Bab 28

2.5K 145 24
                                    

Waktu rehat baru bermula, dan para pelajar pun berlari ke kantin macam setahun tak makan.

"Jom El, aku lapar gila wei." Dayana menarik tangan Elyna untuk keluar kelas.

"Kau tak breakfast ke pagi tadi? Setahu aku kau ni jenis yang tak makan waktu rehat." Mereka jalan ke kantin dengan langkah yang tersangatlah perlahan. Macam jalan pergi mall.

"Tak sempat. Aku terbangun lambat pagi tadi. Ibu ada suruh aku jamah, tapi aku tak nak, aku takut lambat."

"Lah. Kau tak lambat pun lah, kau lagi awal dari aku kot. Relaks dah la."

"Kau cakap boleh lah. Aku ni makan lambat, buatnya aku datang lambat, tak ke kena denda."

"Apa motif kawan baik kau jadi penolong ketua pengawas? Pandai lah aku cover kau nanti. Tapi! Jangan selalu dah lah, nanti aku pulak yang kena."

"Amboi, kalau dah membawang, aku korang tak ingat pun kan." Rayyan yang entah datang dari mana tiba-tiba mencelah.

"Eh! Yan, sorry lupa pulak nak tunggu kau. Ni ha makwe kau ni kebulur sangat macam setahun ibu tak kasi makan."

"Ei jahat la!" Dayana menarik tudung belakang Elyna.

"Dayan! Rosak lah tudung aku!" Elyna sudah memuncungkan mulutnya.

"Sorry." Hanya itu je yang Dayana mampu cakap. Takkan nak cakap padan muka pulak. Mahu kena penampar dia.

"Tak pe lah. Aku pergi toilet kejap. Korang pergi lah kantin dulu. Nah duit, belikan aku roti jagung dengan air kotak susu dutch lady yang strawberry." Elyna menghulurkan duit kepada Rayyan.

"Kau tak payah cakap pun kitaorang tahu lah. Kau tu mana ada makanan lain, setiap hari makanan sama. Favourite sangat roti jagung dengan susu strawberry tu." Rayyan sempat membebel dekat Elyna.

"Dah tahu baguslah. Dah lah pergi, nanti makanan habis mula lah mak dinasour ni marah."

"Elyna!" Dayana tertinggi kan suara dekat Elyna. Suka hati je panggil orang mak dinasour. Tapi Elyna tak terasa pun.

"Dah, dah jom. Elyna cepat sikit."

"Baiklah Rayyan ku sayang." Sengaja Elyna nak mengusik Dayana. Mereka berdua tahu akan perasaan masing-masing tetapi mereka putuskan untuk tidak couple, bak kata mereka, simpanlah dulu perasaan tu, dah mampu nanti Rayyan nak masuk meminang. Yelah.

"Ei, kau saja je kan nak jeles kan aku." Rayyan tergelak tengok telatah dua orang sahabat ni.

"Dah. Sayang jom." Sengaja Rayyan pun nak mengusik Dayana.

"Uyo! Suka lah kau Dayan!" Elyna tergelak dan terus masuk ke dalam toilet.

Setelah selesai membetulkan tudung, Elyna keluar dari tandas. Baru beberapa langkah, dia terdengar suara seseorang, suara yang dia sangat kenali. Dia pun mengintai dan curi dengar, betul la Zafreel dan Raina.

"Thank you sayang! Lawanya. Mana you tau I suka benda-benda macam ni. So cute!" Raina memegang satu teddy bear, comel sangat! Dengan coklat.

"Oh come on lah sayang! Relationship kita dah bertahun lah. Tipu lah kalau I tak tau." Zafreel mengusap kepala Raina.

"I tak sabar nak kahwin dengan you."

"Me too."

Elyna tak sanggup nak dengar dah, baru je dia nak pergi, Raina memanggil namanya.

"Dah puas menghendap orang? Nak report dekat cikgu? Ha report lah." Hanya Raina yang berkata-kata manakala Zafreel terkedu. Dia terkejut sebab Elyna dengar.

E L Y N A [✓]Where stories live. Discover now