10

242 15 31
                                    

>•<

"Aku suka kau" ujar Haechan.

Terbeliak mata Aeryn buat seketika tetapi ianya hanya sebentar kerana

"Aku suka kau.

dari sekolah menengah lagi Jin Joo"

Ungkapan itu adalah dari movie tersebut hampir saja jantung Aeryn hendak tercabut dibuatnya jika Haechan benar-benar mengatakan ayat itu padanya.

"Awak dah hafal dialog movie ni ke" soal Aeryn memecahkan kesenyapan.

"Eh tak lah aku hafal untuk cakap kat kau ni" Haechan mula mendekatkan dirinya pada Aeryn dengan muka yang agak serius.

Aduh Haechan apa kena dengan kau ni dah kena rasuk ke.

Aeryn mula tidak sedap hati, badan, kepala, kaki, tangan, ramb-okok joking.

"Aih kau ni aku main je, ye aku dah hafal semua dialog movie ni cuak tul kau eh" Haechan mengetawakan Aeryn tetapi badannya masih tidak dijauhkan dari Aeryn.

Setelah mereka selesai menonton movie masing-masing telah ngantuk.

"Aeryn dah jom naik ata-" Haechan memperhentikan tindakannya sebaik saja menutup televisyen.

"Aigoo budak kecik ni dah tidur rupanya" ujar Haechan perlahan lalu tersenyum sedikit.

Kemudian Haechan tidak banyak tanya lalu terus mengangkat Aeryn menuju ke biliknya.

Dia tidak mahu mengejutkan Aeryn kerana mungkin Aeryn terlalu penat dan keadaan badannya mungkin masih belum sihat. Suhu badan Aeryn juga masih ada sisa-sisa panas demam.

Haechan meletakkan Aeryn di atas katilnya kemudian dia mengambil satu bantal dan dia ingin terus bangun dan meninggalkan Aeryn untuk menuju ke ruang tamu.

"Jangan- jangan tinggalkan aku-"

"Tak tolong, tolong jangan tinggalkan aku"

Haechan mengundurkan dirinya kerana Aeryn bersuara tiba-tiba lalu dia menghampiri Aeryn dan duduk di sebelahnya.

"Jangan tinggalkan aku. Aku sayang kau-"

"Dia ni mengingau teruk ni" ujar Haechan perlahan.

"Jihoon"

"Jangan Jihoon jangan tinggalkan aku-aku sayang kau" lalu kelihatan air mata Aeryn mengalir.

"Kau sayang Jihoon aku tak salahkan kau tapi Jihoon ada sayang kau macam kau sayang dia ke" Haechan bersuara walaupun Aeryn tidak dengarnya.

"Haih Aeryn-Aeryn" ujar Haechan setelah mengelap sedikit air mata Aeryn yang mengalir tadi lalu dia bangun dan menuju ke ruang tamu.

Pagi itu, Haechan telah pun pergi ke sekolah. Haechan juga telah sediakan sarapan untuk isteri-ops, untuk Aeryn.

Jejak sahaja kaki di sekolah Haechan terdengar perbualan dua orang gadis membawang tentang Jihoon malah ada nama adiknya sekali.

"Weh kau ada dengar citer tak yang pasal Jihoon dengan Eunhee tu " ujar bawang Merah.

"Aku dengar diorang asyik berkepit je kebelakangan ni" sambungnya.

"Hekeleh kau tak tau ke sebenarnya diorang dua tu dah together-gether dah" balas bawang Putih.

"Eh Eunhee tu aku tengok takde lah lawa mana biasa-biasa je lagipun kita yang suka Jihoon ni pun dia tak pandang langsung" sambung Merah.

"Eh Aeryn tu ada apa-apa juga ke dengan Jihoon, aku perasan Jihoon pun ada lekat dia jugak" sampuk bawang Thailand.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 01, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Him & IWhere stories live. Discover now