07 : Cancelled Plan

3.2K 245 40
                                    

sebulan kemudian.

" kau nak pergi mana malam-malam macam ni? " langkah aku terhenti saat satu suara menegur. Aku menoleh dan memandang wajahnya.

Ya, Jimin.

" hal kau? nak halang aku ke? "

" aku suami kau. mana kau pergi, aku mesti ambil tahu. " dia mula melipatkan tangan ke dada. Wajah garang ditayangkan. Fikir aku takut?

Aku tertawa kecil selepas mendengar ayatnya. Lebih kepada menyindir sebenarnya.

" oh maksud kau, suami atas kertas? itu sahaja Jimin, tidak lebih. " aku mengambil kasut bertumit tinggi di rak kasut berdekatan dengan pintu keluar rumah.

" mm..dan kemana aku pergi bukan masalah kau. aku tahu jaga diri aku sendiri. "

---

Selepas sahaja mendengar ayat yang keluar dari mulut Aehyun, aku hanya mendiamkan diri dan memerhati sahaja langkahnya melangkah keluar dari rumah.

" oh maksud kau, suami atas kertas? itu sahaja Jimin, tidak lebih. "

Sakit? Semestinya sakit apabila mendengar kata-kata itu keluar dari mulut orang yang aku sayang.

Kemana dia pergi? Keluar dengan lelaki lain?

Dan tiba-tiba aku teringat akan kata-kata Aehyun semasa perjumpaan pertama aku dan dia di chapter pertama.

" my boyfriend "

Aku terkedu. Mungkin, dia bukan main-main.

Aku pergi ke tingkat atas dan masuk ke dalam bilik aku. Cuba menenangkan diri dan tidak bersangka buruk terhadap Aehyun.

Namun, aku semakin tidak senang duduk apabila memikirkan yang Aehyun keluar dengan lelaki lain pada malam ini.

Mataku tertumpu pada telefon pintar kepunyaan aku. Lama aku berfikir. Adakah patut aku menghantar text kepada Taehyung hanya untuk satu soalan remeh yang bakal aku lemparkan kepada dia?

Aku ingin tahu, jadi aku memutuskan untuk bertanya juga.

Aehyun ada teman lelaki?

Beberapa minit kemudian, balasan dari Taehyung aku dapat. Cepat-cepat aku membuka ruangan chat Taehyung.

Taehyung : kenapa? kenapa kau tiba-tiba tanya?

saja, ingin tahu.

Taehyung : dia buat hal?

taklah.

Taehyung : mana dia?

ada je.

Taehyung : kau tipu. aku tahu. dia pergi mana?

eish kau ni. selalu tahu

Taehyung : aku bijak kau kena terima tu.

Taehyung : jangan nak mengelak. mana adik aku?

aku tak tahu dia pergi mana, tapi dia keluar tadi. dia tak bagi tahu dia kemana.

Suami Terpaksa ✦ PJMWhere stories live. Discover now