Kan dah kena garu kening. Semalam dia fikir nak bunuh diri. Habis semua kerja dia minta berhenti. Nunu scroll telefon bimbitnya. Mula mencari kerja baru. Nak balik ke tempat kerja lama? Kau tak tahu berapa bakul maki aku dapat semalam sebab berhenti serta-merta tanpa sempat mereka cari orang ganti.
"How do you feel?" Alan datang memeriksa Nunu yang masih di katil pesakit.
"I'm fine." Jeling Nunu.
Alan periksa kuantiti air.
"Bila saya boleh discharge?"
"You're good to go hari ni." Beritahu Alan.
Nunu jilat bibir bawah yang terasa kering. "Kat mana saya nak bayar semua kos?"
"No worries. Dah settle. Just kasi I check few things and you can go."
"Hospital ni awak punya ke?" Nunu duduk bersila. Mukanya lebih berseri hari ni berbanding semalam.
"No." Alan ketawa kecil.
"Tapi gaya awak macam hospital ni bapa awak punya aje." Cebik Nunu.
"Good to see you like this, Nunu." Alan pandang Nunu dengan senyuman manis.
"Aina. Nama saya Aina." Tegas Nunu.
"I prefer panggil Nunu." Alan berdegil.
"Bukan semua orang boleh panggil saya Nunu."
"Eh? Okay Nunu." Alan masih menyakat sebelum berlalu pegi. Nunu ketap gigi.
'NUNU, macam mana kau nak cari kerja ni?' Nunu melangkah lemah keluar dari hospital. Akaun bank cuma tinggal seribu sahaja. Insurans kedua orang tuanya sudah diambil Auntie Ma.
"Kau betul-betul money-less, Nunu." Keluh Nunu.
"Going home?"
YA TOHAN! Terperanjat pancreas gigirl.
"Al."
"El." Alan membetulkan.
"Al." Kau ingat kau seorang kepala batu?
"El."
"Whatever Al."
Nunu jalan terus. "I boleh hantarkan you balik. Kebetulan I dah habis oncall."
"No thank you. Public transport ada."
"C'mon. Putrajaya ni kecil aje. Presint berapa?"
"Awak dah baca IC saya kan?" 'Doktor ni bebal ke tak pandai baca?'
"Yeah memang alamat IC you Damansara. Tapi you mesti duduk dekat-dekat sini dengan auntie Ma you tu. Kalau tak, how on Earth you possibly here semalam?"
Nunu sengih. "Doktor baliklah ikut jalan doktor. Saya ikut jalan saya."
"I berniat baik. I won't harm you."
"I know. Awak dah buat kerja awak and thank you untuk semalam."
"Nunu.." Alan panggil meleret. Lelaki itu letih, tapi wajahnya tak lekang dengan senyuman.
"Saya tak tinggal kat sini. Saya dari TTDI."
"Seriously?"
Nunu malas nak layan dan terus pasang 'eagle eye' mencari bas yang boleh dia naik.

YOU ARE READING
Dia Troublemaker
Romance"Bukan salah dia orang I'm spoiled! Ayah pernah cermin diri tak? Bilanya mama dengan ayah ada masa untuk adik? Ayah kasi adik duit for exchange of your time! Ayah sendiri suruh adik cari masa adik sendiri dengan orang lain. And when I did, ayah kata...