All of me is all of you 👭

2 0 0
                                    

Nak kata novel takde lah novel sangat. But here i will share something about life.

About friendship. A long friendship.
I love them yes i love them like my family.

Aku mulakan kisah ini dengan bismillah 😂

Kehidupan asrama tak seperti yang aku jangkakan pada masa awal aku dipaksa untuk masuk asrama. Hehehehe. Tahun 2012, masa tu aku baru darjah 6. Rumah aku kat perak dan asrama aku dekat gombak. Yes jauh sangat, hari hari nangis hari hari call mak. Tapi bila dah lama lama best sangat, ada ramai kawan. Ada senior yang baik baik.

Waktu aku f1, aku ade family matter. So aku terpaksa keluar sekejap dan masuk balik masa f2. Dan yes bermula dari sini aku nak share. Sebab bermula dari sini aku dapat rasakan erti persahabat.

Macam biasa, every year mesti ada budak baru. Dan batch kami tak pernah tak ramai. Mesti ramai. Tak silap aku masa tu cecah sampai 80 lebih campur lelaki dan perempuan. Ramai sangat. Satu block tu batch kami sahaja.

Ukhuwah persahabatan kami lagi erat masa kami semua join kem ukhuwah. Ya Allah andai dapat diundurkan masa. Mahu saja aku pergi kembali.Jumlah kami yang ramai dari tahun ke tahun ia semakin berkurang. Orang orang kuat banyak yang keluar. Dulu kami terkenal dengan puak sampai kena panggil dengan cik **** (nama dirahsiakan) sebab puak sahaja.

Di asrama, banyak yang kami buat bersama. Kasih sayang tu ibarat satu payung yang melindungi kami tika panas dan hujan. Kami ibarat satu keluarga. Satu keluarga yang besar. Kami tidur sekatil. Kami pernah buat challenge. Kami pernah pergi trip sama sama. Kongsi makanan. Sumpah best.

Rotan dan denda bukan dendam bagi kami, tapi dia kenangan kepada kami semua. Bila sedih mesti ada yang akan datang bila gembira mesti akan ada yg datang juga. Itulah kehidupan di asrama. Pergaduhan itu adat namun penghujung pergaduhan pasti ada terselit kemaafan. Sebab tu bagi aku setiap kesalahan aku pejamkan mata sebab bila aku susah mereka yang menghulurkan tangan.

Susah nak ungkapkan rasa sayang ini. Kalau diberi waktu, ingin saja aku ulang kembali. Terima kasih sahabat kerna pernah hadir di setiap detik dalam kehidupan. Engkau banyak mengajar aku apa itu erti persahabatan.

Pernah ada juga, dulu musuh sekarang sangat rapat. Pernah ada juga dulu benci tak suka namun kini ibarat belangkas. Pernah ada juga dulu kita ketawakan dia namun kini dia lah antara org org yg datang menghulurkan bantuan. Sungguh... persahabatan ini indah sangat.

Alhamdulillah kami semua belum lost contact. Masih ada yang berjumpa. Video call. Sekarang semua dah banyak sambung belajar. Goodluck guys. I wish you all will do the best for your life. Muahhhh..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Sep 13, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Di bawah payung kasih sayangmu ????????Where stories live. Discover now