36 - It's Hurt

3.2K 273 7
                                    

Sejurus selepas Taehyung keluarkan arahan, Baekhyun dan Jimin terus tarik Yoona dan segera dibawa keluar dari dewan. Tapi Yoona merentap tangannya kasar dan menghampiri Taehyung.

"Kita keluar sekali!" Kata Yoona sambil tarik tangan Taehyung. Darah di bahu Taehyung menitik di tangan Yoona. Pedih. Hati Yoona sakit lihat luka itu.

"No Yoona! Sekarang bukan masanya awak nak bersama saya. Pergi sekarang! Everything will be fine! Nyawa awak lebih penting dari everything! So now get out from this hall!"

BAM! BAM!

Taehyung lantas tarik Yoona supaya duduk. Mereka bersembunyi di sebalik meja. Air mata Yoona mengalir deras. Jantungnya bagaikan berhenti berfungsi. Dia dapat rasa tangan Taehyung sejuk beku. Malah Taehyung genggam erat tangannya. Seperti tiada tanda-tanda dia mahu lepaskan tangan Yoona.

Suasana di dalam dewan itu mula senyap. Mafia-mafia yang lain turut bersembunyi di tepi meja mahupun di dinding. Di tangan masing-masing terdapat sepucuk revolver. Well, mafia kan. Benda-benda macam tu mestilah ada bersama. Dan untuk pertama kalinya Yoona nampak kelainan pada Jin. Jin juga turut pegang sepucuk pistol yang reka bentuknya sangat unik dan smart! Muka Jin juga kelihatan serius dari kebiasaan.

"Yoona, appa datang! " Jeritan seorang lelaki di dalam dewan itu buat Taehyung dan Yoona tersentak.

"Appa?" Yoona lantas berdiri dari duduknya. Dia lihat pintu masuk dewan sebesar alam itu. Ya. Seorang lelaki beruniform polis itu adalah appanya. Di tangan appa ada sepucuk pistol. Dan di belakang appa, terdapat beberapa lagi anggota polis yang lain. Termasuk...Suga.

"Kami polis. Sila beri kerjasama. Letakkan senjata awak semua. Bertenang. Awak semua tidak akan ditahan. Kecuali jika awak serahkan Kim Taehyung kepada saya. " Kata Im Min Hyuk. 

"Keluar Taehyung! Aku tahu kau ada dekat dalam ni! " Jerit Suga.

"Yoona!" Panggil Min Hyuk. Yoona geleng kepalanya berkali-kali.

"Andwae! Appa tak boleh tangkap Taehyung! " Kata Yoona dengan nada yang tertahan-tahan.

"Yoona, ni appa sayang. Appa datang nak bawa Yoona balik. "

"Tapi janji dengan Yoona yang appa takkan tangkap Taehyung. "

Suasana sunyi seketika. Im Min Hyuk kelihatan sedang mempertimbangkan keputusan Yoona. Tiba-tiba satu tembakan dilepaskan dan tepat terkena lengan Yoona.

"Auch!" Yoona rasa berpinar-pinar. Kesemuanya nampak kabur sebelum akhirnya dia rebah. Tapi sempat disambut oleh Taehyung. Min Hyuk pandang belakang dengan riak terkejut.

"Min Yoongi! Kenapa kau tembak Yoona?!" Suara Min Hyuk meninggi.

"Peluru tu hanya ubat supaya Yoona pengsan. Tak memudaratkan pun. Itu je cara supaya Taehyung keluar. " Kata Suga.

"Tak guna kau Min Yoongi!! " Jeritan bak petir itu bergema di segenap ruangan dewan itu. Taehyung kelihatan berlari laju menghampiri Yoongi dengan sepucuk pistol di tangannya. Yoongi lantas lepaskan tembakan di kaki Taehyung. Taehyung jatuh tersungkur. Tetapi dia tetap mengesot menghampiri Yoongi yang beberapa meter saja di hadapannya.

"Kenapa kau tembak Yoona? Wae? Wae?!!" Jerit Taehyung. Baru saja Taehyung mahu menembak Yoongi, Yoongi lantas tendang tangan Taehyung menyebabkan pistol di tangannya terpelanting jauh.

"Serah diri kau Taehyung! Kau dah kalah!"

"No!"

"So, bunuh aku! Kau dah takde senjata! Tanpa senjata, kau bukan sesiapa pun! " Kata Yoongi. Dia kenal Taehyung. Antara semua mafia di seluruh dunia, hanya Taehyung saja yang memiliki peluru yang paling canggih dalam sejarah. Peluru pistol itu diperbuat dari Itali. Jika satu tembakan dilepaskan, maka separuh dari dewan sebesar alam ini akan hancur berkecai. Sebab itulah, dia ditakuti dalam kalangan mafia.

"Selagi ianya berkaitan Im Yoona, peluru bukan satu benda yang aku akan takutkan! "

"Stop it Yoongi! I have an idea. " Im Min Hyuk tiba-tiba mencelah.

"Mwo?" Tanya Yoongi. Im Min Hyuk senyum sinis.

"Jangan tahan dia lagi. Tunggu sampai Yoona sedar. " Kata Min Hyuk dan dia terus menghampiri Yoona yang dipangku salah seorang mafia yang lain.

Jin mengundurkan diri apabila Min Hyuk mencempung tubuh Yoona. Dia mengeluh.

"Nampaknya, semua dah berakhir." Kata Jin perlahan.

"I dont think so. " Kata Jimin pula.

"Yoongi, bawa dia ikut sekali! " Arah Min Hyuk. Yoongi akur dan terus berjalan menghampiri Taehyung. Dia bantu Taehyung bangun dan tarik dia supaya ikut mereka.

"Aku menyesal sebab selamatkan kau haritu Yoongi." Kata Taehyung perlahan. Yoongi hanya diam. Dia akui. Dia terhutang nyawa dengan Taehyung. Tanpa Taehyung, dia mungkin tak wujud sekarang.

Tapi..dia polis. Tugas dia melindung. Bukan menyebelahi mana-mana pihak.

"I'm sorry. " Itu saja yang terkeluar dari mulut Yoongi.

To Be Continue

Maybe author hiatus lagi. Haih, esok sekolah. Malas betul. Sape rajin sekolah tu? Nak sikit rajin boleh? Haha, author kaki ponteng jugak sebenarnya. Setiap hari Isnin dengan Khamis, author msti malas nk dtg skolah. Sbb? Ade class akaun. 😊😊😊 . Author kadang ii smpai bawak fon prgi skolah pasang lagu then type wattpad. Huhu indah dunia selagi ada wattpad dan muzik. Classmate author lantak lah nk buat tiktok tu ade aku kisah. Eleh lek ar. Cikgu author sporting. Author prnah type sampai x sedar pengetua masuk kelas. Hihi. Kawan author ckp pengetua dh nmpak. Tapi x rampas. Boek lah! Nama pun abah.


Prince of CharismaWhere stories live. Discover now