#7-ending story

54 6 0
                                    

Nia masih tekun belajar di meja nya walaupun sudah banyak kali diajak bermain oleh  rakan rakan yg lain. Bukan sombong, tapi SPM lagi sebulan saja. Takkan masih nak bergurau senda.

Ya, sepatutnya mereka semua hanya berehat dan tak perlu bersusah payah belajar sangat .

Nia hanya  refresh kembali mata pelajaran. Dia tahu, kalau belajar sungguh sungguh di saat akhir ni, mmg mengundang stress lah jawabnya .

Tapi, ada sesuatu yg menghalang Nia. Dia sendiri tak tahu. Kenapa ni? Sesekali dia melihat sekeliling .

'okay, sejak bila mata aku pandai meng-usha ni?'

Terasa ada beban di bahu nya. Aduh , kenapa ni??

Waktu rehat pun tiba. Nia pergi ke surau untuk betulkan tudungnya. Bukan dia tak mahu ke tandas, tapi dia lagi selesa di surau . Tiba tiba ada seseorang masuk ke surau .

'Oh, kawan aku.' desis hatinya.

"Aku tahu apa yg kau rasa sekarang ni . Nak aku tolong?"

Dahinya berkerut. Kemudian dia bersuara .

"Ermm..apa yg boleh kau tolong aku? " Nia mengangkat sebelah kening nya.  🤔
Saja dia nak test sikit kawannya itu. Hek. Konon tahu semua.

Mereka duduk bersila di suatu sudut.

"Perasaan tertarik dekat seseorang itu biasa. Itu cuma instinct . Kau tak payah lah stress sgt. Ni bukan pertama kali kau jatuh cinta kan..aku tahulah berapa banyak crush kau. Tapi aku pelik kenapa kali ni kau macam lain macam. Kau macam tak biasa pulak. Ke, kau dah lupa cara cara nak buang perasaan tu.? Kau tak perlu layan lah perasaan tu ."

Nia menepuk tangan berkali kali. 'Biar betul ni kawan aku?'

"Nak dengar lagi satu ayat power tak?"

Nia mengangguk laju. Tiba tiba best pulak dengar kata kata dia.

Kawan Nia berdehem . Konon ayat tu ayat keramat . Hek.

"Jangan cepat kata kita dah jatuh cinta. Jangan murah kan nilai cinta, kerana cinta itu mahal."

Wah.
Wow.
Ayat apa ni? Asal hebat sangat.

Nia mati ayat. Dia tak tahu nak balas apa. Dia cuba menghadam kata kata yg diberikan oleh kawan nya. Dari mula  sampai lah ayat power tadi.

Tanpa sedar dia ditinggalkan oleh kawannya sendirian di surau . Mungkin, beri masa untuk Nia berfikir.

'aku rasa macam lega sangat sekarang ni. Beban tu semua dah takde.'

Sampai di kelas , Nia terus menuju ke arah kawannya. Dia memeluk erat kawannya itu.

Thanks.
Thank you babe .
Aku bersyukur dapat kawan macam kau .
Ya, sekarang aku cuma fokus pada SPM je.
.
.
.
.
.

Walaupun jadual sekarang padat dengan kelas tambahan, tapi tak sekali kali buat Nia penat atau jemu dengan pelajaran .

Ilmu lagi penting dari cinta.

------------------------------
Salam. Sis nak wish good luck kat korang yg akan hadapi SPM tahun ni. Ntah ada ke tak readers umur 17 thn . Hurmm. Okay, tu je. Sis tahu short story sis ni memang teruk. Jangan kecam ye. Buat tak tahu pun takpe. Tapi, kalau rasa ada ilmu yg terselit ambillah sebagai panduan hidup . Tak sangka sis cakap camni.
Terharu dengan diri sendiri pula. Hek. Tapi nak bagitahu sikit . Kata kata nasihat dari kawan Nia tu , sis ambil dari The Hidden Tarbiyah by @shahirahsurdi . Sis cuba share ngan korg . Mana tahu maybe terjentik hati .

Islam Agama IndahDove le storie prendono vita. Scoprilo ora