BAB 11

292 25 0
                                    

Jalan Winari

Papan tanda dibaca. Tak mahu tersilap pula. Kereta terus diberhentikan. Mata melihat sekeliling. Sunyi saja. Burung pun tiada.

Kaki melangkah ke hadapan. Sambil itu mata memerhati sekeliling. Mencari seseorang.

Di sana hanya terdapat rumah usang yang hampir roboh. Keadaan yang bersemak samun dan sampah merata-rata. Tempat yang pasti akan dipilih oleh orang yang begitu.

Tidak dihiraukan mata-mata yang melihat dia sejak tadi. Mata-mata yang seakan mahu membahamnya. Tujuannya ke sana hanya satu. Mencari seseorang.

Dapat dia lihat orang-orang yang tidak terurus. Serabai keadaan mereka. Bagaikan orang gila. Ada yang sedang bercakap seorang diri. Sah, memang dah gila.

"Gila!"
Dia berkata.

Dia memasuki sebuah rumah yang tiada atap. Hanya dilindungi dinding di sekelilingnya. Dia masuk. Dan dapat dia lihat seseorang yang dicarinya. Sedang bercakap seorang diri. Ada juga beberapa orang di dalam.

Dia berjalan mendekati orang itu. Pandangan kosong diberikan. Sekosong rasa hatinya saat itu. Cuba ditahan keinginan yang satu dalam hati.

"Aku tak buat~ aku tak salah~"

Dapat dia dengar apa yang orang itu ucapkan. Makin bertambah sakit hatinya.

"Haris," dia memanggil.

Haris mendongakkan kepala. Haris terkejut. Terus dia terundur ke belakang.

"Ap..apa kau buat kat sini? Kau buat apa? Weh mana umi? Abi? Adik? Aku nak jumpa diorang. Aku nak minta maaf. Tolong aku."

Haris memegang kaki dia. Dia hanya melemparkan senyuman sinis.

"Maaf? Kau dah terlambat. Diorang dah tak ada. Dan semuanya sebab kau. Kau lupa?"

Haris terus melepaskan pegangan. Tangan memegang kepalanya sendiri. Haris menjerit.

"Takkk!!! Bukan aku!! Bukan aku yang buat la!!"

Haris menjerit. Bagaikan terkena histeria.

"Kau yang buat. Kau bunuh abi dan umi. Kau lupa? Kau tak patut lupa semua tu."
Dia berkata.

Haris terusan menjerit. Tubuhnya yang sudah kurus menampakkan tulang itu terbaring. Haris menekup telinganya.

Orang yang berada di situ menjauhkan diri. Terkejut dan takut melihat Haris yang seperti orang gila.

"Aku tak buat la bodoh! Aku tak. Aku tak!!!"

Jeritan Haris bergema kuat. Kawasan yang sunyi itu dipecahkan dengan jeritan Haris.

Dia hanya memandang.
"Baru sekarang kau nak minta maaf? Kau bodoh Haris. Bodoh. Kau dah terlambat. Semuanya salah kau. Semuanya!"

"Tak! Bukan aku!! Aku tak buat!! Aku tak bersalahhh!!!!"

Haris meronta. Haris menarik-narik rambutnya. Air mata dia mengalir. Dia benci!

"Aku tak buat..."

"Kau yang buat," kata dia.

"Umi abi ampun~"

"Kau takkan dapat lagi keampunan," kata dia lagi.

"Bukan aku, bukan aku."

THE REAPER √Where stories live. Discover now