Jung Hoseok

42 9 0
                                    

"Siapa suruh tak dengar cakap Yun. Kan dah masuk wad."
Bebel Yuna kepada Oppa nya yang terlantar baring diatas katil.

"Ciss..tak habis² lah kamu ni asyik bising je. Yalah. Memang Oppa salah pun sebab main makan je buah tu tanpa tengok tarikh luputnya..ishh"
Jawab Gong yoo.

"Yun dah cakap banyak kali dekat Oppa yang buah tu dah basi tapi Oppa juga yang kata pertahanan badan Oppa tu kuat lah apalah..haa,kan dah kena!!"

Kata nya Yuna lagi. Sambil tangannya sibuk mengupas² kulit buah epal dan memotong nya halus agar senang dikunyah.

"Nah."
Menghulur sekeping buah yang telah siap dipotong nya.

"Suapkan lah untuk Oppa~Ahhh~"
Mengangakan mulutnya.

"Eii..dia ni.."
Yuna dah mula nak naik tangan.

"Ark..aduh! Perut Oppa sakit balik!!"
Tipu Gong yoo.

"Nae? Dekat mana? Nak panggil doktor ke? Tunggu kejap..Dok--"

"Dia(perut) nak Yuna suapkan untuk Oppa..heee~"
Senyum Gong yoo.

"Bertuah punya Oppa!"

Tiba pada waktu tengahari.
Yuna keluar dulu untuk pulang sebab mahu masakkan makanan untuk Oppa nya.

Kerana dia tahu Oppa nya takkan makan makanan lain melainkan ianya datang dari buatan tangan Yuna saja.

"Adik yang berbadan montel tu? Boleh kamu kemari sebentar?"

Seseorang yang misteri memanggil² Yuna dari celah² kawasan stor hospital itu.

Dengan gaya pakai mask muka,bercermin mata hitam dan kot labuh warna hitam juga.
Apa tak nya ia nampak mencurigakan dan misteri.

Yuna pandang sekeliling dan ketemu juga dengan pemilik suara yang memanggil nya tadi.

"Saya ke yang pakcik panggil?"
Tanya Yuna.

"Jangan panggil aku pakcik lah! Aku masih single dan kacak lagi.
Ah..lantaklah. Kau boleh tolong aku tak,budak?"
Soal lelaki itu.

Yuna hanya angkat bahu saja.
'entah'.

"Kamu tolong bagi buah tangan ni untuk bilik wad nombor 094? Katakan ianya dari Hit manager.Ok?"
Kata lelaki itu sambil dihulur nya sebakul buah tangan yang banyak isi didalam ia.

"Tapi saya...eh?"

Belum sempat Yuna nak bertanya lagi..lelaki misteri itu telah hilang..

Yuna terpaksa jugalah menjalankan tugas nya.

Masuk balik ke dalam hospital,tanya kaunter pertanyaan dimana bilik 094..

"Oh! Biliknya tak jauh dengan bilik Oppa lah..aish.."
Rungut Yuna.

*bilik diketuk dari luar*

"Maafkan saya..tapi saya datang nak hantar buah tangan ni~auch..berat gila.."

"Buah tangan? Siapa yang bagi? Kamu ni siapa?"
Seorang pemuda bertanya kepada Yuna dengan riak kehairanan.

Gadis Montel dan 7 jejaka Where stories live. Discover now