Predicament | Chapter 15

102 34 13
                                    






"Thank you." Jinsang mengucapkan tanpa menoleh ke arah Hanbin yang baru sahaja menghantarnya pulang ke vila Junhoe kembali. Dia mahu menyewa teksi namun dia tidak membawa wang dan dia tidak mahu meminta wang kepada Hanbin. Dia juga sebenarnya tidak mahu meminta lelaki itu menghantarnya pulang. Tetapi, dia akhirnya bersetuju juga.

"Welcome." Hanbin membalas dengan datar.

Jinsang membuka pintu kereta hendak keluar namun Hanbin menarik tangannya, membuatkan dirinya terduduk kembali.

"Macam mana dengan kandungan kau?"

Jinsang terdiam. Hatinya yang tadinya dingin kepada lelaki itu kembali berbunga-bunga. Bahagia apabila lelaki itu sudi bertanyakan khabar kandungannya.

"Baik." Jinsang mahu bercerita panjang namun dia dalam masa yang sama tidak mahu mengkhianati Junhoe dengan lebih banyak. Dia mahu meluangkan masa bersama Hanbin bercerita tentang kandungannya kepada Hanbin, namun dia tidak mahu masalah yang lebih besar berlaku

Jinsang melangkah keluar. Dia melambaikan tangan ke arah Hanbin sebelum melangkah masuk ke dalam halaman rumah. Ternyata, Donghyuk dan isterinya belum pulang. Kereta mereka masih di sana. Jinsang menarik nafas panjang. Dia malu hendak melangkah pulang. Dia malu. Dia mahu pulang ke rumahnya sendiri, bersembunyi di sana namun segala keperluannya berada di sini.

Jinsang menekan loceng, sesekali mengetuk pintu utama. Pintu itu dibuka oleh Yonhee dan Yonhee terus memeluknya dengan wajah risau.

"Unnie, Yonhee risau!" Yonhee meluahkan perasaannya. Walaupun dia meluat dengan sifat Jinsang, dia tetap sayang akan wanita itu.

"June mana?"

Yonhee menggeleng. "Dia belum baliklah unnie. Kami risau dengan kamu berdua. Dahlah dua dua keluar dalam keadaan marah macam tu."

Jinsang terpaku sejenak. Dia melangkah masuk ke dalam rumah. "June tak balik rumah lagi?"

Yonhee menggelengkan kepalanya. "Tapi, dia ada hantar pesanan suruh pergi rumah Hanbin untuk cek unnie kalau unnie tak balik lagi sebelum 7 petang."

Jinsang tersenyum kelat. Junhoe masih merisaukan dirinya. "Okay. Mana Byunjoo?"

Yonhee menunjuk ke arah ruang rehat keluarga dimana Donghyuk sedang tidur di atas paha isterinya. Mereka berdua sedang fokus menonton movie pada televisyen.

"Unnie lapar." Jinsang akhirnya mengadu. Perutnya dari tadi lagi berbunyi. Dia kelaparan. Semalam, dia telahpun membazirkan semangkuk bubur buatan Junhoe. Karmanya, dia tidak sempat makan walau sebutir pun nasi walau hari sudah pun petang.

Dia bangun dari tidur pun sudah pukul 1 tengah hari. Selepas berjam-jam pergaduhan, dia tidak sempat pun menjamah air ataupun nasi.

Setelah sedar betapa dirinya tidak mendapat cukup zat harini, kepalanya mula pening. Hatinya mula risau. Dirinya mula panik. Peluh-peluh mula mengalir di bahagian dahinya. Wajahnya yang sudah pucat semakin memucat.

"Okay, unnie masuk bilik dulu. Nanti Yonhee masak." Yonhee mengarah sebelum berlalu untuk ke dapur.

Jinsang berjalan dengan langkah berat ke arah biliknya. Dia pun mandi dan kemudian berehat di atas katil dalam pakaian baru yang lebih selesa. Kepalanya semakin berat. Dia kepenatan. Menangis telah membuatkan kepalanya dua juta kali lebih menyakitkan. Dia dapat berasa bahawa perutnya seperti dicengkam kuat dari dalam.

"Unnie.." Yonhee masuk dengan membawa dulang. Dia telah memasak bubur nasi seperti semalam. Membuatkan Jinsang teringat akan kebodohannya semalam. Membuatkan selera yang penuh tadi hilang.

"Unnie nak susu sajalah. Taknak makan."

"Tadi kata lapar." Yonhee mencebik. Namun, tangannya tetap menghulurkan segelas susu kepada kakak tirinya itu.

Jinsang menggeleng. "Entah, unnie tak boleh nak makan."

