Bab 11 - Rahsia Kembar Terbongkar

93 8 1
                                    

"Damia kamu ada abang kembar tau sebenarnya," kata Nek Pah. "Ya ke? Mak ngan ayah tak penah bagitau pun kat Damia," soal Damia. "Memang la..masa tu Damia kecik lagi..kalau bagitau pun Damia bukannya faham," kata Nek Pah. "Kenapa abang Damia tak duduk ngan kita?" soal Damia lagi. Nek Pah memandang anak mata cucunya itu. Seolah-olah berat hati hendak dikhabarkan sesuatu kepada cucunya. "Adik Damia..dia sakit..itu yang mak ngan ayah Damia jaga dia kat tempat jauh..tu yang Nek Pah jaga Damia sampai sekarang," jawab Nek Pah dengan tergagap-gagap. Memang sejak bayi lagi, mak ayah Damia menyerahkan Damia kepada Nek Pah (ibu kepada emak Damia/ibu mertua kepada ayah Damia). Atas-atas sebab tertentu, Damia terpaksa dibesarkan dalam jagaan Nek Pah tanpa perhatian mak dan ayahnya. Namun, Damia cukup membesar untuk menghormati orang tua dan memahami kehendak sang Pencipta untuk takdir hidupnya sebegitu.

"Hui! Apa yang dimenungkan tu?" soal Syaza yang dari tadi melihat Damia asyik merenung jauh ke arah tasik. "Takde apa pun..saja tengok tasik yang cantik ni." Memang tidak dinafikan, suasana tasik di situ pada awal pagi memang mempesonakan bagi mereka yang melihat. "Hmm Syaza..korang start aktiviti nanti pukul berapa?" soal Damia. "Pukul 9 nanti rasanya sebab kitorang ada sewa basikal. Orang tu kata pukul 9 dah boleh datang amik basikal kat hujung kaunter sana," kata Syaza sambil menunjukkan arah kaunter semalam yang tidak jauh dari mereka berada. "Oh lupa pula..basikal untuk awak pun ada jugak sebab semalam Mika dah call orang tu untuk sewa lagi satu basikal khas untuk awak," tambah Syaza lagi. "Laa ya ke? Susah-susah je," jawab Damia. "Tak ke mana pun susahnya tu," kata Syaza kembali.

Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi. Mereka bergegas menuju ke kaunter semalam seperti yang dikatakan oleh Syaza. Mereka pun memulakan ekspedisi setelah mendapatkan basikal masing-masing. "Ok kita akan keluar dari sini menuju ke jalan besar kat depan sana," arah Ben yang merupakan ketua ekspedisi. Mereka yang lain hanya menuruti arahan yang diberikan. "Kita nak ke mana sebenarnya Syaza?" soal Damia. "Laa ingatkan awak tahu..hahah sorry sorry..kita akan pergi kat tempat pusat gajah dijaga," jawab Syaza. "Laa tempat tu saya tahu..Taman Gajah Kenyir!" jawab Damia. "Serius ar? Jap ea..Weyyy! Korang!! Damia kata dia tahu nak pegi tempat tu," teriak Syaza kepada yang lain. "Kalau camtu Damia jadi ketua la dalam ekspedisi kita hari ni," jawab Mika. Padahal, Mika dah tahu jalan menuju ke taman gajah tersebut (dah nama pun psikik kan). Begitu juga dengan lain (sebab dah tahu kebolehan yang Mika ada), kecuali Syaza, Syafiq dan Damia. "Baiklah! Kalau macam tu ikut saya lalu jalan pintas nak ke sana..tapi jalan tu bukan jalan tar..jadi agak tak selesa sedikit," jawab Damia. "Eh! Apa awak ni..kami memang sukakan adventure la," balas Ben. Begitu juga dengan lain. "Itulah percutian yang kami mahukan!" kata semua orang. Membuatkan Damia berasa kagum dan teruja. Akhirnya, mereka meneruskan perjalanan mereka dengan melalui jalan pintas seperti yang dikatakan oleh Damia.

Laluan denai yang agak berlecak, berlopak dan sebagainya membuatkan kayuhan basikal menjadi agak perlahan. Terdapat juga di antara mereka yang lain tayar basikalnya sudah diselaputi dengan lumpur. "Sorry tau korang..jalan ni agak teruk tapi ni je la satu-satunya jalan yang cepat nak ke tempat jagaan gajah tu," kata Damia sebaik sahaja melihat kawan-kawannya yang sudah terkena lecak pada pakaian masing-masing. "Takpe la Damia..kami okey saja," balas Syaza. Damia hanya membalaskan sebuah senyuman yang kelat. Beberapa minit berlalu, akhirnya mereka tiba juga ke tempat mereka inginkan. "Hah! Dah sampai pun kita..ni la dia Taman Gajah Kenyir!" ujar Damia dengan keriangan. Mereka yang lain agak terpegun kerana gajah-gajah di situ agak jinak dan tidak membahayakan kepada pengunjung yang berkunjung ke situ. Di situ, mereka dapat melihat gajah-gajah membuat persembahan. Terdapat juga seekor gajah yang sedang cuba melukis wajah Ben, tapi tidak serupa seperti tuan empunya wajah. Ketawa mengilai mereka yang lain bila melihat lukisan wajah Ben yang dilukis oleh gajah itu. Namun, Ben tetap membeli lukisan itu sebagai kenangan buat dirinya dengan gajah itu. Selepas menonton gajah membuat persembahan, mereka pula diberi peluang untuk bermandi-manda bersama gajah-gajah yang ada di situ. Memang begitu seronok sekali. (Alangkah berpeluangnya lagi admin nak ke sana 😭). Mereka banyak menghabiskan masa di situ sehingga tengahari.

