남준 || discontinuedWhere stories live. Discover now