tali dan masa

50 10 2
                                    

Tali kukuh mengikat,
Antara tubuh dan kenangan,
Cuba berteduh di pohon masa depan,
Tapi terikat pada kenangan,
Dihujani seribu satu sesalan,

Melangkah kehadapan,
Namun tetap tertarik kebelakangan,
Tenggelam dalam kesepian,
Lemas dalam sesalan,
Jatuh dalam perangkap kenangan,

Matahari sudah mahu beradu,
Aku juga begitu,
Sakit dihimpit sesalan,
Sesak di dalam udara kesepian,
Buta mencari jalan penyelesaian.

I.B.
Jam 1830
Kampung bukit kapar

The Lonely(complete)Where stories live. Discover now