Bab 33

4.9K 84 4
                                    

"Kau tu yang sebenarnya gay..! " laung Elham. Suara Elham cukup jelas didengari oleh semua pelajar di kafeteria petang itu. Dia di pegang oleh dua pelaar lelaki, menenangkan dan menghalang Elham untuk mendekati Farisyh.

Farisyh terdiam dengan kenyataan Elham.  Dia tercegat beberapa saat, memandang orang di sekeliling yang melihat dia setelah Elham melaungkan dia adalah gay.

Dadanya berdebar, dunianya suram, masa seakan terhenti. Dia merasa nafasnya tidak normal, ritmanya tidak serentak ritma jantung biasanya. Kelajuan seperti 100km sejam. Pandangan pelajar lain dan juga rakan sekelasnya membuatkan lagi tidak tenang. Kemudian dia pandang Elham dengan penuh marah.

"Kau ..! Kau tak guna...! " Farisyh laju meluruh ke hadapan Elham, pelajar yang memegang Farisyh tidak dapat menghalang. Tindakan Farisyh secara tiba tiba dan laju membuat dia terlepas dari dua pelajar yang memegangnya.

Bukkkk

Satu tumbukan tepat ada muka Elham. Elham tercengang. Mukanya terasa pedih. Hujung bibirnya berdarah. Tumbukan itu, perit

"Fuck...! " jerit Elham. Dia cuba melepaskan diri tapi pegangan pelajar lalaki yang menhalangnya dengan cukup kuat. Sementara itu Farisyh di tarik ke belakang dengan kuat oleh dua pelajar lelaki lain.

"Apa kecoh kecoh ni..! " jerit pemuda dalam lingkungan 30an. Mematikan langkah dan ayat Farisyh dan Elham.

"Kamu dua tak tahu malu buat kecoh di sini?  Kamu da cukup besar" kata Warden kolej kediaman yang tiba tiba muncul di situ.

"Memalukan...! " jerit Warden.
Farisyh dan Elham dilepaskan oleh pelajar lelaki yang menghalang mereka.

"Yang lain?  Tercegat kenapa?! Korg takda assignment?  BUBAR.... !!!!!!!!" Warden itu berkata kepada pelajar di situ yang berkurumun melihat drama petang itu. Pelajar mula beredar melihat ketegasan Warden itu. Tinggal Elham yang lebam dan berdarah serta Farisyh yang masih panas.

"Kamu dua, ikut saya ke pejabat... " arah warden.

Elham dan Farisyh turut. Mereka membontoti warden itu bejalan ke pejabat.

***

Mus laju berlari pulang ke biliknya. Tangisan tidak putus semasa pulang ke biliknya. Dunianya sudah hancur. Hatinya punah. Dia berlari selaju mungkin. Pelajar lain heran melihat dia berlari laju sambil menangis.

Tiba di hadapan pintu biliknya. Dia terhenti. Mengambil beg sandangnya. Mencari kunci biliknya. Sementara itu, beberapa pelajar lelaki di situ melihatnya. Yang jiran biliknya keheranan, tampaknya semuanya sudah pulang bilik masing masing ,kelas sudah tamat pada jam sepetang itu.

"Kau okkay? " kata seorang pelajar menegurnya.
Mus hanya diam. Tangisannya di tahan. Nafas terhinjut hinjut menahan sebak di dada. Tidak menghiraukan teguran pelajar itu.

"Hey kau ok x mus? " sapa seorang lagi pelajar sambil memegang bahu Mus. Mus tersentak. Dia terkejut. Matanya merah ketika melihat pelajar itu. Air matanya tidak lagi putus mengalir. Amarahnya melihat pelajar di sekelilingnya jelas. Semua hanya diam apabila Mus melihat mereka dengan pandangan marah.

Kunci bilik di jumpa. Beberapa saat, bilik pun terbuka. Dia masuk ke dalam dan menghempas pintu biliknya. Dia masuk ke dalam bilk dan mengunci pintu bilk.

Badanya lemah, jantungnya tidak normal, dia tidak tedaya. Dia terduduk di belakang pintu. Badannya tidak mampu berjalan. Dia menangis sepuasnya. Tangisan itu, sangat sakit. Kedengaran bunyi tangisan itu sehingga ke luar. Pelajar lain risau apabila mendengarnya

Ahhh

Mus teriak dengan sepenuh hati. Entah tiba tiba dia merasa sedih, terus menjadi marah. Dia membayangkan pandangan pelajar dan rakan rakan di kafeteria tadi. Bayangan bagaimana mereka melihatnya dengan pandangan tajam. Kemudian dia mendengar suara suara mereka yang sayup dan berbisik bercakap mengenainya.

PERLU LEBIH USAHA (COMPLETE) Where stories live. Discover now