Lima Belas

223 36 18
                                    

Warning : Chapter ini agak panjang :'D

-----

Astagfirullah al azim!

baru teringat aku tak solat Asar lagi.Aduh!

"Weh kau dengar tak ni?!" tengking Namjoon di hujung talian.

"Ha apa tak dengar? ulang balik." aku membetulkan songkok.Bagus Khairul.Tak dengar tapi betulkan songkok.Apa kaitan ni?

"Haura ada dengan aku.Nak dia selamat?"

"Takpayah buat iklan lah! kenapa culik dia?!" amarah aku tak dapat ditahan. Come on la bakal zaujah aku dengan orang lain kot! k Khai melampaunya.Dia masih haram untuk kau.

"Sebab Kau berubah! sedarlah.Kau tu Jeon Jungkook."

"Tak.Aku Khairul Yusof!" aku membidas.Payah lah cakap dengan orang tak faham bahasa ni.Aku dah ulang haritu nama aku Khairul Yusof.Bila Namjoon pekak ni Ya Allah!

"Kau datang Gangnam.Datang dekat stor bighit entertainment! aku tak kira.Aku bagi masa sampai esok je.Kalau tak lenyaplah Haura tak guna kau ni."

Tuttt....tutt....

Telinga aku panas.Muka aku mula merah padam.Sakitnya hati aku mendengar ayat-ayat dia.Ya Allah dugaan apa lagi ni Ya Allah.

Haura....maafkan aku sebab libatkan kau.

Aku mula menangis.Adakah salah aku sebab menukar agama? adakah salah aku kerana melakukan perubahan? adakah ini semua salah aku?! 

Aku terduduk di jalan tar masjid.Aku menangis.Kenapa mesti orang lain yang jadi mangsa? tak boleh ke dia biarkan aku gembira?

Ya Allah beratnya ujian ni.Aku sakit Ya Allah.Haura tak bersalah.Dia tiada kaitan dalam hal ini.

Kalau macam tu,patutkah aku menjadi Jeon Jungkook semula? patutkah aku kembali kepada diri aku yang dulu? Jeon Jungkook....

Aku buntu Ya Allah.

"Ustaz..."

Aku mengesat air mata.Aku mendongak.Kelihatan murid-murid aku berada di sekeliling aku. Haikal, Amin, Zarif, Aiman dan Afiq.

"Kenapa ustaz sedih ni?" soal Amin selaku yang paling tua iaitu 6 tahun. "Tak--tak ada apalah.Kalau kita sambung kelas kita nanti boleh?" soal aku dengan senyuman palsu.

"Ustaz jangan sedih.Mak saya pernah cakap,La tahzan Inallaha ma'ana.Jangan bersedih sebab Allah bersama kita." ujar Aiman pula.Aku tersenyum. Anak murid sapa la pandai sangat ni ohok.

"Terima kasih." ucap aku.Terharu ada murid-murid macam ni. "Kalau macam tu,kami balik dulu ustaz." Afiq pula bersuara. Aku mengangguk. "Paper roger ustaz!" kata Zarif.Walaupun aku tidak faham,aku hanya mengiyakan.

"Assalammualaikum ustaz!" ucap mereka berlima.

"Waalaikumussalam." 

Sejurus bayangan mereka hilang,satu suara datang menegur aku.

"Awalnya kelas habis.Ada apa-apa ke?" soal Pakcik Lee. "Saya...." aku menjeda ayat. "Kenapa ni Khai? ceritalah.Pakcik tolong mana yang boleh." ujarnya.Tanpa membalas aku terus menangis.Aduh tisulah pulak aku kalini.Takpala Rasulullah kata kita kena banyak menangis daripada ketawa.So maruah aku tak jatuh lagi muahaha.

"Khai...ni mesti pasal lelaki haritu kan?" agak pakcik Lee.Aku hanya mengangguk. "Khairul kena ingat,Allah tak pernah bagi ujian yang kita tak mampu.Khairul anggaplah ni ujian daripada Allah." pakcik Lee menasihati aku.

Penghijrahan Seorang Jungkook ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora