Aku dan dia

165 11 0
                                    

Alamak..

Habislah aku... Pagi aku terlewat bangun lagi. Jam loceng yang kukunci malam tadi bagaikan tiada fungsi atau... Aku yang tertidur mati.. Segera aku bingkas bangun dan membuat persiapan ala kadar sahaja untuk segera ke sekolah. Mujurlah hari ini kami memakai uniform sukan. Tak perlulah nak mengosok baju bagai.

Langkah kakiku serasa tidak menjejak tanah apabila kukerling jam dipergelangan tangan menunjukkan angka yang tidak sepatutnya bagi seorang pelajar sepertiku.

"Hah....Haryanny...lambat lagi ke hari ni..?" Suara garau Ahmad Muzaffar menerjah keras jauh ke dalam lubang telingaku.

Tertunduk aku seketika.Aduhai....Alasan apalah aku nak bagi kat mamat ni.

"Maaflah saya terlewat bangun,"perlahan bergumam suaraku seolah dengar atau tidak.Kulihat ketua pengawasku yang segak berserta pakej berlagak ini sedang menguntum senyuman..Erksss....apasal macam mengerikan je senyuman dia kali ini ya.

"Tak apa.saya faham tentu awak tak tidur malam kan..Sibuk ulangkaji pelajaran pasal tu la saya perasan Fb awak on je sampai pukul 3 pagi"

Eh...mana mamat ni tahu aku sibuk bermuka buku sepanjang malam tadi ni...ke dia...Stalk aku..?Homaiiii....matilah weiii.Makin menikuslah aku jadinya.Dengan senyum simpul dia menghulurkan sesuatu di tangannya sambil membisikkan kalimah agung yang tidak pernah kujangkakan akan kudengar dipagi yang hening ini.

Tak pasal-pasal aku miss matapelajaran sains hari ini apabila terpaksa menunaikan amanat si mamat yang selalu perasan muka dia macam artis Korea tu.Huh....Korea la sangat.
Terbongkok-bongkok aku mengutip helaian daun kering yang gugur di sekitar Taman Mini Herba.Nanti kau..suatu hari nanti aku akan balas balik..tapi kalau aku berani la ya..Sedangkan hakikatnya aku ini penakut yang amat orangnya..Lagi ada hati nak balas dendam..chesss..

"Eh Haryanny...apasal teruk betul aku tengok kau hari ni.Berpeluh bagai.Kau pergi berjogging ke pagi-pagi ni sampai skip kelas sains.Puan Syafikah sibuk tanya mana kau pergi tadi,"teguran Ain Najihah kusambut dengan dengusan geram.

Melihat jelingan separa maut yang aku hadiahkan membuatkan dia mulai terfikir sesuatu.

"Ke....Kau datang lewat eh...?"

"Ya..kena saman dengan mamat berlagak tu la.Ada ke patut aku yang comel lote ni disuruhnya kutip daun kering dekat Taman Mini Herba..Huh..sakit betul hati aku ni kau tau tak.!!"

"Perghhhh....Ahmad Muzaffar yang denda kau ke Haryanny?"Soal Ain Najihah teruja.

Eh apahal minah ni aku yang kena denda dia yang excited tak tentu pasal ni.Ada karang makan tangan.Tak kiri silap-silap kanan..

"Yang kau ni dah kenapa?kau ingat seronok sangat ke kutip daun kering tu kat situ.Dahlah masa kutip tu si sengal tu boleh pulak dok tepi monitor aku.Macamlah aku nak lari..Heiiii dah tak payah cerita pasal ni lagi.Buat sakit hati aku je lah"

Dengusku lagi sambil melangkah meninggalkan Ain Najihah terkulat-kulat sendirian.Dah la tak sempat sarapan pagi sekarang ni perut aku dah mula berdondang sayang.Baik aku pergi kantin untuk cari apa-apa yang boleh aku ngap.

Biarkan aku pergiOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz