» Epilogue ♡

145 8 1
                                    

Aku gigih mengira dan menaip sesuatu di Microsoft Excel pada komputer aku. Jariku laju menekan papan kekunci.

Aku melirik ke arah jam. Sudah pukul 6 petang. Aku mengeluh dan lajukan taipan. Aku harus balik kerana hari ini hari penting.

Selesai sahaja bahagian penting, aku terus switch off komputer itu dan menyandang beg aku. Aku segera beredar, mengunci pintu pejabatku dan berlari ke tempat parkir kereta.

Enjin kereta dihidupkan. Aku menekan pedal minyak lalu kereta aku meluncur laju. Aku harus cepat dan menyediakan apa-apa yang patut.

♡♡♡

Aku membetulkan dress berwarna merah kilatku. Aku lihat jam di tangan. Sudah pukul 8. Sekejap lagi mesti dia balik.

Aku duduk di atas kerusi di laman belakang rumah itu. Segalanya telah aku sediakan. Penat lelah aku menyusun dan memasak semua ini sendirian.

Kelopak-kelopak bunga berwarna merah aku taburkan dari pintu pagar hingga ke belakang rumah. Lilin-lilin aku susun sebagai jalan untuk ke sini. Meja dihias secantik mungkin dengan alas meja berwarna merah jambu, lilin berkepala dua dan sejambak bunga.

Hari ini adalah hari ulangtahun perkahwinan kami yang pertama.

Ya. Dah genap setahun tetapi kami masih tak mendapat anak sebab Jimin kata dia mahu habiskan masa setahun dengan aku sebelum sibuk menjadi omma dan appa.

Aku sangat teruja untuk menyambut hari ini. Kebetulan hari ini juga merupakan Valentine Day. Ia cukup sempurna untuk meraikannya.

Aku dengar bunyi kereta memasuki laman rumah utama. Terasa debaran di hati aku. Adakah dia akan sukakan persiapan aku semua ini?

Aku terdengar bunyi orang memijak rumput. Ia semakin hampir. Semakin hampir sehinggakan aku makin gementar.

Muncul susuk tubuh makhluk yang bernama berkePark Jimin- maaf. Jimin melangkah mendekati aku. Mukanya nampak berkerut. Hati aku mula rasa tak sedap.

"Dah kenapa buat semua ni?" soalan Jimin membuatkan aku terkesima sebentar. Dia tanya dengan nada malas. Dia tak ingat ke hari ni hari apa?

"A-awak tak ingat hari ni hari apa?" soalku. Hampir menangis aku apabila dia seakan tak ingat hari penting bagi pasangan seperti kami ini.

"Hari apa? Saya penatlah. Saya masuk dulu."

Air mataku jatuh. Serius dia lupa? Aku fikirkan mula-mula dia main-main. Tapi dia betul-betul melangkah masuk ke rumah. Aku terpana. Tak percaya dengan apa yang terjadi. Adakah dia berubah? Adakah dia akan berubah lagi?

Dan menyakiti aku untuk kali yang kedua?

"Sayang, happy anniversary and valentine day." tiba-tiba tubuhku dipeluk dari belakang dan telingaku dibisik oleh Jimin. Tangannya meletakkan sebuah kotak di atas meja.

Aku terkaku. Beberapa saat kemudian barulah aku dapat tangkap. Aku dah dikenakan oleh dia.

"Jahat!" aku menumbuk-numbuk perlahan dada Jimin. Apabila berasa sakit, Jimin segera mencium dahiku membuatkan aku terhenti dari memukulnya.

"Sakitlah. Kalau saya sakit macam mana nak raikan hari ni?" Jimin tersengih mengalahkan kerang busuk. Aku mencebik bibir, merajuk dengan tindakannya.

«C» If That Time ↭ pjmWhere stories live. Discover now