Hilang

14 0 0
                                    

Di mana harus kita luahkan perasaan jika bukan pada seseorang.Kita luah kerana kita sedar kita lemah.Kita bercerita kerana kita mahu sokongannya. Semua manusia tidak mahu keseorangan dalam duka. Kita perlu teman. Kerana hati kita adalah anggota yang rapuh.
Aku sama seperti yang lain. Bercerita, meluah, dan menangis ketika duka. Memang aku punyai sifat wanita yang kuat dalam diri. Dimana aku berpegang pada pandangan masyarakat. Wanita adalah golongan lemah yang perlu dikasihi. Oleh sebab itu, kerana menurut akal ada yang menang, kerana menurut nafsu ada yang gugur. Aku tanya pada diri. Di mana posisiku?
Bertahun aku menjalani hidup sama seperti wanita lain. Kadang-kadang aku menang, kadang-kadang aku jatuh. Namun hampir seluruh hidupku aku jatuh. Dimana kehidupan seperti roda yang mereka khabarkan? Mengapa aku sentiasa dibawah? Tidak siapa dapat menjawab kerana mereka tidak melihat segenap kehidupan umat manusia.
Kehidupan yang terhina pasti ada pembelaan.  Kau kehilangan semua impian. Namun masih berjuang. Kau kehilangan para sahabat. Kau masih kuat untuk bangkit.  Tapi patahnya tiang yang kukuh pabila yang dikasihi melepaskan ikatan. Bagaimana mahu bangkit jika dia adalah tulang belakangmu.  Bagaimana mahu berjuang jika sebelum ini dia adalah senjatamu.  Bagaimana persoalan bisa terjawab jika dia adalah jawapan yang hilang.
Kau mencari tempat menagih simpati. Tiada sapa mahu mendengar. Rintihan kau mulai bisu. Saat itu tangan kau menggenggam pena, menulis segala yang terpendam.  Pada kertas kau bergantung.  Kertas yang kosong menjadi kotor kerana dakwat memenuhi ruang. Hancur karyamu pabila titisan air mata mengiringi segala luahmu. Kini kekasihmu adalah jurnal yang tidak berbicara. Jurnal yang tidak benyawa lagikan hendak membalas. Tiada pujukan melenyapkan kedukaan. Tidak ada satu ayat mampu menampung pedihnya kehidupan sebegini. Di mana lagi kau meletakkan penggantungan?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jul 26, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Jurnal Seorang WanitaWhere stories live. Discover now