Day 1 , Fourth Hour

1K 67 1
                                    

Rumah Shin A.

"Oppa, saya dah balik !,"ujar Shin A sambil menanggalkan kasut. 

Dia baru sahaja balik memandangkan dia menaiki bas ulang alik dari rumah ke sekolah. Shin Ho yang mendengar suara adiknya dari dapur terus berlari keluar dengan apron berwarna pink yang masih terikat di badan dan sebatang senduk memasak di tangan.

"Wahh ! You make me getting heart attacklah, Oppa,"ujar Shin A terkejut kerana tiba-tiba Oppanya keluar dengan keadaan begitu. 

Sudahlah berapron , baju pejabatnya pula masih belum ditukar. Shin Ho berhenti berlari sambil terpinga-pinga mengapa Shin A terkejut melihatnya.

"Kenapa ?,"soal Shin Ho kehairanan.

"Aigoo~ Oppa kenapa tak tukar dulu baju tu ?,"soal Shin A memberikan ciuman di pipi oppanya. Shin Ho tersengih menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. 

Shin Ho terkenal dengan karakternya yang tegas tapi bila dia dirumah dia akan bertukar jadi seorang lelaki yang penyayang lebih-lebih lagi bila bersama adiknya, Shin A. 

Dia baru sampai dari pejabat sebenarnya dan melihat jam hampir pukul 9 , Shin Ho terus ke dapur memasak memandangkan adik perempuannya selalu balik ke rumah pada pukul 9 malam. Sebab itulah dia tidak sempat menukar pakaian.

"Bak sini saeng sambung masak. Oppa bersihkan dirilah dulu,"Shin A membantu oppanya membuka ikatan apron dibelakang. Shin Ho menurut sebab dia penat sebenarnya. Walaupun dia kesiankan Shin A yang baru balik dari sekolah tapi dia betul-betul penat !

---

"Aik, bila masa saeng pandai buat jjangmyeon ?,"soal Shin Ho kehairanan. 

"Saeng orderlah . Saeng tak tau nak masak apa jadi saeng order jelah,"jawab Shin A selamba. Shin Ho lupa yang saeng kesayangannya sebenarnya tak pandai memasak.

"Tsk ! Tsk ! Tsk ! Macam manalah kalau saeng oppa ni nak kahwin nanti ? Nak masak pun tak reti. Aigoo~,"rungut Shin Ho duduk di kerusi. Mahu tak mahu terpaksalah juga dia melahap jjangmyeon yang dibeli oleh Shin A.

"Eih, oppa ni ! Cakap pasal kahwin apasal ? Sepatutnya , oppa dulu yang kahwin. Oppakan dah nak tua~,"perli Shin A. Tersedak Shin Ho dibuatnya. Pantas lelaki itu mencapai air suam. Soal kahwin adalah satu isu yang teramat sensitif bagi Shin Ho.

"Yah ! Makan jelah mee tu,"marah Shin Ho masih terasa perih tersedak mee jjangmyeon. Siapa suruh dia mulakan dulu ? Shin A ketawa terkekek-kekek melihat oppanya. Shin Ho bukannya tua sangat pun . Umurnya baru mencecah 26 tahun.

"Oppa, malam ni saeng nak pergi main basketball dengan Taehyung boleh ?,"soal Shin A. 

Selain Jae Joo , Shin A juga ialah kawan rapat Taehyung. Mereka berkenalan masa suatu malam time Shin A bermain basketball seorang diri. Mereka hanya rapat diluar tetapi di sekolah, mereka merahsiakan persahabatan mereka memandangkan Shin A tidak suka dengan Jae Joo.

"Nak tinggalkan oppa sorang-sorang kat rumahlah tu. Saeng suka dengan Taehyung, eh ?,"Shin Ho memulangkan paku buah serpih. Nasib baik Shin A tak tersedak macam oppanya tadi. 

"Oppa ni kan ! Saeng main basketball nak kekal cantik , langsing , awet muda .. bukannya nak dating dengan Taehyung,"ujar Shin A geram. Shin Ho tergelak mendengar jawapan adik kesayangannya.

"Yang saeng emotional ni kenapa ?,"Shin Ho menyakat adiknya. 

"Nak bagi ke tidak ?,"malas Shin A nak melayan kerenah oppanya itu. "Yelah~ Pergilah . Tapi jangan balik lewat sangat . Esok sekolah,"jawab Shin Ho memberikan kebenaran.

----

End of Day 1 ^^ Saya akan sambung Day 2 secepat yang mungkin . Insya Allah~ Vote and comment :D

We Are Not Romeo Or Cinderella ; jung hoseokWhere stories live. Discover now