"Batrisya Iman. Dengar sini, perkahwinan itu bukan semudah yang Isya fikir. Abang tak janji abang boleh bahagiakan Isya macam orang lain. Perkahwinan pertama abang gagal. Tak mustahil kali ini pun gagal. Isya tak takut ke jadi janda pula nanti?" Sedikit keras Firdaus memberi amaran. Mungkin dengan itu Batrisya akan memikirkan semula keputusannya.
Batrisya mengangkat muka memandang Firdaus dengan dahi berkerut."Kenapa abang rasa perkahwinan kedua abang akan gagal juga? Bukankah kekhilafan kali pertama abang boleh jadikan panduan?" Batrisya menyoal berani. Adakah kerana kegagalan lelaki itu dalam berumahtangga dahulu buat Firdaus takut untuk mulakan sekali lagi?
Firdaus terkesiap. Mencerun anak matanya menangkap wajah Batrisya."So, Isya fikir abang gagal sebab semuanya salah abang? Begitu? Isya tak tahu apa-apa tentang apa yang berlaku dalam rumahtangga abang dulu. Jangan pandai-pandai nak menilai."
Giliran Batrisya pula terkesiap bila Firdaus melenting. Bila pula dia menilai Firdaus? Bukankah lelaki itu sendiri yang mengaku dia gagal?"Bila Isya menila..."
"Perempuan memang begini. Bila bercerai saja. Lelaki saja yang salah. Seolah perempuan tak pernah buat salah. Ya. Abang tahu abang ada khilaf. Tapi khilaf dia.. dahla, jom balik!" Tak semena-mena Firdaus bangkit berdiri seraya membebel sendiri tanpa sempat Batrisya membela diri.
Batrisya tercengang seketika. Sudah kenapa Firdaus nak sentap? Ah! Dasar duda sensitif!
www.wasap.my/60173255126/KomboEmas
#Duda limited Edition
#mellmariann
#Ezine
#KomboEmas
YOU ARE READING
Duda Limited Edition (EBOOK)
Short StoryFirdaus cuma lelaki biasa yang mahukan rumahtangga bahagia. Tapi sayang perkahwinan pertamanya musnah ditengah jalan. Ekoran malu dan tak mahu dipersalahkan. Tiga tahun dia diamkan diri dari keluarga dan menyorokkan statusnya sebagai duda. Hinggal...