1;

3.6K 209 3
                                    

Watak utama - Lee Miyeon sebagai pembaca/readers

Nama aku Lee Miyeon. Seorang graduan dalam bidang kedoktoran.

Aku berasa senang hati setelah menamatkan pelajaranku di New Zealand dalam bidang kedoktoran sepanjang 4 tahun dengan mengambil aliran Ijazah.

Aku ingin menceritakan bahawa minggu lepas merupakan hari paling gembira aku kerana akhirnya aku dapat menyertai Hari Graduasi di New Zealand bersama dengan keluargaku. Bermaksud, tamat sudah zaman kuliahku.

Omma, appa dan Mijung unnie selalu menyokong aku ketika aku belajar jauh di perantauan. Susah dan senang aku melaluinya sendirian tetapi aku berjaya hingga ke tahap sekarang. Aku merupakan seorang yang tidak suka bergantung pada orang lain.

Tidak lupa juga dengan kawan baikku yang berasal dari New Zealand, iaitu bernama Hannah yang sentiasa bersama dengan aku ketika aku di sana. Dia juga merupakan rakan sekongsi rumah di sana.




Terdapat banyak kenangan manis dan pahit ketika aku di sana. Aku merindukan New Zealand. Tetapi aku harus pulang ke tanah airku di Korea.

Aku masih tidak lupa dengan budayaku dan amat merindukan keluarga aku di sini. Kini, aku telah berada di Korea dan memulakan hidup yang baru dan lebih baik di sini.












---

Di rumah

Aku telah selesai memakai pakaian yang formal dan kemas untuk melakukan temu duga. Aku berharap pihak hospital dapat menilai aku dengan baik melalui aspek kebersihan dan kekemasan.

Rambutku juga diikat dengan kemas serta rambut hadapanku ataupun dipanggil sebagai bangs telah ku sikat dengan kemas.

Aku hanya memakai bedak pada wajah, maskara dan lip balm agar wajahku tidak kelihatan terlalu pucat.

Hampir setengah jam aku berdiri di hadapan cermin yang besar ini sehingga menunjukkan keseluruhan tubuhku.

"Hm.. aku nampak ok tak?". Soalku sendirian.





Tok. tok. tok.






Pintu bilikku tiba-tiba diketuk sehingga membuatkan aku terperanjat. Bilik ini sunyi sepi sejak tadi.

"Miyeon-ah~ cepatlah bersiap.. omma dah sediakan sarapan". Kata omma di sebalik pintu.

"Ne~ saya dah nak siap ni". Aku menyahut. Tanpa membuang masa, aku segera mengambil beg tanganku berisi barang-barang yang penting. Tanganku pantas mencapai dokumen yang penting untuk diberikan kepada majikan yang aku ingin bertemu duga sebentar lagi.

Aku mempercepatkan langkah untuk keluar dari kamarku.

Rasanya, mereka sudah berkumpul di dapur dan sedang menikmati sarapan yang telah dimasak oleh omma. Aku berjalan menuju ke dapur.

Mereka sudah mula menghidangkan makanan di atas pinggan masing-masing.

Mijung perasan akan kehadiranku dan memberi senyuman.








"Ha! Madam Miyeon dah bersiap ke?~ kalau boleh lama lagi lah kau kat dalam bilik tu". Mijung unnie memerli aku.

Aku menunjukkan reaksi wajahku yang blur.

"Alah.. macam unnie tak pernah bersiap lama~". Kataku.

"Biarlah~". Balasnya.

"Yah, sudah lah tu. Jom sarapan cepat~ Miyeon kena pergi Hospital Seoul sebab ada temu duga". Omma membebel pada kami berdua.

the doctor • k.sj [C]Where stories live. Discover now