Part 7

169 6 3
                                    

Bunyi brankar di dorong menuju ke wad ICU. Beberapa jururawat dan seorang doktor ikut bersama. Tak lupa Taehyung dan Jin. Taehyung tak lepas dari tadi memegang tangan Jimin. Hampir saja di pintu Icu, tanganya perlahan terlepas. Taehyung mengetap bibirnya. Air mata nya dari tadi turun.

"Jimin-ah" lirihnya. Mata nya masih menatap pintu ICU itu. Jin juga begitu. Tapi di kuatkan hatinya .

"Taehyung-ah. Jom duduk. Kita tunggu di kerusi tu" lalu mereka berjalan ke arah kerusi  berhadapan ICU itu.

Setelah setengah jam, doktor keluar. Jin dan Taehyung datang ke arah doktor.

"Macam mana doktor? "

"macam ni la. Saya sarankan Park Jimin buat pembedahan tu. Darah beku yang ada dalam otak nya makin membesar. Saya takut ada kesan lain" ujar doktor itu.

"Tapi, Jimin tak nak"

"Saya harap awak boleh pujuk dia"

"Tapi doktor, ada risiko tak dengan pembedahan tu? "

"Kemungkinan, dia akan hilang ingatan, atau buta, atau lumpuh.. Atau..... mati"

Tersentak mereka berdua.

"Mati? "

"Bergantung pada kekuatan pesakit. Okey. Kalau tak ada apa apa, saya pergi dulu" lalu doktor itu meninggalkan dua orang lelaki yang masih kaku dengan apa yang doktor kata.

"Hyung, Jimin akan mati ke? " tanpa di sedari, air matanya jatuh.

"Aniya. Hyung tau Jimin kuat. Kita sebagai sahabat, kene bagi semangat pada dia " ujar Jin. Dia mengusap belakang Taehyung. Taehyung melangkah ke cermin yang memperlihatkan Jimin yang masih tidak sedar kan diri dengan mask oksigen di wajahnya. Tangan Taehyung memegang cermin seolah dia memegang wajah sahabatnya itu.

Taehyung tunduk. Dia teresak. Sakit hatinya melihat sahabatnya itu terbaring di katil.

"Maafkan aku Jimin. Aku bukan kawan yang baik. Aku bukan orang selalu lindungi kau.hiks" Jin hanya mampu mengusap bahu Taehyung. Sesungguhnya dia juga tak sanggup tengok Jimin macam tu.

.............

Jungkook mengenggam tangan nya. Sesekali dia melirik ke arah jam di dinding. Pukul 9 malam. Dari pagi tadi dia nampak Jin dan Taehyung keluar dengan Jimin di gendong oleh Taehyung di belakang. Waktu tu Jimin tak sedar kan diri lagi. Dia mengetap bibir.

KLIK!

Pintu  dorm mereka dibuka. Jungkook memandang siapa yang masuk.

"Jin hyung"panggil Jungkook sambil berdiri. Jin berhentikan langkahnya. Tapi masih tidak memandang Jungkook.

"Hyung pergi mana? Dari pagi tadi. Dan kenapa dengan Jimin hyung? " tanya Jungkook dengan takut takut.

Jin tergelak kecil. Kedengaran seperti sinis sahaja.

"Kenapa nak tau? Dia kan pembunuh so, tak ada kene mengena dengan kamu"kata Jin. Nafas Jungkook seperti tersekat. Tak sangka Jin menjawab soalan dia dengan sinis. Jungkook menunduk.

"Mian hyung. Tapi saya nak tau kenapa dengan Jimin hyung. Kenapa dia pengsan tadi? Dia...... Sakit ke? "

Jin berpaling ke arahnya lalu memeluk tubuh.

"Kenapa nak tau? " Jungkook  mengeluh.

"Hyung, mian. Saya tau. Saya patut percayakan dia... Sebb tu--" kata kata nya terpotong oleh Jin.

"Maaf dekat Jimin. Bukan hyung" ujar Jin dan pergi ke bilik Jimin. Untuk mengambil barang keperluan Jimin.

Tak lama kemudian, dia keluar.

"Saya nak ikut" Jin berhentikan langkahnya.

"Hyung, jebal, saya nak ikut. Saya tau saya salah " kata Jungkook merayu. Jin menghela nafas.

"Baiklah."

....................

Taehyung duduk di kerusi sambil menatap Jimin. Bilik itu hanya di temani bunyi kipas, pernafasan seorang yang sedang terbaring. Taehyung menutup matanya.

"Jimin, buatla pembedahan tu. Jebal. Aku tak nak kau pergi.  Kau kawan aku. Asal kau nak tau, aku dah tau siapa yang lakukan semua ni. Jebal. Jebal irona... Hiks" tangisan Taehyung kedengaran. Lalu dia menggenggam tangan Jimin erat. Dia menutup matanya.

"Jebal Jimin. " lirihnya. Kepala nya terasa pening. Di sebabkan dia tak tidur hanya nak jaga Jimin. Tanpa ia sedari, air mata Jimin menitis. Dia dengar kata kata itu.

Klik!

Taehyung mengangkat wajahnya. Terlihat Jin dan Jungkook masuk. Taehyung tampak terkejut dengan kehadiran Jungkook.

"kamu buat apa kat sini? " tanya Taehyung.

"Nak minta maaf kat Jimin hyung. Saya salah selama ni. Sepatutnya saya dngr apa yang dia cakap" kata Jungkook dengan rasa bersalah. Taehyung menghela nafasnya.

"Tae, kamu okey tak? Muka kamu pucat. Kamu dah makan? " tanya Jin. Taehyung tersenyum. Lalu menggeleng.

"Aigooo. Kamu ni. Nanti sakit macam mana. "

"Saya tak ada selera la hyung."

"Tak apa. Hyung pergi beli makanan. Kamu mandi dulu. Hyung ada bawak baju kamu sekali tadi. Dan Jungkook, jaga Jimin. Oke? " Jungkook tersenyum lalu mengangguk.  Jin telah pergi, Taehyung pulak nak bangun. Masa nak bangun tu, kepalanya terasa berpusing. Membuatkan dia jatuh balik ke kerusi. Jungkook yang melihat itu terkejut.

"Hyung, gwenchana? " cemas Jungkook. Taehyung hanya menggeleng perlahan. Jungkook menyentuh dahi Taehyung.

Panas!

"Hyung demam ni. Saya call Jin hyung beli cool fever. " lalu dia terus menelefon Jin. Tangan Taehyung yang sedari tadi menggenggam tangan Jimin, terasa tangannya di eratkan. Taehyung memandang Jimin dengan pandangannya yang tiba tiba kabur.

"Mianhae"

BUK!

Taehyung jatuh ke bawah. Dia pengsan.

"HYUNG! "

.........

Tbc.....

(C) Trust (VMIN FRIENDSHIP) Where stories live. Discover now