Part 13💖

6.7K 228 2
                                    

Dekat 4 hari Ezz Dayana duduk serumah dengan kakaknya Umairah..Selama 4 hari itu juga Encik Iskandar dan Puan Sari acap kali pergi ke rumah itu untuk melawat Dayana.

Terkadang Puan Sari akan membawa makanan kegemaran gadis itu iaitu nasi goreng ayam ke rumah Umairah.Selama masa itu juga keadaan Ezz Dayana semakin pulih.Dia sudah boleh bercakap dengan kakak dan abang iparnya.

Petang itu,Ezz Dayana sedang duduk santai di ruang tamu banglo semi D milik kakak dan abang iparnya.Menikmati Kuew Tiau Udang yang dibelikan oleh Umairah sewaktu pulang menghantar anaknya tadi.

  "Ucu..Ucu makan apa tu ? Nak sikit".pinta Mia Qaisarah.Dia menyendeng tubuhnya yang berbalut baju Frozen itu ke badan Dayana.

Ezz Dayana tersenyum manis.

  "Ucu makan mee ne.Adik nak tak ?".soal Dayana.Kanak2 comel itu tertawa riang.

  "Nak-nak..adik suka makan mee.Ibu selalu buatkan untuk adik.Mee ibu buat sedap tau..".kata budak genit itu.Rambutnya yang diikat ekor kuda di kiri dan kanan sesekali meliup lembut dihilis angin.

  "Haaa nah..buka mulut besar2".arah Dayana.Mia Qaisarah hanya mengikut.Sejurus sahaja Kuew Tiau itu masuk ke dalam mulutnya,gadis kecil itu kemudian berpaling menghadap tv.

  'Comel betul !'.bisik hati Ezz Dayana.Matanya juga terhala melihat ke arah tv.Kartun doraemon sedang ditayangkan.

  "Mia...selalunya ibu balik kerja jam berapa ehh ?".soal Ezz Dayana.Mia Qaisarah memandangnya pelik.

  "Kenapa ucu nak tanya ? Ibu nak bawa kita jalan2 ke ? Yeah yeah ! ".ceria sungguh Mia Qaisarah.

Ezz Dayana mengeleng kepalanya.

'Budak- budak.Bab jalan memang perkara biasa bagi mereka selain bermain.Malah hal itu juga telah dijadikan fitrah kepada mereka yang bergelar kanak-kanak'.fikir Dayana sebentar.

  "Bukan macam tu sayang".tegur Dayana.Mia melihatnya dengan pandangan pelik.Bahunya turut diraih oleh Ezz Dayana sebelum kepalanya diusap2 lembut.

  "Dah tu.Kenapa ucu tanya pasal ibu ?".soal
Qaisarah lagi.

  "Ucu cuma nak tahu saja.Sebab ucu nak masakkan ibu dan ayah Mia untuk mereka makan nanti.Kesian ibu dan ayah lapar lepas balik dari kerja".Mia hanya menganguk tahu.

Entahkan dia faham atau tidak dengan maksud disebalik percakapan Ezz Dayana tadi.

  "Haah.kesian ibu..".ujar anak kecil itu.Jemarinya diramas2 perlahan.Comel aja perlakuan budak itu di mata Dayana.Hendak dicubit2nya pipi Mia Qaisarah yang tembam dan gebu.

   "Kalau macam tu.Mia nak tolong ucu lah nanti.Boleh ?".tiba2 Qaisarah menyuarakan suatu pendapat yang bagi Ezz Dayana di luar kotak fikirannya.

Budak kecil yang baru berumur 3 tahun macam tu nak tolong dia masak.Oh my godness.How the good idea !

  "Ehhh betul ke ne adik nak tolong ucu masak ?".soal Dayana lagi.Dia sengaja nak menduga.

  "Haah lah ucu.Mia tak main2 lah.Mia nak tolong ucu.Kesian ucu.Nanti ucu penat".kata2 itu membuatkan Ezz Dayana tergelak panjang.

Dia kemudian memeluk tubuh gadis kecil itu.Dihadiahkan pipi anak kecil itu ciuman kasih sayang.

  "Yelah...".jawab Dayana pendek.Mia Qaisarah hanya tertawa girang.

Kemudian tumpuan mereka kembali terhadap tv.Waktu itu Ezz Dayana telah selesai makan.

Dia bangun dari duduknya.Menuju ke ruangan dapur untuk menghantar piring dan cawan kotor.

Cikguku CrushkuWhere stories live. Discover now