Chapter 1

8.6K 394 62
                                    

Carino Pearl Orlando

Nama saya Carina Pearl Orlando. Umur 35 tahun sudah tapi orang mesti ingat saya ne baru 25 tahun. Well, awet muda gitu. Hahaha..😜 Perasan dulu jap tapi kenyataan ok. Hot bebeh ne. Saya bekerja sebagai seorang pelayan di sebuah Cafe bernama Bistro Cold Cafe. Saya sebenarnya ada share dengan sahabat baik saya, nama dia Susan. Kami berkenal masa mula-mula kami kerja di cafe ne. Saya ingat dia sama macam saya, orang biasa-biasa saja. Rupa-rupanya anak orang kaya pula. Tu cafe pun actually dia punya tapi dia mahu stay low profile. 2 tahun selepas kami berkawan, dia ajak saya jadi business partner dia tanpa saya perlu keluarkan satu sen pun. Dia cakap saya rajin bekerja dan pandai jaga cafe serta banyak memberi idea yang boleh menguntungkan cafe ne. Betul juga kali. Business cafe kami setiap tahun semakin naik keuntungannya dan pelangan pun ramai. 

Susan sudah berkahwin dan uniknya suami dia dulu bekas pondan. Champion Susan buat suami dia berubah. Susan ganas sikit orangnya dan mulutnya pun emm.. boleh tahan berbisa. Hehehe... Sudah 5 tahun dorang berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Suami dia pula ada business sendiri. Selalu juga suami dia datang melawat Susan. Sweet betul mereka berdua. Kadang pandai juga saya cemburu tapi saya rasa lagi selamat kalau tiada lelaki dalam hidup saya.

Status saya ne agak rumit sikit. Kalau ikut undang-undang saya sudah berkahwin tapi hakikatnya saya masih bujang. Mesti kamu hairankan. Well ceritanya begini. Masa umur saya 21 tahun, saya jatuh cinta dengan seorang lelaki bernama Benny Bolt berumur 23 tahun. Orangnya handsome dan 'baik'. Kami belajar di universiti yang sama. Dia merupakan senior saya dan kalau di universiti, dia memang famous. Saya ne kira macam budak nerdlah. Saya pun hairan masa mula-mula dulu dia confess feeling dia dan mahu saya jadi girlfriend dia. Yalah.. Siapalah mahu budak nerd macam saya ne.

Oleh kerana saya nampak kesungguhan dia pikat saya, so officially kami couple setelah seminggu dia berusaha. Hahaha.. Banyak orang dengki sama saya dan boleh dikatakan setiap hari saya dapat surat ugutan dari peminat-peminat Benny. Benny pula menjalankan tugas dia sebagai seorang boyfriend yang prihatin. Dia suruh saya bersabar dan berjanji akan menjaga saya. Nah.. Berbunga-bungalah hati saya. Hahaha... Maklumlah first love ditambah lagi dapat boyfriend yang handsome, famous, caring dan loving lagi. Terus saya rasa macam di heaven of love. 😜

Selama 3 bulan kami menjalinkan hubungan. Dia sentiasa jaga makan minum saya. Asal habis kelas mesti dia akan cuba datang menjemput saya kalau dia free. Berkepit saja kami dua ne tapi tidaklah sampai macam mahu make love-love. Paling pun berpegang tangan dan kiss dahi saja. Kalau dia mahu kiss pipi, saya terus tegur dia. Apa lagi kalau bibir. Sorry-sorrylah. Saya mahu lepas kahwin baru boleh buat semua yang tut.. tut.. tut.. Benny faham juga dan tidak memaksa sebab itu saya sayang betul sama dia.

Cuma ada 1 kali dia mabuk time tu dan kami berkenal pun baru 2 bulan. Orang pekerja di pub yang telefon saya dan minta saya datang ambil Benny. Saya tanya macam mana dia tahu saya ne girlfriend Benny. Dia bilang dalam HP Benny, contact list dia tertulis future wife. Dia dail saja masa tu. Rupa-rupa no. Hp saya pula Benny set nama saya begitu. Bangga juga lah tapi hairan kenapa Benny mabuk. Terpaksa saya keluarkan duit untuk bayar minuman dia. Saya tinggal di hostel masa tu jadi saya tidak boleh bawa Benny balik. Jadi terpaksa check in di hotel yang murah. Maklumlah student mana banyak duit lainlah kalau anak orang kaya yah.

Sepanjang hidup saya ne lah kali pertama saya tidur sebilik dengan lelaki dan juga pertama kali dalam hidup saya lelaki cuba sentuh tubuh saya. Nasib ada silat saya. Haha.. Saya tampar dan tumbuk perut Benny masa tu. Bila dia kesakitan baru dia sedar. Dia minta maaf dan janji tidak akan buat lagi. Saya maafkan dia juga sebab sayang punya pasal.

Sebulan selepas kejadian, Benny melamar saya di kelas saya. Punya terkejut saya masa tu dan sudah semestinya gadis-gadis dalam kelas saya cemburu dan marah. Benny berlutut dan tunjukkan sebentuk cincin emas. Siap ada bunga lagi di tangan dia. On the spot saya terima lamaran Benny. Keesokkan harinya Benny jemput saya selepas habis kelas. Rupa-rupanya dia mahu daftarkan perkahwinan kami. Dia berjanji lepas dia habis belajar dan cukup duit, dia akan buat majlis reception kami. Saya tidak kisah pun sebab saya ne anak yatim.

Sold to Blake Mafia Where stories live. Discover now