tujuh belas-

183 15 0
                                    

Minra menghirup udara segar pada petang itu di pantai . Dia mendepakan tangannya sambil matanya tertutup dan tersenyum .

' Esok aku dah nak kahwin ' bisik hatinya .

" Sayang "

Minra membuka mata apabila terasa tangan seseorang memeluk pinggangnya . Pipinya tiba-tiba berasa panas .

" Apa ni Jimin . Saya malu lah " kata Minra sambil menepuk-nepuk tangan Jimin berkali-kali .

Jimin tidak endahkan Minra malah makin erat Jimin memeluk pinggangnya . Dagunya juga diletakkan atas bahu Minra . Lalu muka Minra ditatap dari sisi tepi . Jimin tersenyum bersama eyesmilenya .

Minra menoleh melihat Jimin dengan muka 'like seriously?' .

Sedar akan muka mereka yang dekat itu , Jimin sengaja mencium bibir Minra sekilas .

Minra yang sedikit terkejut itu mula tarik rambut Jimin . Pelukan pun terlerai apabila Jimin asyik mengaduh sakit sambil ketawa .

" Eee awak niii ! Kerja asyik nak mengacau saya jee " Minra melepaskan rambut Jimin apabila Jimin terbaring atas pasir . Tangannya siap mencekak pinggang .

Jimin yang reda ketawanya terus menarik Minra duduk di sebelahnya . " Hehe , sorry lah . Saya cuma tak sabar je " Jimin tersengih .

Minra menggulingkan mata . " Esok kan kahwin , sabar jelah . Haih , bila dah kahwin nanti mesti makin galak awak kacau saya kan ?" Minra mencubit pinggang Jimin dengan memek muka geram .

" Of course lah~ " balas Jimin gedik .

Suasana senyap seketika apabila terlihatkan matahari yang perlahan-lahan mula terbenam .

" Rara "

Minra menoleh pada Jimin . " Ya ?"

" Perasan tak yang kita ni tak lama sangat pun kenal dan tiba-tiba akan kahwin "

Minra mengangguk . " Perasan . Kenapa ?"

Jimin senyum . " Lepas kahwin nanti kan , saya nak minta izin awak untuk saya kenal awak dengan lebih dalam lagi "

Mata mereka bertembung seketika sebelum Minra tersenyum dan mengangguk . " Boleh , Jimin . Saya pun nak kenal awak lebih dalam lagi . Kalau boleh , awak pakai boxer apa pun saya nak tahu "

Mereka berdua ketawa .

" Amboii , gatal . Haa , kejap eh . Tengok jap " Jimin yang baru sahaja mahu membuka seluarnya itu ditahan Minra .

" Jangan buat kerja gila . Ada perempuan lain lagi kat sini " Minra acah-acah cemburu .

Pipi Minra diusapnya manja . " Alalala awak ni.. ha , kalau camtu jom dalam kereta "

" Oii . Ish dia ni kan ! Saya gurau jelahh " Minra memukul lengan Jimin bila Jimin sudah mahu bawa Minra pergi .

Jimin ketawa terbahak-bahak . Apa yang lawak pun tak tahu .

" Saya tahu lah awak gurau.. saya pun gurau apa hahahhaha . Kalau nak pun , boleh je esok kan ? Esok saya nak tengok br– "

" Dah jom balikkkk " Minra terus bangun sambil menekup kedua-dua belah telinganya .

Jimin tergelak besar lalu terus berlari ke arah Minra yang dah pergi dahulu .

Menyesal Minra start dulu .

Rupanya kotor juga otak bakal suami dia ni .

+++

" Dah nak kahwin dah unnie aku ni . Segengster tak berapa nak gengster macam kau ni pun , ada yang tertarik rupanya . Untunglah~ " Yerin yang dari tadi melihat sahaja Minra didandankan jurumekap mula bersuara .

⌜c⌟ 𝘸𝘪𝘵𝘩 𝘺𝘰𝘶. » 𝘱𝘫𝘮Where stories live. Discover now