Yoona's
Aku turun ke bawah untuk melihat Jungkook. Jungkook dah tak ada kat sofa? Nak kata pergi ketja, aku dengar minggu ni diorang free.
Kemana dia pergi? Oh, pergi jumpa bakal bini baru mungkin?
Aku sambung turun tangga ke bawah dengan muka yang masam lalu masuk ke dapur. Mata aku terbeliak apabila aku ternampak kelibat Jungkook sedang memasak di dapur.
Mata aku dikerdipkan berkali-kali. Betulkah ini realiti? Seja bila dia pandai masak?
"Ehem", aku berdehem sebelum masuk untuk mengambil air masak. Tiba-tiab, saja tekak rasa kering semacam.
Air diteguk laju oleh aku dan pada ketika itu Jungkook mengaduh sakit. Terus tersembur aku yang sedang meneguk air lalu kepala ditolehkan kepadanya.
"Ya Tuhan, Jeon Jungkook!", aku terus meletakkan gelas ke atas dulang air lau bergegas ke arah Jungkook yang kelihatan sedang mengaduh sakit.
Mana taknya, dia terhiris jari waktu tengah potong bawang. Ish. Gagah juga nak masak mamat ni dah tahu tak pandai masak tu.
"Sakit", Jungkook berkata sedikit perlahan tetapi agak mendayu. Suara bergetar sahaja. Aku nak tergelak tapi biar aku urus jari dia ni dulu.
"Abang basuh luka ni dulu. Lepas tu, nanti letak iodine. Lepas tu baru letak plaster", aku menerangkan padanya lalu dia menggeleng.
"Dah kenapa tak nak? Tu darah dah melilih dah tu", aku bercekak pinggang memandangnya tajam.
"Kena air nanti sakit", dia memuncungkan bibirnya. Aku menggulingkan biji mata aku tanda menyampah. Haih, suami aku ke tak ni? Lemah semacam je. Badan je ketul-ketul, tapi manja.
"Yelah. Mari saya tolong abang. Sini jari", aku menghulurkan tangan aku lalu dia meletakkan jarinya pada telapak tangan aku.
Aku membawa dia ke sinki lalu ditekan sedikit bahagian jari supaya apabila terkena air tidaklah rasa sangat bisanya.
"Dah, pergi duduk. Saya nak ambilkan kotak pertolongan cemas", aku berkata dan dia hanya menurut perintah aku.
Aku mengambil kotak pertolongan cemas itu di cabinet atas dapur lalu aku bergegas ke ruang tamu.
"Duduk diam-diam", aku dengan perlahan meletakkan sedikit iodine lalu diuspa perlahan untuk diratakan di seluruh luka.
"Ark. Sakit sayang. Sakit", Jungkook berkata sambil menghembuskan lukanya yang sedang disapu oleh aku.
"Ish. Duduk diam-diam. Dah kalau luka, mana tak sakit. Kejap. Dah nak letak plaster dah ni", aku mengeluarkan plaster sebaik sahaja aku meletakkan cotton bud di atas meja.
"Dan...dah siap!", aku berkata lalu aku senyum lebar.
Oh, aku lupa aku masih merajuk dengan dia. Aigoo. Dah terlepas.
"Thanks, sayang", dia berkata lalu bibir aku dicium sekilas. Ah, jantung aku bagai nak terkeluar sekarang ni.
Jeon Jungkook. Stoplah buat saya makin jatuh cinta kat awak. Kita dah lama kahwin ni. Takkan nak jatuh cinta lagi.
"Mama! Papa! Janganlah cium-cium depan Sara!", kami trkejut lalu terus memandang ke arah Sara yang berada di tangga. Dia sedang menutup matanya rapat walaupun masih ada lubang-lubang di bahagian mata.
"Eleh. Macam papa tak tahu kamu tu tengok drama cium-cium bagai tu. Apa tu? Ji Changwook?", Jungkook berkata sambil berpeluk tubuh lalu tersenyum mengejek.
"Ish. Papa ni! Mama tengok papa ni!x, terus Sara berlari ke arah aku lalu badan aku dicempung olehnya.
Aku hanya mampu ketawa. Jungkook hanya tersenyum lalu matanya tidak boleh berhenti daripada memandang aku.
Saya dah boleh terima awak tetapi kalau benda terjadi lagi, saya tanpa segan silu akan keluar dari hidup awak dan membiarkan awak dengan isteri baru awak.
•••
Yeayy!! Last update for today. Maybe? Lol.
Ok. Bye😘
YOU ARE READING
|√| [S1 & S2] Iphone - JJK
Fanfiction[idaekim's romance angst fanfiction] Completed S1 (2018) Completed S2 (2018) Jeon Jungkook X Han Yoona Season 1 -bila iphone baru kau jatuh rosak sebab bias yang kau sayangi jatuhkan waktu fanmeeting? Start S1: 26 May 2018 Ended S1: 9 June 2018 Seas...