AKU BIASA SAHAJA

192 25 0
                                    


Wanzeneth melangkah masuk ke dalam studio yang dimasukkan,Ikhwan hanya mengekorinya dari belakang sambil tangannya menyeluk saku seluar. Intan pula mulanya takut-takut untuk masuk namun sebaik melihat keadaan studio,dia mula mengangakan mulut seluasnya.

Wanzeneth dan Ikhwan sekadar tersengih melihat reaksi Intan,Wanzeneth kemudian melangkah ke arah sebuah rak. Ikhwan menyedari di dalam rak itu adalah sesuatu yang berbahaya,Wanzeneth pula sekadar memeriksa keadaan rak tersebut.

"Hey Zee! Baik kau pergi jauh dari rak tu!" Intan memberi amaran.

"Eh?" Wanzeneth kehairanan dengan kata-kata Intan.

Saat Wanzeneth berpaling memandang ke arah Ikhwan,benda misteri yang berada di dalam rak mula bereaksi. Cermin pada rak itu pecah,asap berbentuk tengkorak cuba menyerang Wanzeneth.

"Uncle!" Intan mula risau.

"Apa benda ni?" soal Wanzeneth menangkap tengkorak tersebut,Intan terkejut manakala Ikhwan hanya tersengih sahaja.

"Mana mungkin,kau boleh tangkap aku dalam bentuk ni?" soal tengkorak tersebut dan Ikhwan terkejut mendengar suara itu.

"Suara tu,Zahhak?!"

"Lama tak jumpa Ikhwan Syah Al'Solleh..." ujar tengkorak yang dipanggil Zahhak,tetapi Wanzeneth kekal menahannya.

"Tak silap aku,kau sepatutnya dah mampus? Kenapa kau boleh hidup lagi?" soal Wanzeneth kehairanan.

"Kau siapa berani berkata begitu pada aku?! Kau sepatutnya hormat pada aku!" kata Zahhak.

"Oi.. Kau tahu tak siapa yang tengah tahan kau tu?" soal Ikhwan dengan muka blur.

"Tak tahu,tak ambil peduli..." ujar Zahhak bongkak.

"Dia adalah pencipta dunia ini...boleh katakan dia adalah dewa.." jelas Ikhwan lagi dan Zahhak tersentak.

Namun Wanzeneth terlebih dahulu melenyapkan Zahhak,Intan terkedu dengan tindakan Wanzeneth. Ikhwan pula hanya tersenyum kelat,Wanzeneth sekadar mengibas tangannya.

"Oi.. Oi.. Dipanggil dewa tu melampau la.. Aku manusia biasa..." jelas Wanzeneth sambil mengerutkan dahinya.

"Yup,tapi di dunia ini kau berkuasa..." jelas Ikhwan.

"Jadi aku boleh hancurkan dunia?" soal Wanzeneth.

"Hentikannya.."

"Apa yang berlaku di sini?" soal satu suara dan mereka bertiga menoleh serentak.

"Eh dah sampai..." ujar Wanzeneth.

"Kau jemput dia?" soal Ikhwan dan Wanzeneth mengangguk.

Farhan berdiri sambil pedang katana,pada sisip pinggangnya bersiul melihat keadaan bilik studio tersebut. Ikhwan melangkah menghampiri Wanzeneth,Intan menyusul dari belakang bersama Farhan.

Sebuah bilik studio bagi alat-alat melukis,Wanzeneth memeriksa keadaan meja yang dikhaskan untuk melukis. Tab untuk melukis juga ada,malah empat buah monitor bersaiz 40 inci. Dekstop yang ada untuk perisian juga ada,malah dilengkapi dengan sistem yang canggih.

"LurxArgus tak join ke?" soal Ikhwan.

"Dia busy,lagi-lagi kerja dia yang banyak telah disiapkan.. Hilang dalam satu malam.." jelas Wanzeneth duduk di sebuah meja.

Farhan dan Intan segera duduk,Ikhwan pula turut berbuat demikian. Farhan menarik pedangnya dan diletakkan di atas meja. Wanzeneth sekadar tersenyum sahaja,Ikhwan memandang Wanzeneth semula.

"Dia ada buat semula ke tidak?" soal Ikhwan.

"Mungkin? Aku tidak mahu ganggu dia.." jelas Wanzeneth.

"Ataupun kau dengan dia ada masalah..?" soal Farhan.

"Sama seperti selalu,tajamnya pemikiran kau...berhenti fikirkan benda yang negatif boleh tak?" ujar Wanzeneth sambil menggelengkan kepala.

"Kalau macam tu tuan kena la beri sokongan pada dia!" Intan mencelah dan Wanzeneth memandang ke arahnya.

Intan tersenyum girang dan Ikhwan pula mengangguk setuju,begitu juga dengan Farhan yang memeluk tubuhnya. Wanzeneth mulanya kehairanan,kembali tersenyum dan mengusap kepala Intan.

"Terima kasih... Saya akan cuba nanti.." jelas Wanzeneth.



WANZENITH GONNA TELL THE TALEWhere stories live. Discover now