raya version

107 0 0
                                    

'Sesuci...di hening subuh sunyi,

Sesuci..terdengar nurani,

Sesuci...salam untuk Ilahi,

Bagaikan memanggil insafi diri'

Syamrein menyanyi dengan riang hati sambil tersengih sendirian menuruni tangga Vila Kejora.

"Lebaran terasa kesayuan,lebaran.."

"Abang ni dah kenapa? Orang masa bulan puasa ni cuba banyakkan mengaji.Ni sibuk menyanyi pulak.Lambat lagi nak raya." Tengku Emylia Atikah yang baru saja keluar daripada bilik tidurnya dan ingin turun ke ruang tamu sempat menegur abangnya yang luar biasa berseri wajahnya pagi itu.Sudah sebulan dia pulang bercuti ke Malaysia daripada tempat pengajiannya di luar negara.Namun,dalam masa sebulan dia bercuti ini tidak pernah lagi dia melihat abang tunggalnya itu segembira hari itu.Rasanya..dia tahu apa yang menyebabkan pemuda itu senang hati.

"Alah adik ni..sibuk jelah.Suka hati abang lah nak nyanyi ke apa.Raya lagi dua minggu je kut." Syamrein menjawab dengan senyuman senget.Dia kembali menyanyi kecil dan menuruni anak tangga yang terakhir.

"Hish anak mommy ni,senang hati betul hari ini.Yalah..isteri kesayangan dia nak balik.Senyum sampai ke telinga." Tengku Maria yang melihat kelibat dua anaknya itu daripada ruang tamu segera menyapa.Syamrein tersengih sengih seketika sambil mengaru garu kepalanya yang tak gatal.Ketara sangatkah mood happynya hari itu?

"A..ah mommy,Ika ingat abang dah mereng tadi."

"Eh kau ni dek,mulut jaga cikit.Abang cili karang." Syamrein meluku lembut kepala Tengku Emylia Atikah yang selamba badak berkata-kata.Gadis genit itu ketawa besar sebelum lari bersembunyi di belakang Tengku Maria.Em..ini semua sebab pengaruh bahasa kasar isterinya lah ni! Adiknya pun dah boleh sesuka hati memerli dirinya.

"Ika,bahasa tu jaga sikit." Tengku Maria sempat memberi nasihat dan Ika hanya tersengih sengih seperti kerang busuk.

"Mommy dengan Ika memang betul ke tak nak ikut Syam jemput Bell kat air port? Syam rasa Bell mesti happy kalau mommy dengan Ika ada sekali untuk sambut dia?" Sudah banyak kali Syamrein bertanya akan hal yang sama sebelum ini dan kali itu dia bertanya untuk kali yang terakhir sebelum dia menyambut kepulangan isteri tercintanya daripada luar negara.

"Takpelah Syam.Mommy dengan Ika tunggu Bella dekat sini sajalah." Tengku Maria tetap memberikan jawapan yang sama seperti jawapan yang dia dan Ika berikan kepada Syamrein sebelum ini.Anak lelakinya itu hanya mengangguk angguk kecil.

"Ok lah mommy.Syam gerak ke KLIA sekarang lah."

"Eh,abang biar betul? Baru pukul 9.00 pagi ni.Flight akak tiba pukul 1.00 tengahhari kan?" terkejut besar Ika mendengar kata-kata abangnya.

"Takpelah dek.Abang nak pergi awal.Tak nak my love tertunggu tunggu abang kat air port pulak.Assalammualaikum mommy.Syam pergi dulu." Belum sempat Tengku Maria menegah,Syamrein mencium pipinya dan berlalu keluar daripada Vila Kejora.Dia dan Ika akhirnya berpandangan sesama sendiri sebelum tersenyum lebar.

...............................................................

Penerbangan daripada Amerika Syarikat diishtiharkan tiba tepat pada pukul 1.00 tengahhari.Syamrein yang sudah hampir empat jam menunggu kepulangan isterinya mengeluh hampa apabila kelibat yang dicarinya tidak kunjung tiba walaupun semua penumpang daripada penerbangan yang sama sudah muncul di air port untuk menuju ke destinasi masing-masing.

Dia tetap menunggu di situ hingga satu jam berikutnya berlalu.Syamrein yakin yang isterinya akan pulang hari itu seperti yang dijanjikannya dua bulan lepas.Sedang pemuda itu memandang hampa balai ketibaan yang sudah lengang,Samsung Galaxie S3 nya berbunyi.Senyumannya kembali mekar apabila nama perempuan kesayangannya tertera di atas skrin.

Bakal Isteriku Gangsternya!Where stories live. Discover now