Happy birthday uri maknae●︿●

2.9K 138 19
                                    

Ye anda ye anda yang tengah membaca insan bernama Nur Atiqah bt Tariq hhohohoh happy birthday sayang❤ alalala maknae kami dah besar dia hik

Kita berdua sebagai maknae marilah berjimba bersama-sama agagaha. Hahaha happy birthday semoga panjang umur . Dapat kawin ngan crush or Taehyung hakhak😂❤ amin

Semoga berjaya di dunia dan akhirat hohoho moga realationship kita ber-8 till jannah ha gitu.

Hadiah? Maaf lah saia manyak tadak duit. Duit mau simpan buat pi konsert agagah. Tapi saya hadiahkan yini imagine di bawah buatmu ❤❤❤ hope enjoyy





You as Yoon Naemi
Kim Taehyung as Your boyfriend



Start.







"Huh.." Naemi mengeluh, jam di tangan ralit dia perhatikan. Kelibat insan tersayang tak juga muncul-muncul bukankah tak guna itu?

Di musim luruh yang sejuk itu Naemi setia menunggu Taehyung merangkap boyfriendnya. Hembusan nafas yang dikeluarkan Naemi terbentuk kepulan asap atas kerana musim yang dingin ini

Dia melirik lagi ke arah jam di tangannya

Pukul 10 malam

Naemi mengetap bibirnya. Waktu yang dijanjikan telah lama berlepas sepatutnya mereka berdua patut berjumpa pukul 8

Tapi Taehyung dah lambat 2 jam

Hati Naemi mula bergetar lebih-lebih lagi apabila dia lihat pasangan-pasangan yang terdapat di taman itu. Berbeza dengan dirinya yang kesunyian di bawah pokok sambil menunggu manusia bernama Kim Taehyung

"Naemii!!!!! " Naemi mencari arah suara itu. Seorang lelaki berlari ke arahnya dengan sekuat hatinya. Naemi bangun marah tu memang marah

"Hahhhh maaf!" Ucap Taehyung sambil dia cuba untuk menstabilkan nafasnya. Wajah Naemi dipandang. Naemi langsung tidak melihat ke arahnya

"Naemi wae..?"

"Awak tau kan sekarang dah pukul berapa?" Terus sahaja Taehyung melihat jam di tangannya.

"Shit! " sebuah carutan terkeluar di mulutnya. Naemi menggulingkan biji matanya. Muak, sudah masak dengan perangai lelaki tersebut

"Naemi....Tae.."

"Takpe Taehyung , tak perlu jelaskan bukan 2 3 kali Tae buat Naemi dah masak dah boleh agak." Ucapnya tanpa sedikit pun dia memandang Taehyung

"Babe im sorry... Naemi tau kan Tae busy dengan kerja Tae. Dengan bts lagi concert sana sini " Naemi menyilangkan tangan di dadanya

"Ha ye itulah setiap kali Tae lambat semua tu lah alasan Tae. Naemi muak lah dengar. Tae langsung takde masa untuk Naemi" Taehyung mengeluh , bahu Naemi dia sentuh dengan lembut

"Naemi...sorry.."

"Sudah lah Tae . Naemi penat tau. Nanti Tae buat lagi. Tae langsung tak hiraukan Naemi. Pada Tae, Naemi ni apa!?" Suaranya naik seoktaf , keadaan bertukar dingin

Taehyung memandang tajam ke arah perempuan di depannya

"Naemi elok sikit ye. Bukannya Tae tak hiraukan Naemi tapi Tae sibuk faham tak!?" Taehyung membalas , suaranya bertukar kasar

𝐒𝐭𝐞𝐩𝐟𝐚𝐭𝐡𝐞𝐫 + 𝒥𝑒𝑜𝓃 𝒥𝓊𝓃𝑔𝓀𝑜𝑜𝓀Where stories live. Discover now