Chapter 14

4K 249 2
                                    

Ternaik sebelah kening Arkaan bila aku menyebut nama lelaki tu.

"Iyad Xavier." Tangan aku pantas menekup mulut apabila sedar yang aku tercakap kuat. Tyler dan Asher dah pandang aku semacam.

"Babe, macam mana kau boleh tahu nama lelaki tu?" Aku tak tahu nak buat reaksi apa. Diorang punya pandangan tu macam nak terkam aku je. Matilah nak, kejap lagi kena hadap soal jawab diorang la jawabnya.

"Korang..pernah nampak tak muka mamat tu?" Perlahan je suara aku sebab kecut sangat. Tangan dah sejuk ni, nasib baik tak menggigil ketakutan. Aku tahu, bila Arkaan pandang aku dengan pandangan macam tu je maksudnya dia tengah marah or bengang? Selama ni aku tinggal dengan dia, aku tak tahu pun latar belakang pasal lelaki ni. Yang aku tahu, dia akan cakap 'Better don't talk about it.'

Diorang semua hanya mengeleng. "Selama kitorang jumpa dia, Xavier just pakai topeng muka je. Pernah try spy dia gak but still tak dapat. Mamat tu licik gila so in the endnya kitorang gave up."

Mengeluh lega den bila diorang cakap camtu. Ini kalau Arkaan tahu muka sebenar Xavier, belum sempat cakap lagi dia dah melayang kaki dengan tangan dekat muka Xavier.

"Kenapa? Kau kenal Xavier ke?"

Aku tersentak bila Tyler tanya. Soalan kbat tu weyh! Kalau aku jawab conform dapat empat markah.

"Ya, aku kenal dia. Kenal gila. Muka dia. Suara dia. Cara dia jalan. Makanan favourite dia. Nak katakan semuanya la aku tau."

Orang paling terkejut dekat situ mamat tu la. Siapa lagi kalau bukan Arkaan. Bila tengok muka dia, nak kata marah pun tak. Terkejut pun tak.

"Babe."

"Erm ya saya."

Mampus la kau Shopee. Jap lagi meletuplah gunung berapi mamat tu.

"Bawa aku jumpa Xavier. Just the two of us."

Membuntang mata Tyler dan Asher termasuk aku. "Weyh b_bi, kau nak mampus awal ke? Kalau nak mati sangat, aku lebih rela bunuh kau dengan tangan aku sendiri." Asher for the first time marah Arkaan dengan wajah serius. Selama ni dia mesti buat muka bangang dia tu.

"Jangan risau. Aku tahu siapa mamat tu."

"Haa?! Bro, Shopee baru bagitahu yang dia kenal Xavier—tetiba kau terus kenal dia. Apa cerita bro?! Oh lupa, kau ada kuasa kan. Boleh tengok apa yang orang fikir. Ha sinilah tengok aku punya juga!" Tyler pun marah Arkaan tanpa teragak-agak. Dia membebel apa pun aku tak faham.

Arkaan tak pandang diorang sebaliknya pandang aku. Hmm, dah takda pilihan lain la kan. Yang aku tahu pasal Arkaan ni, sekali dia dah buat pilihan tu dia takkan ubah.

"K fine. Aku tak tahu dia dekat mana sekarang ni but I'm sure yang dia tengah perhatikan aku sekarang ni. So kalau nak jumpa dia sekarang rasanya okay je."

"Macam mana pula tu?" tanya Asher.

"Biar aku sengsorang jap dalam bilik aku. Bila aku panggil korang, baru korang masuk." Tiga lelaki tu tiada pilihan lain hanya bersetuju dengan kataku. Diorang pun teringin juga nak tahu siapa Xavier. Aku ni pun bukannya berani sangat nak jumpa mamat tu selepas apa yang aku buat time tu.

Kaki melangkah naik ke atas sebelum menutup bilik dengan rapat. Tak lupa juga kunci pintu. Kot diorang berdegil nak masuk ke. Tingkap kubuka seluas-luasnya lalu duduk di sofa.

Tak tahulah apa aku buat ni menjadi ke tak so hope mamat tu datang.

Lima minit berlalu tapi batang hidung dia pun aku tak nampak. Haih, jangan cakap plan aku ni fai—

"Hai."

Terkejut den sampai melatah dibuatnya.

"Hish kalau ye pun bagilah salam dulu. Nasib hidup lagi." Tangan urut perlahan dada tanda terkejut. Xavier hanya ketawa sebelum duduk bertentangan denganku. Macam Arkaan cakap, dia pakai topeng sekarang ni tapi aku dapat rasa yang dia tengah senyum dekat aku.

"Lama tak jumpa. Best dengan lelaki baru kau?"

Senyuman diukir.

"Best gila. Sekurang-kurangnya dia takda la sama spesies dengan kau, Aufa."

My Saviour | ✓Where stories live. Discover now