chapter 1

6.1K 291 8
                                    


CHAPTER 1

"Hai,nama saya Fiona. Sudah hampir 2 tahun saya di hospital ni. Segala apa yang berlaku disini saya telah saksikan dengan mata saya sendiri. Hampir 2 tahun saya jadi pemerhati segala kesakitan, kesedihan, keperitan dan macam-macam perasaan lagi but sometimes ada juga kegembiraan.
Segala tangisan, gurau senda di sini semuanya menjadi hiburan saya.

Namun seperti biasa, bila saya cuba untuk menegur dan membantu saya hanya seperti angin yang dingin menyapa penghuni di hospital ini.

"Kau mesti kuat! Banyak family kau yang selalu datang untuk menjaga kau tapi sekarang diorang busy sikit mungkin." Ucapnya kepada seorang pesakit yang baru saja di daftar masuk ke wad pesakit jantung sambil duduk di atas tilam dia memandang pesakit itu.

"Jangan risau,doctor dan nurse di sini baik-baik. Mereka akan layan anda dengan sebaik mungkin." Ucapnya lagi namun kemudian dia mendengar bunyi kecemasan dari bilik sebelah membuatkan dia bergegas untuk melihat dan mengambil tahu.

Masuk saja kebilik sebelah, Fiona berdiri di sebelah katil pesakit yang jantungnya baru sahaja berhenti berdegup. Kelihatan Doktor dan jururawat berusaha untuk menghidupkan pesakit itu dengan keadaan yang sangat cemas.

"Cepat! Nanti kita hilang dia! Ready!" Jerit doktor tersebut. Jururawat mengangguk kepala mereka. Doktor mengenakan renjatan elektrik di dada pesakit itu. Namun malang sekali dia tidak dapat diselamatkan,setelah beberapa kali membuat percubaan.

Membuatkan Fiona merasa sedih,sambil memandang semua staff di dalam bilik itu yang saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka hanya mampu menggelengkan kepala. Selimut yang menutupi separuh badan pesakit tersebut, ditarik. Kini seluruh tubuh badan pesakit itu ditutupi selimut putih menandakan pesakit itu sudah pergi.

Dengan perasaan yang sedih, doktor yang bertugas keluar dari bilik. Fiona mengikutinya dari belakang,dengan perasaan sedih dia melihat ahli keluarga pesakit yag telah pergi tadi. Kelihatan isteri dan anak-anak yang masih kecil dan keluarga yg menunggu di luar bilik.

Ketika melihat doktor memberitahu bahawa pesakit tidak dapat di selamatkan lagi, membuatkan suasana di situ mula sedih dengan diiringi tangisan keluarga pesakit tersebut sehingga yang pengsan.

"Abang!!" Jerit isteri pesakit yang baru meninggal dunia tadi. Baru sahaja Fiona hendak mengusap belakang isteri pesakit itu, dia teringat yang dia tidak boleh menyentuh sesiapa pun di alam nyata. Fiona melepaskan keluhan berat. Dia pergi meninggalkan bilik kecemasan itu.

Kerana tidak mampu untuk berada disitu untuk melihat kesedihan seorang isteri yang baru saja kehilangan suaminya dan wajah kanak-kanak kecil yang baru saja kehilangan ayah mereka.

----

Entah Fiona berada di mana sekarang. Dia melihat keadaan sekelilingnya. Hmm confirm stor. Baru sahaja dia hendak melangkah ke hadapan, dia terdengar sesuatu.

Ada orang sedang ber'eherm' di dalam. Fiona menampar dahinya. Ini hospital tapi orang buat macam hotel. Pelik bin ajaib! Fiona teleport ke tempat lain.

----

Kini Fiona berada di wad bersalin. Yes, wad orang bersalin. Sekarang ni ada seorang wanita sedang melahirkan anak. Fiona berdiri di sebelah wanita itu.

"Teran lagi! Teran!" Ujarnya memberi semangat kepada wanita itu. Walaupun hakikatnya tiada yang mampu mendengarkannya namun dia merasa teruja untuk melihat bayi yang bakal lahir buat sekian kalinya.

Entah sudah berapa banyak kelahiran di situ disaksikannya, namun adakalanya bukan semua kelahiran yangg hidup bernyawa. Kadangkala dia sendiri tidak dapat mengawal emosinya bila melihat seorang ibu yang sedaya upaya melahirkan seorang bayi namun kemudian bayinya lahir tidak bernyawa.

Oblivion Love (Completed)Where stories live. Discover now