Yonhee mengeluh. "Kalau jadi apa-apa nanti macam mana?"

Jinsang tidak menjawab, terlalu letih dan terlalu pening. "Keluarlah, tinggalkan bubur tu dekat atas meja. Nanti unnie makan. Unnie sakit kepala sangat dahni."

"Nak Yonhee picitkan?"

"Tak perlu."

Yonhee akhirnya meninggalkan bilik itu dan seterusnya menutup pintu rapat.

Jinsang memegang perutnya yang semakin menyakitkan. Dia tidak tahu apa yang sedang berlaku, namun dia berasa sangat kenal dengan perasaan ini. Perasaan dimana dia keguguran dahulu setelah ditendang tampar oleh Hanbin.

Hanbin yang suka mabuk.

"Eomma, Jinsang rindu eomma." Jinsang berkata lirih dengan perlahan. Matanya mula berair. "Kenapa Jinsang kahwin dengan Hanbin? Kenapa Jinsang kahwin dengan June?" Jinsang mengesat air matanya.

Namun, air matanya tidak berhenti. Akhirnya dia hanya membiarkan air matanya mengalir sambil dia mula meningat memori dimana dirinya selalu dijaga oleh ibunya dahulu. Memori bersama mendiang ibunya adalah memori yang terindah. Memori yang tak dapat dibeli dengan harta. Memori yang paling bermakna.

"Jinsang nak eomma yang jaga Jinsang." Jinsang menyambung lirihannya. Dia begitu merindukan ibunya. Dia juga merindukan kandungannya yang gagal dia pertahankan dahulu.

"Jinsang jahat eomma. Jinsang tak mampu jadi isteri yang baik untuk June macam eomma jadi isteri yang baik untuk appa. Maafkan Jinsang. Jinsang tak tahu kenapa hati Jinsang jahat sangat. Jinsang benci diri Jinsang.." Lirihan demi lirihan berserta air mata berterusan keluar dari dua ulas bibirnya.

Tekanan yang dirasakan mula berkurangan. Rindu yang dipendam kepada ibu, dan anaknya dahulu semakin lama semakin diluah. Semakin berkurang. Setelah beberapa detik, kedua matanya akhirnya terpejam.








Junhoe pulang tepat pada jam 12 tengah malam. Dia pulang dengan diri yang berbau sangat busuk kerana belum mandi. Dia memandang kosong kebun yang tak sempat dijalankan pada hari tersebut.

"June baru balik?" Yonhee bertanya setelah dirinya membuka pintu.

"Ya,Jinsang dah balik?" Junhoe terus bertanya perihal isteri yang telah dia tinggalkan di rumah Hanbin itu.

Yonhee mengangguk. Kemudian, dia sedar akan sesuatu perkara. "Oh my god!"

"Kenapa?" Junhoe terus tidak sedap hati.

"Unnie masih belum makan. Dia sejak pulang ke rumah pukul 6 tadi masih belum bangun dari tidur dia untuk makan." Yonhee menutup mulut. "Maafkan Yonhee. Yonhee tak ing-"

Junhoe mahu sahaja menampar, dirinya sendiri. Dia telah memulaukan Jinsang. Membuatkan isterinya itu tidur dalam kelaparan. "Bukan salah Yonhee. Salah saya." Dia pun meluru laju ke arah bilik tidur Jinsang.

Dia membuka pintu dan dia mendapati jendela bilik Jinsang tidak tertutup. Lampu dipasang dan gigitan beberapa ekor nyamuk turut kelihatan pada wajah Jinsang. Dia juga dapat melihat jelas bekas air mata pada wajah isterinya itu.

Junhoe berasa bodoh. Sangat bodoh.

Dengan suara yang lemah kerana ingin menangis atas kebodohannya sendiri, Junhoe mula mengejutkan isterinya. "Jinsang..bangun."

Jinsang bergerak perlahan sebelum matanya perlahan-lahan dibuka. Setelah matanya menangkap wajah Junhoe, air matanya kembali tumpah. "Junhoe, saya minta maaf."

Junhoe terus memeluk Jinsang, tidak peduli jika si isteri perlu menghidu bau busuk badannya yang belum mandi. Dia memeluk Jinsang erat.

"Aku yang perlu minta maaf. Aku dah buat benda bodoh. Aku tinggalkan kau depan rumah lelaki bodoh tu." Junhoe menangkal laju. "Kau lapar?"

Anggukan Jinsang hampir membuatkan air mata lelakinya tumpah.





TBC

Yeay fifth update for today :)

Wanna cry with me?

Jom.

[C] Predicament ; k.j.hTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang