Chapter 1

251 13 0
                                    

"Settelkan. Lepastu kemas. Aku taknak ada sikitpun darah kotor dia dekat lantai" arahku. 3 lelaki berpakaian serba hitam memandangku lalu mengangguk. Mereka terus melangkah ke arah 'mangsa' itu. Terjerit mangsa itu akibat 'seksaan' daripada anak buahku.

Motor Yamaha R15 dihidupkan. Laju menyusur jalan raya. Lampu merah selamba aku langgar. Ingat aku kesah apa? Bibir mengoyak senyuman jahat.

***

"Asalamualaikum" pintu aku buka kasar. Biar pembantu yang tutup. Aku jeling ke arah sofa dimana terdapat 4 jejaka dan 2 wanita merenung tajam ke arah ku.

"Baru ingat balik ke?" sinis Irwan. Abang sulungku. Dia menjeling tajam ke arahku yang mengambil tempat di bawah bersebelahan dengan Amran.

"Ada benda nak kena settelkan tadi" dinginku. Mata tertancap ke arah TV.

"Apa dia? Bunuh? Seksa? Belasah?"teka Imran

"Kau nak sebok pehal?" choki-choki yang baru dibuka Amran di rampas kasar lalu masuk ke dalam mulut. Amran terlonggor.

"Wei! Aku punya!"tengking Amran. Susah payah aku beli. Sedap bontot kuali dia je amek!

"Tak ada nama kau kan? Gi la beli sendiri"selamba saja aku membalas. Sebenarnya malas nak dengar abang aku membebel. Saja kacau Amran. Huhu.

"Elok sikit kak. Aku baru beli tadi. Bagi lah balik!! " choki-chokinya cuba dirampas.

"Dalam 1 peket tu ada 5 kan? Kau dah makan 4 batang. Lagi sebatang bagi aku" kini aku menghempap tubuh cikeding Amran. Biar dia rasa! Suka panggil aku gemok kan? Ni gemoknya!!

"Banyak kau punya batang! Arghhh aku nak la bodoh! Sakit gila! Dah la gemok! Macam gajah diabetes!"kutuk Amran

"Apa?! Ulang balik! Gajah diabetes?! Ha ni gajah diabetes kau!!" aku melompat di belakang badan Amran. Padan muka. Rasaendelo!

"Eish sakitlah gemokk!!"hampir tak terkeluar suara Amran akibat lompatan ganasku.

"Kau panggil aku gemok lagi aku hentak hentak kau"kini aku sudah berdiri di belakang badan Amran. Muka dah merah.

"Yela gemok. Tak panggil dah"Amran angkat bendera putih.

"Apa?! Again?!"kaki yang baru sahaja ingin memijak badannya terhenti akibat jeritan pontianak kakakku.

"Sudah!!" jeritan Ilya bergema di ruang tamu. Nasib mummy Mia dan daddy pergi 'honeymoon tua' di Paris. Kalau tak dah lama kena sembelih.

"Iman! Am! Dah besarkan? Cuba matang sikit. Jangan jadi budak budak sangat! Sebab coklat pun nak gaduh. Iman! Kau tu kakak, patutnya kau tunjuk perilaku yang baik bukannya tunjuk perangai sial kau tu" aku buat pekak je. Amran dah tunduk. Heihh.. Penakut betul adik aku sorang ni. Mata ku kerling ke arah Ilya. Tergeleng dia melihat perangai kami.

Keropok lekor di tangan Irwan ku rampas. Malas nak ambik pusing dah. Mesti dok cakap benda sama kalau dah berkumpul macam ni. Eishzeyman!

"Kau taukan apa undang-undang yang aku tetapkan?"dingin Irwan menyoalku. Aku angguk pun tak geleng pon tak. Muka toya aku tunjuk!

"Kau dengar tak?!"naik seoktaf suara Irwan. Yang lain sudah menikus. Aku je yang masih steady.

"Hm...."balasku acuh.

"Dah tu kenapa still buat?"suaranya mengeras.

"Ada anak buah aku kut. Lek la. Bukan ada apa"muka toya ditunjuk lagi.

"Tapi kau bawak berapa? Sorang je kan? Lagi 2 orang kau suruh tunggu dekat markas. Kau tu perempuan! Bahaya. Buatnya anak buah kau tu mampos dulu. Lepastu kau tiba-tiba kena attack! Macam mana? Apa aku nak jawab dekat Daddy?"tembak Irwan

"Cakap jelah ajal dah sampai"selamba aku menjawab.

"Kau saja nak aku kena lempang free ke apa?"berkerut jening Irwan menahan geram.

