Tamat yang indah atau...

835 25 7
                                    

Peristiwa dikafe semalam mengganggu fikiranku. Aku nak lelapkan mata pun susah. Waktu Farish mencubit pipiku, aku dapat rasakan seseorang perhatikan kami dari jauh. Dan lebih tak sangka bila orang itu adalah Lisa. Bekas tunang Farish.

Lisa menghampiri meja kami dan mula membuat kecoh. Aku tak pernah marahkan Lisa mahupun benci dia. Malah aku simpati dengan Lisa. Otak aku tak dapat berhenti dari meikirkan tentang Lisa dan Farish.

*Flashback*

"Awak ingat semudah itu saja saya nak lupakan?"

Lisa bersuara lantang setelah Farish menghalau dia pergi. Semua mata memandang kami.

"Awak sendiri pilih jalan untuk berdendam dengan saya. Sedangkan saya langsung tiada kaitan apa-apa tentang kematian kakak awak."

Farish berdiri dari kerusi kayu dan memandang tajam tepat pada mata Lisa. Aku juga turut berdiri dari situ. Air mata Lisa deras mengalir. Aku tak tahu nak buat apa sekarang.

"Setiap hari awak tahu tak? Tiap hari lepas balik sekolah, akak selalu cerita semua kebaikkan awak. Awak care dia, awak kata sayang dia, awak pergi mana pasti bawa dia. Last-last awak tinggalkan dia macam tu saja. Lepas awak dapat dia, awak buang dia macam SAMPAH!"

Semakin tinggi suara Lisa. Aku mula risau akan ada kesalahan faham dikafe ini nanti. Takut juga kalau kami akan diusir atau ada yang mereport polis sebab menganggu pelanggan lain menjamu selera.

"Enough! Kalau awak tak tahu cerita sebenar, lebih baik awak diam."

"Then explain. Tolong fahami saya."

Farish senyum sinis.

"Sorry saya takkan ungkit lagi cerita dulu dan awak lisa! Terima kasih sebab tak datang waktu pernikahan. Kalau awak datang pada waktu tu, mungkin saya tetap tak akan menikahi awak sebab hati saya tak ada untuk awak pada masa itu."

Laju langkah Farish melangkah keluar dari kafe. Lisa setia berdiri disitu walau ditinggalkan Farish. Aku bergegas mengambil bag ku. Takut ditinggal oleh Farish.

"Tapi saya masih cintakan awak."

Terhenti langkahku setelah mendengar kata Lisa yang agak berbisik itu. Aku rasa sakit sangat waktu aku dengar luahan Lisa.

*Sekarang*

Balik saja rumah, Farish terus masuk bilik dan lelapkan mata. Nak kata Farish salah, dia memang tak buat salah apa-apa. Cuma arwah kakak Lisa saja yang salah faham tentang hubungannya dengan Farish. Aku faham perasaan Lisa. Cuma apa yang aku boleh cakap. Cara Lisa memang salah.

Kalau betul dia cintakan Farish, kenapa dia sanggup memilih untuk berdendam daripada melupakan.

"Sumayah."

Bergegar badanku. Aku menoleh Farish disebelah sedang berbaring.

"Kenapa tak tidur lagi ni?"

Farish menggosok matanya dan melihat jam pada screen hp iphone 7 milik Farish. Aku menggelengkan kepala dengan lemah.

"Dah pukul 3 pagi dah. Kenapa tak tidur lagi?"

Farish duduk diatas katil dan bersandar pada kepala katil macam yang aku lakukan.

"Awak pergilah sambung tidur dulu. Kejap lagi saya tidur."

Tangannya aku gosok lembut. Kesian aku tengok dia terbangun sebab aku. Farish melihat aku tanpa berkelip.

"Apa yang awak fikirkan sampai tak tidur ni?"

Tangan kasarnya mengusap lembut pipiku. Sebak pulak aku rasa. Aku menggelengkan kepala beberapa kali. Lama dia renung aku.

"Awak fikirkan pasal hal semalam ke?"

Aku menoleh Farish sekilas lalu menundukkan kepala. Hendak senyum, tapi tak larat nak senyum dengan otak yang ligat berfikir. Farish mendekati aku dan terus memeluk bahuku. Kepalaku sandarkan dibahu Farish. Terasa berat kepalaku sekarang.

"Dahlah. Awak tak payah fikirkan lagi pasal tu. Perkara dah berlalu. Saya sendiri malas nak ungkit kisah dulu. Apa yang saya nak cuma buka cerita baru saya dengan awak."

Aku mengalihkan kepalaku dan menongkat dagu dibahu Farish sambi merenung wajahnya. Begitu juga Farish memandang aku dengan pandangan sayu. Wajahnya begitu dekat denganku.

"Tapi lisa masih cintakan awak."

Semakin sebak aku rasakan sekarang. Aku cuba menahan air mataku dari mengalir. Renungan Farish membuatkan air mataku terus mengalir. Bukan niatku hendak menyerah kalah dengan cintakan Farish. Tapi aku kesiankan Lisa. Pipiku diusap Farish lembut sambil tersenyum manis.

"Saya pulak cintakan isteri saya."

Semakin deras mengalir air mataku mendengar pengakuannya. Farish memeluk tubuhku dengan erat dan dikucupnya ubun-ubunku.

"Lisa macam mana?"

Aku mula bertanya setelah Farish menguraikan pelukkan tadi. Entah kenapa aku kesian sangat dengan Lisa. Aku tahu pasti sakit rasanya bila dendam yang menjadi penghalang cintanya pada Farish.

"Dia masa lalu saya dan awak adalah masa depan saya."

Sebuah senyuman aku ukir.

"Kita kawin bukan sebab siapa-siapa. Tapi sebab mimpi yang kita dapat. Awak kena percaya yang jodoh saya bukan dengan lisa tapi dengan Sumayah binti Hj Ishak."

Lebar senyumanku mendengar jawapan Farish. Memang betul katanya, kami berkawin bukan sebab siapa-siapa. Tapi sebab mimpi!

Aku memandang wajah Farish dan tersenyum. Begitu juga Farish membalas senyumanku. Sebuah kucupan didahi dia beri. Bahagia rasanya bila kita tahu orang yang kita sayang menyayangi diri kita. Mata Farish tak lari dari memandang aku. Farish berdehem beberapa kali cuba untuk membetulkan suaranya.

"Hmm... Dah alang-alang kita bangun ni, apa kata kita bangun terus. Kita buat amal ibadah."

Aku melirik melihat Farish. Dia menaikkan kedua kirainya beberapa kali. Dapat aku rasakan maksud tersirat amal ibadah Farish. Kelat senyuman aku rasakan.

Perlahan aku melepaskan tangan Farish yang masih lagi erat memegang bahuku. pandangannya masih tak lepas dari memandang aku. Lebar senyumannya.

"Aaaahh!!! Ngantuknya. Saya tidur dulu ye."

Aku berbaring dan menyelimutkan seluruh badanku. Sengaja aku membelakangi Farish. Kedengaran Farish ketawa senang.

"Saya nak ikut!"

Farish mula baring dan dipeluknya tubuhku dengan erat. Aku cuba melepaskan pelukkannya tapi apa kan daya dengan kekuatan wanita yang lemah ini. Setiap inci dimukaku dikucupya berulang kali dan malam itu aku hanyut olehnya.

*# Pada awalnya aku sangka memimpikan Farish adalah mimpi paling menyeramkan sehingga kali kedua aku bermimpikan dirinya aku semakin merasakan seram dengan kehadirannya yang tak diundang dalam mimpiku. Kerana aku tahu waktu itu dirinya sudah hendak menikah dengan orang lain. Tapi apabila mimpi yang sama berturut-turut kali ke tiga aku inginkan jawapan. Dan jawapn itu sudah ku terima waktu hari pernikahan kami. Dialah jodoh yang dikirim untukku melalui mimpi. Kerana dia juga memimpikan aku. – Sumayah.

Cerpen: Mimpi Yang MenyeramkanWhere stories live. Discover now