Bab 82- Harta Karun Dikaki Cangkat

2.2K 45 0
                                    

"KITA berjaga-jaga, mungkin orang betul mungkin tidak," datuk mengingatkan. Ia terus bangun. Bersedia menghadapi seribu kemungkinan. Rasa bimbang itu berakhir dengan kemunculan dua anggota polis serta kawan Alang Abdul Rauf yang telah diperintahkan pergi ke balai polis.
Saya ketawa sendirian, masalah yang menghantui diri saya dan orang-orang lain di tanah kubur sudah terjawab. Kedua anggota polis itu merungut kerana terhidu bau busuk. Setelah Alang Abdul Rauf mengadakan perbincangan dengan anggota polis kedua-dua mayat yang tidak reput itu terus diusung keluar dari kawasan tanah perkuburan.
"Pagi esok saya uruskan untuk ditanam di kawasan baru," beritahu Alang Abdul Rauf pada ketua balai Polis. Tidak ada bantahan dari ketua balai tetapi, kedua-dua mayat itu terpaksa disimpan di hospital Batu Gajah sementara menanti hari siang.
Semua yang terlibat dengan kerja-kerja menggali mayat di tanah perkuburan lama terus pulang ke rumah masing-masing.
DATANG
Pagi itu, lebih kurang pukul lapan, kawan-kawan Alang Abdul Rauf yang menggali kubur malam tadi datang. Alang Abdul Rauf segera menyuruh pergi ke kawasan tanah perkuburan yang baru untuk menggali lubang bagi menanam mayat yang tidak reput yang ditemui malam tadi.
"Semuanya pergi dulu, aku ke balai dulu menyelesaikan semua urusan, tunggu di sana sampai mayat tiba, boleh jadi aku tumpang jeep polis yang bawa mayat ke situ," terang Alang Abdul Rauf. Kawan-kawannya mengangguk tanda setuju mematuhi cakapnya.

Sebaik-baik saja kawan-kawan Alang Abdul Rauf pergi saya dan datuk serta Alang Abdul Rauf pun berangkat ke balai polis. Saya terkejut, bila melihat orang ramai berkumpul d depan balai.

Semuanya mahu melihat mayat tidak reput yang baru saja dikeluarkan dari hospital. Kebanyakkannya meninjau dari jauh kerana tidak sanggup menghidu bau busuk.

"Mana lagi satu mayat," soal Alang Abdul Rauf pada ketua balai yang berdiri tidak jauh dari jeep.

"Yang lagi satu sekejap lagi sampailah, kami pakai dua jeep," jelas ketua balai. Alang Abdul Rauf renung muka datuk. Saya beredar dari situ menuju ke tanah lapang. Hidu saya tidak tahan menghidu bau busuk dari mayat dalam jeep.

"Begini saja, boleh tak datuk sarjan hantar mayat ni ke masjid, di sana ada orang menanti untuk menguruskannya mayat ini mahu dimandikan dan dikafankan sebelum ditanam," ujar Alang Abdul Rauf dengan wajah yang tenang.

"Kalau begitu, biar saya suruh drebar hantar mayat ke masjid."

"Itulah yang baiknya, datuk sarjan."

Waktu jeep itu mula bergerak, beberapa orang yang tidak menghiraukan bau busuk rapat ke jeep. Mereka menyelak kain penutup mayat, sebaik sahaja kain itu terbuka, muka mereka terus pucat tidak berdarah. Tanpa berkata sepatah pun mereka terus menjauhkkan diri dari jeep. Ada di antaranya yang muntah.

Jeep yang membawa mayat tidak reput dan berbau busuk itu meninggalkan kawasan balai menuju ke masjid. Datuk, Alang Abdul Rauf dan saya tidak ikut serta. Kami menanti mayat yang lagi satu. Orang ramai masih lagi menunggu di kawasan balai polis. Mereka bagaikan tahu ada mayat yang akan tiba.

Sepuluh minit kemudian jeep yang membawa mayat kedua pun tiba. Sebaik saja jeep itu berhenti, orang ramai terus menghampirinya. Semuanya bersuara mengatakan mayat yang baru sampai itu berbau wangi.

Dalam keadaan yang agak ketam-kabut itu ada tangan yang membuka kain penutup mayat. Mana yang sempat melihat rupa mayat itu terus memberitahu kawan-kawannya yang lain tentang wajah mayat yang bersih, tenang dalam keadaan tersenyum.

Cerita itu cukup cepat merebak. Orang kian ramai datang ke kawasan balai polis. Masing-masing mahu melihat rupa mayat yang tidak reput dan mengeluarkan bau wangi yang harum.

Dalam keadaan yang tidak menentu itu, ketua balai menyuruh Alang Abdul Rauf, datuk dan saya masuk ke perut jeep. Perintahnya itu segera kami patuhi. Sebelum jeep bergerak datuk dan Alang Abdul Rauf bersalaman dengan ketua balai polis yang berbadan tegap, memiliki raut muka yang agak garang, berkulit hitam tetapi, setiap kali bercakap nada suaranya lembut dan bersopan sekali.

Siri Bercakap Dengan Jin, Tamar Jalis ( Jilid 5 ) (COMPLETE)Where stories live. Discover now