Alice in Master's heart Extra! -Bad Valentine Day?-

2.3K 124 6
                                    

                 Bulan februari, bulan di mana semua perempuan sedang bergembira memikirkan tentang coklat buatan sendiri untuk lelaki yang mereka suka.Lagi seminggu sebelum hari kekasih, Alice sedang menyisir rambutnya yang hanya tinggal paras bahu sekarang.Bibir tersenyum puas di hadapan cermin di dalam biliknya.Kakinya terus melangkah mengambil beg sandangnya dan keluar dari bilik itu.Mukanya berseri-seri kerana tidak sabar ingin menyediakan coklat untuk Orion.Sejak hari pertarungannya dengan Coco berakhir, hidupnya kembali normal dan memorinya dari kecil sehingga dewasa kembali diingatan.Watak Fuyu yang diciptanya telah musnah.Sifat sebenarnya ialah watak Natsu.Sekarang dia hidup dibawah Keluarga Velvet.

         Di dalam perjalanan, Orion hanya memandang wajah manis Alice tanpa henti.Matanya hanya tertumpu pada gadis vampire itu.Mana tidaknya, Alice dari tadi lagi asyik tersengih sendirian seperti kerang busuk.Tiba-tiba anak matanya menangkap pandangan Orion lalu menoleh.

"Kenapa? Ada yang tak kena ke pada muka saya?" Soalnya sambil memegang mukanya.Orion hanya tertawa kecil.

"Tak, kau nampak happy je.Ada apa?" Jawabnya dan memutarkan semula soalan pada Alice.

"Eh..ye ke? Tak lah, saya biasa je." Jawab Alice turut tertawa kecil.

"Tak lama lagi aku akan graduate jadi, aku akan sibuk sikit tentang syarikat dan ujian akhir tahun." Jelas Orion, menyimpang ke tajuk lain.Betullah kata Orion, dia akan tamat persekolahan pada bulan Mac ini dan akan sambung belajar ke universiti.Pada masa yang sama, dia harus belajar mengendalikan syarikat penerbitan Velvet.Mungkin, tiada lagi masa untuk dia bersama Alice.Alice akur dengan kenyataan dia sedang bercinta dengan bakal CEO syarikat besar jadi, dari awal lagi dia harus bersedia hari sunyinya.Kereta yang dinaiki mereka berdua terus memecut laju langsung ke Sekolah Tinggi Peribadi Velvet.

                  Pada waktu rehat, seperti biasa, mereka berkumpul di bilik persatuan pelajar.Masing-masing menjamu selera bagi mengisi tenaga yang hilang ketika memerah otak di kelas tadi.

"Petang ni, mesyuarat akan diketuai oleh Victoria." Tiba-tiba Orion bersuara lantang memenuhi ruang bilik itu.

"Tapi kenapa?" Soal Victoria selepas menelan sosej yang dikunyah tadi.

"Aku sibuk.Lagipun, inilah masa yang sesuai untuk kau belajar jadi presiden sekolah ni." Jawab Orion lalu menyuapkan nasi menggunakan penyepit kayu ke dalam mulutnya.Victoria mengelipkan matanya beberapa kali.Mendengar kata Orion menyedarkannya tahun ini dia akan menjadi presiden sekolah ini.

"Kita kena cari pengganti Rai, Leo, Dark dan Light." Ujar Orion lagi.Hari paling sibuk akan tiba tak lama lagi.Saat genting akan tiba bagi mencari seorang naib presiden, bendahara dan setiausahanya serta penjaga bangunan tahun 1.

" Rasanya...Royal boleh tak ganti Leo?" Soal Victoria.Royal mula gelabah sendirian.Tugas Leo ialah tugas besar tapi kelebihannya pandai hack.Itu tidak menjadi masalahnya.

"Memang itu dalam fikiran aku.Alice jadi setiausaha Victoria dan naib presiden baru ye." Pinta Orion pada Alice tiba-tiba.Alice hanya mengangguk.Mereka terus berbincang untuk mencari pengganti jawatan masing-masing.

          Waktu persekolahan tamat, Alice berjalan keluar bersama Victoria menuju ke bangunan tahun 3 untuk mengadakan mesyuarat sambungan waktu rehat tadi.Mata Alice menangkap tubuh Orion yang sedang berjalan menuju ke luar pagar.Terlihatnya juga sebuah kereta mewah berwarna perak dan seorang gadis kelihatan seperti sebaya mereka duduk di tempat duduk belakang.Orion mendekati kereta itu lalu mengadakan perbualan kecil sebelum kakinya melangkah masuk ke dalam kereta.

"Eh, itu penulis terkenal, Yukaze Hana yang menulis buku 'When love become hate' kan?" Perbualan antara dua orang gadis di hadapan Alice menarik perhatiannya.

Alice in Master's heart *MalayWhere stories live. Discover now