Apa kena dengan dia ni...?

93 11 0
                                    

Hari ni semangat aku datang awal semata-mata mahu mengelakkan dari bertembung dengan mamat Korea tu.Sampai sahaja di dalam kelas segera beg kuhenyakkan di atas kerusi sebelum aku berlenggang menuju ke kantin untuk mencari sarapan pagi sementara menunggu loceng berbunyi.

"Hai Haryanny..jangan lupa datang mesyuarat pemilihan ajk Kelab Kesusasteraan Melayu petang ni ya,"

Lembut suara Imanina menyapa.Kupandang wajahnya yang berkacamata sambil menganggukkan kepala.Mujurlah Imanina mengingatkan kalau tidak haruslah aku terlupa.
Sehabis tamat pelajaran terakhir aku dan Ain Najihah terus  menuju ke bilik aktiviti kelab dimana pemilihan ahli jawatankuasa baru akan dijalankan.Sudah dua tahun aku mengikuti perjalanan kelab ini kerana banyak faedah yang mampu ku perolehi.Di sinilah aku mengasah bakatku dengan menyertai pertandingan yang berkaitan dengan sastera.Beberapa kali jugalah puisi hasil nukilanku berjaya menempa tempat yang tersendiri.Aku juga aktif menghasilkan cerpen yang diterbitkan oleh majalah bulanan sekolah dan sering juga aku menghantar karyaku ke dada akhbar.Suasana riuh yang menguasai ruang kini bertukar menjadi sepi apabila pengumuman ketibaan Pengerusi Kelab dibuat.

Dan....bagi aku suasana menjadi sepi sesepi-sepinya di saat aku terpandangkan makhluk nan seorang itu turut terpacak di sebelah tuan pengerusi kami.Huh...apalah yang dia buat dekat sini..sekarang ini..????
Ah...peduli apa.lantak la apa dia nak buat pun.Tak ada kena mengena dengan aku sekalipun.So...Please ignore him Haryanny...

"Sekarang kita akan mulakan proses pengundian kita untuk jawatan Pengerusi Kelab bagi tahun 2018."

Yess...acara dah bermula dan ternyata Ahmad Muzaffar menjadi calon pilihan apabila memperolehi undian tertinggi dan bekas pengerusi pada tahun sebelumnya telah terpilih sebagai naib pengerusi.Kini jawatan setiausaha pula dipertandingkan.

"Saya Mohd Muaz mencadangkan saudari Arianna Zafirah,"

Tersenyum-senyum malu tuan punya badan bila buah hati pengarang jantung mencadangkan namanya.

"Saya Ahmad Muzaffar mencadangkan saudari Haryanny Melissa Nabila,"

Erksss......Apahal pulak mamat ni usyar-usyar nama aku nie.Sampai terteleng kepala aku memandang wajahnya yang begitu selamba seolah-olah ingin memberitahu "Apa pandang-pandang.Suka hati aku la nak sebut nama siapa pun,"Heiiii....Sakitnya hati aku.Rasa macam nak flying kick orang pun ada dah ni.Terasa mengenyam-ngenyam telapak kaki aku ni.Dan ternyata sakit hati aku kian bertambah di saat undian telah berpihak kepada orang yang salah.Tidak lain tidak bukan akulah  orangnya.

Petang itu sehabis kelas aku dan Ain Najihah mengisi perut yang berkeroncong sementara menunggu kumpulan belajar kami bermula.Tiba-tiba ada sepiring mee goreng dan secawan milo ais terhulur di hadapanku.Dan....hampir terkeluar bebola mataku dari soketnya apabila kulihat manusia yang paling aku cuba elakkan dari bertembung kini dengan selambanya duduk di situ.

"Haryanny...saya minta maaf kerana calonkan nama awak tadi.Tapi bagi saya,saya sudah buat keputusan yang tepat kerana hanya awak yang mampu mengalas tugas tersebut"

Lembut suaranya bertutur sambil matanya memandang jauh ke dalam sanubariku.Eh....apa pasal pulak ke sanubari bagai nie..Walau ada rentak tarian Zumba menguasai hati apabila mendapat pujian namun tetap kudiamkan diri.

"Saya nampak kesungguhan awak dalam setiap tugasan kelab yang telah awak laksanakan.Saya percayakan awak,"

"Kalau tanggapan awak salah?"soalku keras sambil merenung tepat ke wajahnya yang bersih dari jajahan jerawat.

Tapi betullah bualan ramai yang lelaki ini memiliki kriteria jejaka idaman.Hemm..not bad..boleh tahan kacak..Alamak..Duhai hati apa yang sudah kau buat ni....?Apasal la tiba-tiba terpuji musuh sendiri ni.Dan disaat Ahmad Muzaffar membalas renunganku kami terpaku seketika.Entah mengapa kantin yang riuh rendah menjadi sepi sesepinya bagai tidak berpenghuni.Yang kedengaran hanya detak jantung berdegup kencang macam atlit marathon baru lepas menamatkan acara.

"Woi....woii....agak-agaklah nak main mata kot..Aku wujud lagi ni...!"

Sungguh bagai tersentak kami dibuatnya apabila suara serak-serak sengau Ain Najihah memecah kebekuan.Serta -merta Ahmad Muzaffar bingkas berlalu dengan muka yang sudah bertukar warna.Almaklumlah..jejaka Korea kan..Macam aku nasiblah tidak ketara sangat.Almaklumlah..gadis jawa..Kutoleh Ain Najihah yang sedang tersengih-sengih umpama meminta untuk diluku

"Hem....Benci la sangat kan.."

Meletus derai tawa meluncur keluar dari bibirnya.Seronok lau ya gelakkan aku.Aduh..!Tanpa berlengah sempat aku hadiahkan sebuah cubitan mesra tapi manja ke peha gadis yang sedang gigih mentertawakan aku sebelum berlalu pergi.Lagi lama aku dekat sini lagi teruk la dia membahan aku.

Biarkan aku pergiWhere stories live. Discover now