Bab 2

2.1K 30 0
                                    


AKU hubungi Hadi. Nak harap dia hubungi aku, agaknya tahun depan la kut.

"Kenapa balik tak cakap?" Aku tanya soalan nada marah.

"Alah! Jetlag pun dah berapa hari. Lepas tu sibuk papa suruh masuk office. Mana ada masa." Hadi beri alasan bodoh.

"Takkan seminit dua tak ada masa nak call?. Takkan jetlag tidur sampai tiga hari tiga malam? Masuk office pun takkan malam pun tidur kat office." Terus aku hambur rasa tak puas hati.

Dan dia diam lama.

"Kenapa kerja kilang tak cakap?"

Terpegun aku dengar soalan balas dia. Sebab aku kerja kilang ke dia tak mahu hubungi aku?

Adoii.. aku dah bertahun kerja kilang, cuma tak beritahu dia saja. Dia pun dah bertahun tak balik. Selalu masa cuti semester, asyik bercuti sana sini. Dan selalu pun keluarga dia yang pergi melawat dia di UK sana.

"Apa masalahnya kalau kerja kilang?"

"Masalahnya I tak suka. Mama pun tak suka. Takkan tak ada kerja lain yang sesuai dengan kelulusan you?"

Oh! Dia tak suka. Aku angguk kepala. Tiba-tiba rasa hangat dalam dada.

Adakah sebab aku kerja kilang, dia dah lama tak WhatsApp aku? Kalau aku WhatsApp dia pun, jawapannya sepatah-sepatah saja.

"You ingat orang kerja kilang tu semuanya tak perlu ada kelulusan?"

"Tak kisahlah kelulusan atau tak. I nak you berhenti dan cari kerja lain. Atau tak payah kerja pun tak apa. I masih boleh tanggung you." Tegas Hadi memberi arahan seolah aku ni sudah menjadi hak milik dia.

Tiba-tiba aku terfikir, kenapa Hadi berubah sikap begini? Dulu-dulu, dari awal keluarga mahu kami bersatu dan kami bertunang, mula-mula kami bersetuju untuk saling mengenali dan bercinta, dia okey saja.

Atau sekarang dia sudah mahu menunjukkan belangnya?

"Takpelah! Kalau tak suka orang kerja kilang. Kita putus!"

"Khayra! Apa ni? Cakap tak fikir panjang." Suaranya meninggi.

Aku terdiam lama.

"Dah berapa lama kita bertunang? Dah bertahun bercinta. Kenapa tiba-tiba nak putus pulak?"

"Lama masa bercinta tak menjamin yang kita akan kekal dan berakhir sampai berkahwin." Aku pasrah tiba-tiba.

"Huh!" Hadi mendengus marah.

"Hantar Location." Dia memberi arahan selepas itu.

"Nak buat apa?"

"Kalau location tu boleh dijadikan ubat sakit hati, bagus juga." Dia menyinis dengan soalanku. Macam memperbodohkan aku pun ada juga.

"Yalah!" Aku ikut membentak dan kemudian talian terus aku putuskan.

Nampak macam kurang ajar tapi dia yang mengundang. Hadap ajelah. Tak tahu kenapa hubungan kami boleh jadi macam ni. Sebelum ni elok-elok saja. Malah dia tak pernah bersikap begini.

Masa awal-awal dia sambung belajar dulu, bila balik Malaysia, aku dulu yang dia cari. Kenapa sekarang ni dah lain sangat? Dia dah berubah hati ke?

JANGAN SIMPAN SEMUANYA - ZINE (Cerita Pendek)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora