Chapter 10: Farewell

147 18 10
                                    

Sebaik sahaja pulang dari sekolah, Bomi pergi ke rumah Baekhyun.



[Baekhyun's room]

"kenapa kau tak jawab exam?" soal Bomi dengan wajah kelat.


"sebab aku nak bagi tempat aku dekat orang lain." jawab Baekhyun tersenyum.



"tapi kenapa?"



"You know the reasons for it" Baekhyun enggan menjawab.



Bomi merenung Baekhyun lama. Siapa sangka kini dia berada di hadapan pelajar yang paling 'sombong' dan menjaganya hampir setiap hari.



"Aku.... dapat graduate" beritahu Bomi sambil menunduk. Dia merasa bersalah kerana tempat yang didukinya itu seharusnya menjadi milik Baekhyun.



"chukkahe. Boleh tolong aku?"



"apa?"



"tolong ambil kotak dekat atas meja tu" pinta Baekhyun sambil jarinya menunjuk ke arah sebuah kotak sederhana besar berwarna coklat.



Bomi buat seperti apa yang disuruh oleh Baekhyun. "nah" Bomi menghulurkan kotak tersebut.



"no. It's for you. Chukkahe" ucap Baekhyun sekali lagi.



Bomi tidak gembira dengan hadiah itu. Dia juga tidak pernah gembira dengan keputusan yang diterima.



"please smile" Baekhyun mencubit lembut pipi Bomi untuk membuatnya tersenyum.










"Bomi-yah, hari ni kita pergi sungai Han lagi boleh?" soal Baekhyun tiba-tiba.



"Baekhyun-ah, ni winter. Sejuk lah. Kau pun bukann-"



"please" Baekhyun terpaksa merayu.



Bomi memandang wajah Baekhyun dengan agak lama. "arasso. Tapi sekejap je" akhirnya Bomi bersetuju.



"gomawo" ucap Baekhyun.



~~~

[Han river]

Bomi dan Baekhyun duduk seperti biasa menghadap sungai Han.



"Bomi-ah, gomawo"


"nae?"


"Kau tak pernah putus asa nak jadi kawan aku... gomawo sebab jadi kawan pertama aku, sebab jaga aku, sebab sayang aku. Aku tak tahu kenapa kau buat semua tu tapi aku tahu yang kau memang ikhlas berkawan dengan aku" ucap Baekhyun sebelum melentokkan kepalanya ke bahu Bomi.



"Baekhyun-ah..." Bomi agak kurang selesa dengan keadaan itu. Bukan kerana Baekhyun berada dekat dengannya tetapi kerana keadaan tersebut agak mengelirukannya.



"kau pernah cakap, jangan pernah ubah friendship jadi relationship and aku pegang benda tu. Aku sayang kau lebih dari sekadar kawan tapi aku tak nak bagitau sebab aku takut aku hilang kawan terbaik aku" luah Baekhyun lagi.



Bomi terpaksa menyembunyikan kesedihannya. Keluarga Baekhyun pernah berpesan supaya tidak mengalirkan air mata di hadapan Baekhyun.



"aku bukan tak percaya cinta. Tapi aku takut nak bercinta. Aku takut aku kena tinggalkan orang yang aku sayang tu.... macam sekarang ni" ujar Baekhyun lagi.



"Baekhyun-ah... aku rasa dah lama sangat kita kat sini... Jom lah balik" ajak Bomi. Dia sedaya upaya menyembunyikan kesedihannya.



"please.... stay macam ni... sekejap je lagi..." pinta Baekhyun seraya memegang tangan Bomi.



Bomi terpaksa mengalah.



Tiba-tiba keadaan menjadi senyap. Salji sedang turun dan angin juga bertiup membuatkan keadaan bertambah sejuk.



Bomi terdiam. Dia dapat menangkap apa yang sedang berlaku tetapi dia memilih untuk tidak berganjak. Dia mengeluarkan telefonnya dan membuat panggilan dengan tenang.



"Samchun... tolong ambik kitorang dekat Hangang" pinta Bomi sebelum meletakkan telefon.


"gomawo sebab sudi jadi kawan aku... walaupun sekejap" ucap Bomi dengan linangan air mata.



Dia tidak berganjak dari kedudukannya sehingga ibu bapa Baekhyun datang.



"Bomi....ssi" panggil Encik Byun sebelum memandang anaknya yang sedang 'tidur' di bahu Bomi.



"samchun...." panggil Bomi perlahan.



Encik Byun mengangkat Baekhyun dan membawanya ke kereta sebelum berlalu ke rumah mereka.



~~~

[Funeral day]

"Bomi-ah... ni ke sebab yang kau cakapkan tu?" soal Jiho dengan perasaan bersalah.



Bomi hanya tersenyum.


"mianhae" ucap Jiho sebelum memeluk Bomi.


Song ssaem, pengetua Park dan beberapa lagi guru Saehwa High hadir untuk memberi penghormatan terakhir.


Rakan sekelas mereka juga hadir. Siapa sangka Baekhyun akan meninggalkan mereka ketika umurnya 18 tahun.

"Bomi-ah... gomawo sebab jaga Baek" ucap Hyena tiba-tiba.


Bomi tidak memberi apa-apa reaksi. Dia hanya mendiamkan diri.


Esok dia perlu mengambil semua barang Baekhyun yang berada di dalam locker sekolah dan menyerahkannya kepada ibu bapa Baekhyun.


~~~

[Bomi's house]

Bomi merenung langit yang gelap. Bintang juga kelihatan samar-samar. Namun, terdapat satu bintang yang paling bercahaya diantara semua.


"Kau dekat situ? Tunggu aku. Nanti aku datang jadi kau takde lah sorang-sorang" ucap Bomi tersenyum memandang bintang tersebut.



"Aku ajar kau untuk tak ubah friendship jadi relationship but aku sendiri gagal untuk halang perasaan aku" luah Bomi sambil memandang langit. Walaupun dia tahu tiada siapa yang mendengar luahannya, dia tetap meluahkan segalanya.




"How I wish I can forget you and how I wish we never met..." ujar Bomi lagi.




Bomi menangis di dalam biliknya. Siapa sangka, mereka akan berpisah dalam keadaan begitu.

_____

Beberapa bulan telah berlalu. Kini Bomi dapat menjalani kehidupannya seperti biasa walaupun dia terkadang teringat pada sahabatnya itu.



Setiap pagi, Bomi akan mengelap snow globe yang dibuat sendiri oleh Baekhyun.


"jaga globe ni sebaik kau jaga aku" pesanan Baekhyun tiba-tiba terngiang-ngiang di teliganya.



"Aku akan jaga globe ni... sebaik aku jaga kau" ucap Bomi sebelum meletakkan semula globe tersebut di atas meja.



Persahabatan singkat mereka sememangnya mengharukan. Bermula dengan gurauan dan berakhir dengan persahabatan yang sejati.


-The End-






A/N: Sorry boring atau pun banyak 'skip' dan 'fast forward'. This is Mini Story jadi FA kena habiskan pada masa dan chapter yang ditetapkan. Hihi.


Do read, vote and support FairyAries's last story <HURT> before FA go on long huge hiatus. ^^


Thanks for those yang baca dari chapter 1-10 even story ni aneh semacam haha. Love you all... Thanks again...

[✔] SSBFA IV: Forbidden Love (금지된 사랑) || BaekMi [Mini Story]Where stories live. Discover now