EPISODE !

39 2 0
                                    

"Awak nampak kedai jahitan yang kecil di bawah sana tu??" Jaewook menunjuk ke luar jendela sambil Bo Ah memandang mengikut arah telunjuknya. Kepala diangguk selepas terlihat papan tanda kedai yang menulis 'Misty Swan's Tailor', "Awak tahu, setaraf apa awak melalui sudut pandang saya?" tanya Jaewook.


Bo Ah memandang Jaewook dalam kehairanan. "Museun?"


"Setaraf itulah di mana pengalaman awak ni boleh di bawa..., Lagipun saya ada dengar kedai kecil itu perlukan orang seperti awak.. Geurom, Nampak pintu disana? Silahkan keluar.." Bo Ah tersentak.


"M-..mwo?!"


"Kami sedang mencari pereka fesyen yang profesional, bukan orang yang baru bertatih seperti awak..., Maaf tapi kami memang tak dapat nak ambil awak buat masa sekarang ini..." kata Jaewook. Bo Ah menahan amarahnya lalu mencapai fail resume yang berada di atas meja CEO Kim Jaewook itu dan pantas keluar. Tak guna! Sedap saja dia merendah-rendahkan orang?! Terasa tercalar maruahnya apabila lelaki itu berkata seperti itu!


Jaewook menghela nafas lantas berpusing untuk merenung ke luar cermin kaca yang melihatkan jalan raya di pusat bandar yang makin sibuk ini. 


"Mulai hari ini, Jumpa di mana-mana saja lelaki itu... Dia adalah MUSUH UTAMA aku!" jerit Bo Ah sekuat hati walaupun di perhati oleh staf lain di syarikat pakaian itu.





2 Tahun kemudian,


"ajumma,.. Ini saya dah siapkan tempahan untuk Puan Yeo In-Na, Dia akan ambil petang nantikan?" tanya Bo Ah sambil meletakkan lipatan baju gaun di sebelah mesin jahit.


Ajumma So Najung menggangguk. "Jalhaesseo...," puji Ajumma So, cermin mata yang meleret turun ke batang hidung dibetulkan lalu semakin fokus menjahit baju hanboknya yang terkoyak.


"Esok,.. Ajumma tak ada kerana nak pergi melawat anak Ajumma..., Kamu masuk kerja atau nak cuti?" soal Ajumma So. Bo Ah mengumam panjang, tangan menaikkan tirai supaya menerangi bahagian kedai itu dari terus bergelap.


"Tengoklah dulu macam mana,... Kalau ada hal, mungkin tak...,- Ah! Matta, Mungkin masuk juga sebab ada tempahan dari Puan Im Yoon An, pakaian untuk ulang tahun anaknya." Bo Ah menepuk dahi. "Aigoo, macam mana boleh lupa ni.." bisik Bo Ah.


"Tak apa,.. Kalau kamu nak juga datang,.."


"Ne! Geurom, Saya pergi berehat dulu.. Ajumma ada nak pesan apa-apa ke?" tanya Bo Ah lalu menyarungkan tali sling begnga. Siap sedia untuk memecut ke kedai sandwich yang baru dibuka tidak jauh dari kedai yang dia bekerja ini.


"Aniyo.. Eopseo-yo." Tangan Ajumma So kelihatan menghalaunya pergi. Bo Ah tersenyum lalu mempamitkan diri untuk menjalani waktu rehatnya. Sejurus pintu tertutup, Bo Ah dengan langkah seribu memecut untuk ke seberang jalan. TEETHDUCK! TEETHDUCK!! NANTI SANDWICH TU HABISS!!!

Our First Time 💘 {2019}Where stories live. Discover now