Bab 46

2.1K 54 0
                                    

"Hannah!!!" Kuat jeritan Salmi memanggil Hannah yang begitu lama 'bertapa' di dalam bilik air. Entah apa sajalah yang dibuat oleh budak Yan itu di dalam tandas begitu lama. Takkan pengsan pula??? Salmi sudah gelabah sendiri. Cepat2 dia bangkit daripada duduknya dan melangkah ke depan pintu tandas yang berwarna biru itu.

"Hannah!!!" laungnya lagi. Lebih kuat dari tadi. Namun respons yang diterima hanyalah sepi. Dia sudah makin gelabah.

Hannah, masih bernyawakah di dalam itu? Jangan2 budak itu buat benda yang bukan2? Maklumlah, tengah kecewa dengan suami sendiri. Tapi tak mungkin!

"Hannah!!!" panggil Salmi yang sudah makin senak perut mengandaikan perkara yang bukan2. Walaupun minda warasnya cuba untuk menafikan segala andaian yang bersarang di dalam kepala, namun masih ada separuh jeritan menyuruh dia percaya juga segala konklusi tidak logik itu.

Pintu sudah diketuk bagaikan hendak pecah.

"Hannah!!!" Salmi sudah menangis. "Bukalah pintu!!!"

Perlahan, pintu terkuak dari dalam. Muka Hannah yang begitu merah terjengul.

Salmi mengesat air matanya dengan hujung jari. Namun riak wajahnya masih risau melihatkan wajah Hannah yang merah padam itu. "Kau sakit ke?"

"Kenapa kau ketuk pintu macam nak roboh ni?" marah Hannah. Keningnya berkerut2 seketika. Tangannya sudah mula mencengkam hujung baju dengan kuat sekali.

"Aku ingatkan kau pengsan dalam toilet tu. Tak ada respons langsung bila aku panggil."

Dahi Hannah berkerut lagi mendengar patah kata dari bibir Salmi. Kali ini bibirnya diketap kuat. Dia sudah tidak boleh bertahan lagi. Cukuplah setakat ini.

"Hannah, kenapa? Marah sangat ke dengan aku?" soal Salmi dengan riak risau. Hatinya sudah dipenuhi dengan berbakul2 tanda tanya. Kenapa riak wajah Hannah seperti hendak menghamburkan api kemarahan terhadapnya? Muka Hannah yang merah itu seperti sudah menjawab persoalan yang sedang membelenggu diri Salmi pada ketika ini.

Tanpa sebarang jawapan, pintu tandas dihempas laju.

Salmi terpanar. Dia betul2 tidak sangka, kerisauannya akan membuatkan Hannah marah. Bibirnya diketap. Matanya sudah terasa panas. Dia betul2 tidak berniat langsung untuk membangkitkan kemarahan Hannah. Kalau dia tahu Hannah tidak suka, tentu dia tidak akan mengetuk langsung pintu tandas ini. Percayalah cakap dia!

Dengan wajah yang sudah dilimpahi awan mendung, Salmi kembali ke ruang tamu. Tujuan dia memanggil Hannah pun sudah dilupakan begitu saja. Tubuhnya direbahkan di atas sofa dan matanya terus dipejamkan dengan rapat. Air mata yang tumpah membasahi pipi itu tidak dipedulikan. Dibiarkan saja membasahi pipinya. Tanpa sedar Salmi sudah terlena dengan linangan air mata.

                          ♡♡♡

Tangan yang sejuk melekap di pipi memaksa dirinya untuk membuka mata. Terkejut dia melihat wajah Hannah di depan mata. Kelopak matanya dikelipkan buat beberapa kali. Cuba menganalisa pandangan yang dilemparkan oleh Hannah padanya.

"Kau tak marah?" Teragak2 Salmi menyoal.

Hannah sudah bangkit melabuhkan punggung di sofa berhadapan dengannya. Tangan gadis itu sudah mencapai remote control yang terletak di atas meja kopi itu.

"Nak marah buat apa?" Hannah menyoal kembali. Matanya sudah mula fokus pada siaran televisyen.

Reaksi wajah Salmi sudah berubah.

"Habis, tadi kau marah?" soal Salmi dengan nada yang tinggi. Geram pula. Dia fikir Hannah marahkan dirinya, sebab itulah yang sampai menangis tak fikir malu dah.

Kampung GirlWhere stories live. Discover now