•°•○ 37

2.4K 340 12
                                    

"Betul ni tak nak aku teman? Aku boleh ambil cuti."

"Tak payahlah. Kau sendiri kata tengah hari nanti kau masuk nak masuk kerja. Aku boleh jaga diri." Kata Hannah sambil menyarungkan semula cap hitamnya ke kepala. Bukan apa, bimbang orang akan perasan kehadirannya di sini. Pasti sudah kecoh beritanya dimasukkan ke penjara.

"Betul ni? Tak tipu?"

"Tak, Yoongi. Tak."

"Aku risau. Kunci semua pintu rumah. Jangan keluar sorang-sorang. Anything, just call me. Faham?" Pesan Yoongi, tegas. Hannah mengangguk faham. Hidung Yoongi dicuit sekali dan kemudian dia terus keluar dari kereta. Tidak sabar rasanya mahu melihat rumah yang sudah lama tidak dijenguk. Dua tahun.

Pin! Pin!

Hannah tersentak.

"Ingat, call."

"Ya, sayang!"

Yoongi tersenyum. Dia kembali menaikkan tingkap kereta dan beredar selepas sahaja Hannah masuk ke dalam rumah.

"Home sweet home!" Suara seseorang menjerit dari tingkat atas benar-benar membuatkan kaki Hannah terkaku dan kepalanya terdongak. Sudahlah di terkejut dengan kebersihan rumah ini dan dekorasinya yang sedikit berubah. Lebih terkejut apabila dia terlihat ada seseorang sedang berlari menuruni tangga dari tingkat atas.

"Oh my God! Hayley!"

"Hannah!"

Hannah dan wanita cantik ini saling berlari mendapatkan tubuh masing-masing dan berpelukan. Tangisan halus mula kedengaran.

"Hannah... how are you, pretty?"

"Hayley.. I miss you so much! I'm fine, thank you."

Hayley.. kakak kandung Hannah. Mereka lahir pada tahun yang sama, cuma Hayley lahir pada bulan 1, dan Hannah lahir pada bulan 11.

"Macam mana kakak ada dekat sini? Why you

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Macam mana kakak ada dekat sini? Why you..." Hannah meleraikan pelukan, bermacam persoalan bermain di mindanya. Tertanya-tanya, bagaimana kakaknya ini boleh berada di rumah ini sedangkan mereka berpisah hampir 5 tahun lalu.

"Don't ask me why I'm here."

"Are you married to someone? Tell me who." Tebak Hannah sambil tersenyum. Dia yakin, kakaknya ini sudah berkahwin bersama jejaka Korea. Cuma dia sahaja yang tidak tahu. Tidak pernah Hayley ke sini sesuka hati melainkan kerana kerja atau arahan papa dan mamanya. Pasti ada sesuatu.

"Mana ada. Belum lagi. Baru je bertunang." Hayley tayang jari. Ada cincin pada jari manisnya. Meloncat suka Hannah. Sekali lagi tubuh kakaknya didakap.

"Oh my God my sister! Orang sini ke?"

"Yes."

"Argh! We are same, sis." Tanpa sedar, Hannah terpecah rahsia. Wajah Hayley terus berubah.

"We are same? What do you mean?" Soal Hayley. Hannah terdiam. Menelan liur.

"Err... I.. I..."

"Hannah? Did you hiding something from me?"

"No! I'm just..."

Hayley naikkan kening. Tak percaya dengan kegagapan adiknya ini. Nampak sangat menipu.

"We talk that later. Now.. I want to know how you can be here, sis? Berapa lama?" Soal Hannah. Dia membawa kakaknya untuk duduk di sofa.

"Since Hannah dekat penjara."

"What?! You... you know?" Hannah terdiam. Hayley mengangguk-angguk.

"I know. Your boyfriend told me. Akak pun terus dari Australia, datang ke sini. Jaga rumah, jaga your beloved cat." Hannah semakin terdiam. Hayley tersenyum-senyum. Tangan Hannah dipegang erat. Tahu, adiknya terkejut.

"My.. my boyfriend? Who?"

"You asking me who? Tadi yang hantar balik sini siapa? Hantu ke?"

"Argh! What's going on right now?" Hannah pegang kepala. Tidak percaya. Selama ini dia tidak tahu langsung bahawa Yoongi dan kakaknya saling berhubung. Paling tak boleh percaya, Yoongi betul-betul berlakon suci. Wah! Nak kena ni!

"Dia buat ni untuk Hannah. Kalau dia tak call akak yang Hannah dekat penjara, sampai mati akak tak tahu." Kata Hayley.

"Mama dengan papa?" Wajah Hayley berubah. Kepalanya tergeleng.

"They don't know about this."

"Please, don't tell them." Rayu Hannah. Hayley mengeluh.

"Tapi diorang kena tahu. And ini bukan salah Hannah. Hannah tak tahu pun, kan?"

"Hannah tahu."

Hayley diam. Tidak tahu hendak kata apa lagi. Benda dah jadi.

"It's okay, pretty. Semuanya dah jadi sejarah." Kata Hayley lagi. Hannah mengangguk. Perlahan-lahan tubuhnya didekatkan supaya berada di dalam pelukan Hayley.

"Akak harap mama dengan papa tak marah sebab ni."

"Hmm.. I hope so."

Tapi apa yang penting, Hannah perlu bertanya kepada Yoongi tentang ini malam ini juga. Dia takkan terlepas!

[COMPLETED] Precious Love 소중한 사랑 (Suga BTS)Where stories live. Discover now