"Tak lah. Aku cakap je. Yang kau nak emosi sangat pehal. Period?"keningku jungkit sebelah

"Kau tahu tak tadi ada budak Valion intip kau?! Kau tau tak Valion tu bahaya!!"naik seoktaf suara Irwan. Bimbang adik perempuannya itu di apa-apakan.

"Leklah. Budak tu dah selamat aku 'bungakan'. Relax je bro. Budak lembik tu setakat celah gigi aku je"aku tayang muka bangga.

"Macam mana budak tu nak dok celah gigi kau? Masuk dalam mulut pun tak Ilya. Gigi kau tu dah la Bau longkang"sampuk Amzan. Kembar Amran.

"Eh keding. Jangan menyampuk bila orang tua cakap"aku dongak ke kiri melihat Amzan.

"Ngaku tua"aku pantas menyiku perut Amran. Ergh.. Kembar dua ekor ni. Kerjanya sakitkan hati aku je. Nasiblau kauorang adik aku kalau tak dah lama aku jolok lubang hidung kau tu.

"Amran, Amzan. Sudah. Naik atas buat assignment. Aqila, awak boleh naik atas. Tengokkan Iryan. Nanti saya abang naik"aku mendongak ke arah kakak ipar ku, Aqilah. Baru aku perasan dia pun ada. Aku membalas senyumannya. Kini tinggallah aku, Irwan, Ilya, Izuan dan Intan. Gulp. Aku telan air liur. Mesti kena hukum. Aku memandang ke arah Izuan, abang kesayanganku. Abang Izzzzz tolong Iman!!! Jerit ku dalam hati. Izuan seakan mengerti. Dia cuma senyum je.

"So, Iman. Aku tahu mesti kau dapat apa-apa maklumat pasal budak tu kan?"soal Irwan. Aku mengangguk. Entah nampak ke tidak. Takut maa. Tulah tadi bukan main berani. Tadi sebab ada kembar dua ekor tu. Memanglah berani. Sekarang dah kena halau sama Big Boss!! Eh tak. Sederhana Boss!

"Explain"keras suara Irwan.

"Nama dia Joey. Pengintip yang boleh dikatakan pro. Selama ni dia perhatikan kita. But.. yeah, kita tak perasan pun. Valion nak bagi kita masa dulu, enjoy, leka. Bila tiba masanya baru dia attack kita. Bukan kita je. Orang yang terdekat macam bff, saudara spupu sepapat, someone special pun kena juga. Sekarang ni Valion tengah plan nak attack Amzan dan Iryan. You know, Amzan kan lembik sikit. Tak macam Amran. Iryan pula dia baru umur 3 tahun. Senangla dia nak attack. Dia akan buat kita takut, menderita,terseksa. Sekarang ni Valion masih lagi dekat Australia. Taknak kita dapat hidu plan dia supaya plan dia berjalan dengan lancar. Tapi sepro si Joey tu, dia pun bodoh juga. Sebab takut mati dia bocorkan semua maklumat yang dia tau. Tapi. Mati jugak"terangku panjang lebar. Irwan merenung tajam meja kaca, Izuan dan Ilya mengangguk tanda faham. Intan hanya membuat mulut berbentuk 'O'

"Huh, tak sangka dia ada anak buah sebodoh tu. Apa dia ingat kita no lembap sangat ke? Dari dulu lagi kerjanya cari gaduh. Tak puas ke lepas dia bunuh Mummy kita? Apa lagi yang orang tua tu nak?"Ilya sudah berang. Mana taknya. Tak padan dengan tua. Kerjanya membunuh, gaduh, seksa, rogol, buat seks sana sini,judi,arak. Tak ingat anak bini dekat rumah. Kesian makan duit haram.

"Dia takkan stop selagi semua syarikat yang kita ada dia tak dapat dan dia bersumpah akan bunuh semua keturunan Amrul. Dendam, hasad dengki. Dia takkan non stop selagi kita hidup"terang Izuan. Wajahnya sungguh tegang ketika ini. Aku pun gerun.

"Buat masa ni. Kita tak boleh rapat sangat dengan orang luar, family kita akak suruh anak buah jaga. Kawan pun sama. Don't worry. Asalkan kita berjaga-jaga"semua memandang ke arah Ilya.

"Intan. Teruskan kelas menembak kau. Iman, asah lagi bakat intip kau tu. Amran dan Amzan aku akan kerapkan sesi pembelajaran menembak dan memanah diaorang. Cuma aku nak Izuan tekankan Amzan lagi. Aqilah dengan anak aku akan pasang bodyguard sama dengan Daddy dan Mummy Mia. Jangan sampai musuh dapat hidu kita. Faham?"Irwan memandang ke arah adik beradiknya. Kami memandang antara satu sama lain.

"Faham!"

Kau Heroin AkuWhere stories live. Discover now