12

5.2K 777 27
                                    

Serial Killer | JJK

"MinMin"sebut Jungkook untuk kali yang keseratus.

Aku tetap menggelengkan kepala. Pujuk rayu Jungkook ketika itu sejujurnya menyentuh hati wanitaku.

Tapi, aku tahu pembunuh bersiri sepertinya licik. Ada sahaja peluang yang ingin dicipta agar dia dapat membebaskan diri sendiri.

"Tak. Saya takkan lepaskan awak. Esok pagi pengawal istana akan datang untuk membawa awak menghadap Maharaja Sejeong."ujarku lemah.

Jungkook yang ada di hadapanku sekarang bukan lagi budak lelaki bernama Jung yang aku amat sayangi sewaktu kecil dahulu.

Jungkook di tatapan mataku sekarang ini hanyalah syaitan.

Syaitan bertopengkan manusia.

Sudah banyak darah beratus orang manusia mengalir di tangannya. Aku tidak boleh pentingkan diri.

Akan aku bawa Jungkook untuk dihadapkan kepada pemerintah agar dia menerima hukuman yang setimpal atas jenayahnya yang kejam.

"Awak akan terima akibat atas jenayah kejam yang dah dilakukan , Jeon Jungkook."

Bibir Jungkook sudah pudar dari senyuman. Dia alihkan pandangan daripada memandang aku.

"T-tak apalah Nae Min. Aku faham."

Pasrah sahaja bunyi suara Jungkook pada waktu itu.

-----
Lelaki itu tersengih jahat apabila dia terpandang wajah Nae Min yang sudah tertidur di hujung katil. Pisau yang ada di tangan wanita itu diambil dan terus disisipkan di pinggangnya.

Tangannya tangkas merungkaikan ikatan tali di pergelangan tangan.

"Aku saja je nak main-main dengan kau. Ingat aku tak boleh nak larikan diri?"bisik Kook dalam diam.

Satu kucupan ringkas dihadiahkan di dahi Nae Min menyebabkan wanita itu terjaga dari lena yang nyenyak.

Matanya terbeliak memandang Jungkook yang sedang tersenyum manis di hadapannya.

"Ssh.."Jungkook menekup mulut Nae Min daripada berbicara lebih banyak.

"Aku pergi dulu. Tak dapat bunuh kau. Aku nak cari mangsa baru."

Kata-kata Jungkook menyebabkan Nae Min segera bangun untuk mengejar lelaki pembunuh itu.

Jungkook tergelak sinis dan berpaling memandang wanita itu sebelum melompat keluar dari tingkap.

"Jangan lupa. Aku akan jumpa kau di tempat hukuman. Untuk sekarang, aku nak kumpul mangsa-mangsa aku dulu. Selamat tinggal Kim Nae Min."

Jungkook terjun dari tingkap dan meninggalkan susuk tubuh Nae Min yang masih terkejut dengan ungkapan kata-katanya.

🔪💖
A/N: Ada tiga lagi bab untuk short story ini. Rileks jap. Chapter 13 lagi dahsyat. 🌚♥

[C]Serial Killer  | JJKWhere stories live. Discover now