bab8

767 21 0
                                    

seminggu dah berlalu dan seminggu itu juga dia dah bergelar isteri orang.dan hari ini mereka akan pindah kerumah lelaki itu."jaga makan minum suami Sha,jangan abaikan tanggung jawab kamu sebagai isteri" pesan puan Dila.Sharifah tersenyum kecil,dipeluk tubuh uminya,sungguh berat hatinya ingin meninggalkan uminya sendirian. "Sha tahu umi..."puan Dila membalas pelukkan anaknya. "umi kena jaga kesihatan tau,jangan buat kerja sangat" pesan Sharifah yang entah dah kali berapa.belakang uminya diusap. puan Dila tergelak kecil,"iya umi tahu Sha, dah berapa kali Sha pesan,umi bukannya budak lagi,umi tahulah nak jaga diri, Sha janganlah risau..." pelukkan dileraikan dipandang wajah sedih anaknya.Amirul yang sedang bersandar dikeretanya itu hanya memandang.sesekali dia tergeleng kecil."kalau ada apa-apa call Sha tau"dicium tangan uminya. "iya sayang""kami pergi dulu umi" ujar Amirul lalu dikucup tangan mak mentuanya."yalah,Mirul jagakan anak umi tahu"pesannya lagi. "umi jangan risau nanti Mirul jagakan,umi jaga diri tau" puan Dila hanya mengangguk sambil tersenyum. Amirul menarik lembut tangan isterinya. "pergi dulu umi"pamit Sharifah. puan Dila hanya mengangguk.dipandang anak menantunya yang masuk kedalam kereta. apabila kereta menantunya hilang dari pandangan dia berlalu masuk kedalam.

🌸🌸🌸🌸🌸

setengah jam memandu akhirnya mereka sampai disebuah rumah mewah.Amirul keluar dari kereta begitu juga Sharifah.Sharifah memandang suaminya yang menuju ke arah kumpulan lelaki yang berpakain hitam. habis saja mengarahkan anak buahnya,Amirul melangkah ke arah isterinya yang hanya kaku berdiri di sisi keretanya."jom masuk" dicapai tangan isterinya.Sharifah hanya diam. "Aisyah!"masuk saja kedalam Amirul melaung nama pembantu rumahnya.dilihat seorang gadis berlari anak menuju ke arah mereka. "ye tuan""kau tunjuk kan dia bilik""baik tuan"Amirul memandang isterinya yang hanya diam. "kau ikut dia ok" diusap kepala isterinya. "ok...""mari puan" Sharifah hanya mengangguk lalu dia melangkah pergi. hilang saja Sharifah, Amirul melangkah ke arah bilik bawah tanah ada sesuatu yang perlu dia selasaikan."silakan puan" ujar Aisyah pintu bilik itu dibuka lalu mengamit Sharifah masuk. "takpa awak panggil Sha je tak payah panggil puan" malu pula dia dipanggil dengan gelaran puan. "baik lah" Aisyah tersenyum lebar. "masuklah,saya nak ke dapur dulu"pamit Aisyah lalu menunduk sedikit. Sharifah hanya tersenyum kecil.hilang saja kelibat Aisyah,Sharifah melangkah masuk.dia memandang sekeliling bilik itu sungguh besar. dia melangkah ke arah katil yang bersaiz king itu, dia tersenyum lalu lantas saja tubuh kecilnya dihempas ke atas katil. "ahh leganya..." gumamnya perlahan kelopok mata dipejam, selang berapa minut Sharifah terlena.


🌸🌸🌸🌸🌸

Amirul membuka pintu biliknya dari luar,lalu melangkah masuk.dilihat isterinya sedang lena diatas katil,dia melangkah perlahan ke arah katil.tergeleng kepalanya apabila melihat isterinya masih memakai tudung.letih sangat agaknya sampai tudung pun tak sempat dibuka. dia duduk dibirai katil. Amirul melongarkan tie dilehernya,mata tak lepas memandang wajah isterinya.selasai saja,dia mendekati wajah isterinya sebelum tudung dikepala sha dibuka.selasai saja dibuka, tudung itu dicampak ke arah bakul pakain.dia memandang wajah bersih isterinya,sebelum kedengaran telephone miliknya berbunyi. poket seluar diraba sebelum telephone dikeluarkan, sempat dia memandangnama si pemanggil. "Assalamualaikum ma...""walaikumsalam Mirul,macam mana dah sampai rumah kamu ke?""dah ma tadi lagi kami sampai" sesekali tangannya naik mengusap kepala Sharifah."oh baguslah,ni Sharifah mana?""Sha tengah tidur" balas Amirul mata tak lepas memandang wajah isterinya. "alo siannya,takpalah kalau macam tu mama ada benda lagi ni nak dibuat,nanti mama call balik,Sha pun pergilah rehat""baiklah ma,Assalamualaikum" selepas saja mamanya membalas salam terus talian dimatikan.dicium sekilas dahi isterinya sebelum tubuh dibangkit dan melangkah ke arah bilik air.

Secret MafiaWhere stories live. Discover now