Pada waktu petang pula, mereka bermandi-manda di tepi tasik bagi menghilangkan rasa penat mereka semasa mereka pulang dari taman gajah itu dengan melalui jalan pintas tersebut untuk kali yang kedua. Syaza dan Damia sahaja yang tidak turun sekali untuk mandi di tasik. Mereka berdua memilih untuk berehat di bawah pohon cemara berdekatan dengan mereka yang lain sedang mandi. "Syaza. Boleh saya nak kongsi satu cerita dengan awak?" pinta Damia. "Boleh je. Saya ok je dengar," jawab Syaza. Damia berdiam seketika apabila sedang memerhati gelagat Dani dari jauh yang leka ketawa dengan mereka yang lain semasa mandi. Selepas itu, barulah dia memulakan penceritaannya kepada Syaza. Syaza pula hanya mendengar dengan penuh semangat. Seolah-olah ada cerita yang sensasi.

Satu jam sudah pun berlalu. Sedang mereka bersuka ria mandi dalam air tasik, tiba-tiba muncul buih-buih kecil pada permukaan air yang tidak jauh daripada mereka berada. Hanya dalam linkungan tiga meter sahaja dari tempat mereka bermain air. Buih-buih itu kemudian menjadi semakin membesar hingga ke tahap maksimum yang cukup untuk menelan dua ekor lembu dalam satu masa. Ben yang perasan kehadiran buih itu dulu. "Wey! Korang tengok tu," ucap Ben kepada kawan-kawannya sebaik sahaja melihat buih-buih itu kian membesar. "Tu ke Sulur Bidar?" terpacul soalan itu daripada mulut Ben sendiri. Mereka yang lain hanya berpandangan antara satu sama lain. "Korang! Cepat naik! Cepat! Bahaya! Benda tu dah muncul!" teriak satu suara dari arah tebing tasik. Suara Damia. Mereka yang lain mula panik lalu terus berenang tergopoh-gapah menuju ke tebing. Hanya Dani yang agak jauh daripada mereka yang lain. Oleh itu, pergerakan Dani untuk tiba ke tebing mungkin agak tipis kerana buih-buih itu sedang mula mengejar dirinya. Damia dan Syaza masih lagi berteriak supaya cepat naik ke tebing. Akhirnya, mereka yang lain sempat sampai naik ke tebing, hanya Dani yang lewat. Namun, berjaya juga dia untuk naik ke tebing. Tanpa disangka, buih-buih itu masih tidak menghilangkan dirinya, malah seakan-akan tidak mahu berputus asa untuk mendapatkan mangsanya. Kalau boleh seorang mangsa sudah cukup untuknya hari ini. Tidak semena-mena, buih-buih itu memancutkan seakan-akan tombak ke arah belakang Dani. Situasi yang hingar-bingar menjadi sunyi buat seketika. Darah seseorang sudah pun mengalir daripada dadanya. Darah Damia. Damia menjadi penghalang supaya tombak itu tidak kena pada tubuh Dani. Damia mengorbankan dirinya untuk Dani. Dani mulai menjerit kerana terkejut dengan keadaan yang telah berlaku di hadapan matanya. Dani melutut rebah ke tanah. Dia mengambil sekujur tubuh milik Damia yang sudah terbaring di lantai tanah, lalu diribakan ke atas pehanya. "Kenapa kau sanggup selamatkan aku?" soal Dani dengan air matanya tidak berhenti mengalir. "Aaku..aaku selamatkan kauu..sebab akuu nakk kau teruss hidup," jawab Damia tergagap-gagap dek menahan kesakitan yang amat mendalam. "Apa kau cakap ni? Aku nak kau hidup jugak. Kitorang semua nak kau hidup," balas Dani dengan teresak-esak. Tidak lama itu, Damia telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Damia mati di atas riba Dani. Hanya tangisan Dani sahaja yang kedengaran. Begitu juga dengan bunyi yang keluar dari dasar air melalui buih-buih itu. Seolah-oleh ketawa melihat mangsanya sudah terkena tembakan tombaknya. Tapi tidak bermakna tombak kedua tidak akan disasarkan lagi. "Syaf! Kita kena buat sesuatu," kata Syaza. "Perlu ke Syaz? Waktu getir camni?" soal Syafiq."Kita takde pilihan Syaf," jawab Syaza. Syafiq agak keberatan, namun digagahkan juga niatnya bersama Syaza untuk meredakan keadaan. Selepas itu, tangan mereka sama-sama menggenggam. Tangan kanan sama kanan, tangan kiri sama kiri. Tiba-tiba muncul satu aura yang tidak dapat dibayangkan sebelum ini yang muncul daripada tangan pasangan kembar itu. Ben, Aqit dan Mika terkejut dengan apa yang mereka lihat di hadapan mata mereka sekarang. Hanya Dani yang masih meraung meratapi pemergian Damia. Satu ledakan muncul pada permukaan air, di mana buih-buih itu mula berkecai. Ledakan demi ledakan, akhirnya buih-buih itu kian menghilang daripada pandangan mereka. Syafiq dan Syaza berpandangan antara satu sama lain. Akhirnya, rahsia terbesar yang mereka rahsiakan selama ni diketahui juga oleh rakan-rakan yang lain. Sejurus dengan itu, mereka berdua memandang pula ke arah Ben, Aqit, Mika dan Dani. Masing-masing agak terkejut dengan apa yang sudah berlaku hari ini. Tidak disangka, kehadiran Damia dalam percutian mereka berakhir dengan kematiannya pada hari ini juga. Sedih. Air hujan mulai menitis seolah-olah meratapi pemergian si puteri Tasik Kenyir buat selama-lamanya.

Classmate Aku Psikik?Where stories live. Discover now