4

1.2K 93 3
                                    







Harini sudah masuk hari ketiga jungkook tidak hadir kesekolah namun benda itu langsung tidak memberi apa apa kesan kepada insan bernama PARK JIMIN . Jimin sangat bahagia sekarang ni . Sudah masuk bulan ke 4 mereka bersama dan masuk bulan ke 4 jugalah jimin memulau jungkook . Bukan jimin tidak layan tetapi sikit sikit jela , lagipun dia sudah lama berkawan dengan jungkook , jadi biarlah dia berkawan atau lebih tepat meluangkan masa nya bersama orang lain merangkap kepada kekasih hatinya sendiri .

Mungkin dia agak risau tentang jungkook tapi sikit jela . Bila dia message jungkook kenapa jungkook tak datang , jungkook kata ada hal . Jimin tidak bertanya lebih lebih seperti selalu kerana dia tahu jungkook sudah besar dan cukup matang untuk menyelesaikan masalahnya sendiri . Lagipu jimin pun ada banyak lagi benda nak buat selain daripada tanya khabar jungkook .

——-

"Jungkook ... keadaan awak dah semakin teruk . Awak kena lakukan pembedahan tu secepat mungkin "

Jungkook menghela nafas .

"Tapi doctor , kalau saya lakukan pembedahan tu , saya boleh sihat ke ?"

"Peluang untuk hidup 50/50 .. tapi sebaiknya awak lakukan pembedahan itu supaya kanser ni tak melarat ke organ organ lain "

"Nanti saya akan fikirkan"

"Sebelum esok , saya nak jawapan . Sebaik baiknya , pembedahan itu dilakukan dengan cepat . Saya harap awak buat pilihan dengan baik , jungkook" kata doctor itu lalu keluar dari wad jungkook .

Jungkook tekad ingin berjumpa jimin sebelum membuat pembedahannya kerana peluang hidup hanya 50/50 . Tapi , jimin hanya buat endah tak endah je . Message dibalas sepatah . Jimin .... kenapa kau berubah .

——-

"Doctor ... saya dah buat keputusan"

Doctor itu hanya diam dan menantikan apa yang keluar daru mulut pesakitnya itu .

"Saya setuju untuk buat pembedahan tu ... tapi sebelum tu .. boleh tak saya keluar hospital sekejap ?"

"Kenapa ?"

"Saya nak jumpa kawan baik saya .."

"Kenapa tak suruh dia datang melawat je ?"

"Dia tak tahu saya sakit " kata jungkook sambil tersenyum kecil .

"Hm baiklah . Tapi pembedahan tu esok , awak keluarlah petang ni ye"

"Baiklah , terima kasih doctor"

Selepas doctor itu keluar , jungkook dengan pantas mencapai telefonnya lalu mendail nombor jimin .

Tutt .. tutt ..

"Ya? Kenapa ?" Jimin menjawab panggilan tersebut .

"Jimin..aku nak jumpa kau boleh tak ? Pukul 5?"

"Alah weh , aku ada —"

"Jimin, jebal . Sekali ni je . Tolonglah "

"Hm ... okayla"

"Thanks weh ! Pukul 5 dekat cafe yang selalu kita lepak tu , boleh ?"

"Okay bro "

—-

"Kook ah !!" Kata jimin sambil berlari ke arah meja yang di duduk oleh jungkook .

"Jimin !"

"Yo kook ! Lama tak lepak kan !" Kata jimin .

"Haah weh.."

"Yela aku kan dah berpunya tula yang bz sikit kebelakangan ni . Ni pun aku curi masa je ni "

"Jimin... spend time ngn aku sampai malam boleh ?"

"Hm...jap aku tanya minji kejap , sebab dia ajak aku teman dia pergi mall"

"Jimin..sokay lah kalau kau busy.." jungkook tersenyum nipis . Jimin ... lepasni belum tentu lagi kita boleh jumpa ke tak ..

Jungkook bangun dari meja lalu keluar dengan air mata yang bertakung .

Jimin mengejar jungkook dari belakang dan mendapatkan jungkook .

Agak klishe ye pft .

"Jungkook , lek ah . Yela yela aku lepak dengan kau harini sampai malam " kata jimin yang berjalan di sebalah jungkook .

Jungkook mengangkat mukanya lalu mengelap air matanya yang kian tumpah .

"La kau asal kook ? Sampai menangis ni dah kenapa ? Tak lepak je kot "

"Aku rindu kau " kata jungkook mengelap air matanya .

Jimin agak tersentuh di situ .

'Kook menangis sebab tak dapat lepak dengan aku ? Aku rasa memang aku jarang gila lepak dengan dia lepas ada gf . Teruknya aku...kook maafkan aku..' monolong jimin sendiri yang sudah sedar kesalahannya itu .

"Kita pergi sungai han nak ?" Ajak jimin . Kalini dia betul betul ingin spend time dengan jungkook . Rindu nya dia pada kawan dia yang seorang ini .

"Okay je.."

—-

Sungai han

"Dah lama kan tak pergi sini ?" Kata jungkook .

"Dah lama gila . Last kita pergi waktu kita umur 12 ke 13 tah hahahahaha"

"Jimin.." panggil jungkook .

"Ya.."

"Kalau aku dah takde nanti , kau jaga diri tau" jungkook memeluk jimin . Biarlah apa tanggapan orang luar , dia tetap ingin melepaskan rindunya pada jimin .

"Kau dah kenapa cakap camtu ? Nak kena terajang dengan aku ke ?" kata jimin yang perlahan lahan membalas pelukkan jungkook .

"Weh kalau aku dah takde nanti , kau sedih tak ?" Tanya jungkook tiba tiba selepas melepaskan pelukkanya .

"Babi ! Gila tak sedih ! Kau ni dahla tak payah cakap pasal ni lagi .. aku tak suka lah " kata jimin . Dah kenapa kawan aku ni ?

"Weh kau lagi sayang aku ke minji ?" Tanya jungkook tiba tiba lagi .

"Em dedua !"

"Satu je"

"Aish.."

"Sokay jimin .. aku tahu kau pilih dia" kata jungkook tersenyum kecil .

"Tak tak ! Aku sayang kau ! Kau kawan baik aku selamanya ! Takde sape dapat gantikan tempat kau kook !"

"Tapi aku tengok dari perwatakkan kau sekarang , jawapan kau macam tipu je.." kata jungkook sambil tersenyum kecil lagi .

ZZZAP !

Jimin terasa di situ . Ya , memang sejak kebelakangan ni , hanya Minji yang dia nampak . Tiada lagi orang lain . Tapi dia sudah tekad ingin menyama ratakan layanannya terhadap Minji dan Jungkook .

"Er weh kenapa kau tak datang 3
hari ni ?"

"Oh..aku ada hal"

"Hal apa ? Kan aku cakap , jangan rahsiakan apa apa dari aku.."

"Takde apa apa lah jimin ..."

"Alah bagitahu la"

"Nanti aku bagitahu la.."

"Yela.."

"Kook kau kenal tak taehyung dari kelas sebelah tu ?"

"Oh kenal kenal ! Asal dengan dia ?"

Mereka meluangkan masa hampir 5 jam  dengan hanya berbual kosong . Sudah lama mereka tidak meluangkan masa bersama jadi banyaklah cerita yang ingin disampaikan .




  

'Jimin , kalaulah aku boleh bersembang dengan kau macam ni lagi..'





—-

Tbc <3

TOGETHER FOREVER | JIKOOKDär berättelser lever. Upptäck nu