제 1 회

816 66 29
                                    

Sebelum bermula aku nak ingatkan jangan panggil aku author or sis or seangkatan dengannya.Just panggil aku Jay

•••

This is not what I want

=======🐻🐻=======

"Lembap,"
"Haha.Kau tak pandai main ke?"
"Tengok aku dah kalah,"

Nilah rutin harian aku.Main game.Makan.Lepak.Tidur.Bosan tak?Aku rasa bosan gila.Mak ayah aku?Macam biasa busy je.Kadang-kadang kerja kat dalam negara,kadang-kadang kat luar negara.Macam dalam drama,anak macam aku ni kena berdikari.

Sekarang mak ngan ayah aku dekat Jeju.Tak taulah mereka buat apa.Kerja mungkin.Ahh...Aku bosan.Sebab tulah aku nak mak ngan ayah aku ambil anak angkat.

Tapi

Aku taknak umurnya atas aku atau bawah aku.Aku nak umurnya 17 tahun sebaya aku.Dan paling penting aku nak lelaki aku taknak perempuan.Sebab apa?Sebab aku tak suka.

Jariku mula menekan punat-punat alat kawalan ps4.Aku memang mahir dalam hal ni.Tapi jangan tanya pasal result exam aku..Biarlah hanya aku dan keluarga yang tau.

Tetiba aku terdengar pintu utama mula tebuka.Aku tidak menoleh kerana aku tau tu mak ayah aku.

"Taehyung," panggil makku.

"Ye?" aku tidak menoleh.Mataku fokus pada Tv.

"Tae,mama ada surprise untuk Tae,"

"Cakap jelah," aku tidak masih menoleh.

"Kim Taehyung!Mama kamu panggil kan?" Ayahku dah mula bersuara.Eii..Seram pula ayah aku ni.Aku mengeluh.Aku meletakkan alat kawalan ps4 di atas sofa dan menoleh pada parentsku.

Dahiku berkerut apabila aku melihat seorang perempuan yang berbaju sweatshirt merah dan berseluar jeans hitam.Dia memeluk lengan mak aku manakala tangan kirinya memeluk teddy bear.Sape dia ni?Dia nak rampas mak aku ke?

"Mama sape dia ni?"

"Nilah adik angkat kamu,"

"Apa?" aku bangun dari sofa.Adik angkat?

"Mama rasa Tae dengar.Ni adik angkat Tae,"

"Tapi...mama ni bukan yang Tae nak.Tae nak laki bukan perempuan," suara aku mula meninggi.Biasalah anak tunggal.

"Taehyung.Hargailah.Dulu kamu nak adik beradik angkat sangat.Sampai tak boleh tunggu.Bila dah dapat kamu banyak pula songeh," ayahku menegur.Walaupun mukanya tenang tapi intonasinya tegas.

"Dahlah tu,bang," mak aku cuba menenagkan ayahku.

"Abang masuk bilik dulu.Biar saya bincang dengan Tae," ayahku mengangguk.Ayahku terus naik ke bilik.

"Jihye,tu Oppa.Taehyung oppa.Yang mama selalu cerita tu?"

"Oppa?"

"Ye,oppa.Yang Jihye nak sangat jumpa tu," Oppa?Taehyung oppa?Gelinya aku.

Budak tu memandangku.Dia melepaskan pegangan pada lengan makku.Perlahan-perlahan dia berjalan ke arahku.Aku sorang je ke yang perasan perangai Jihye ni macam budak-budak 5 tahun?

Yelah.Cuba kau tengok.Badan dia macam budak tingkatan tapi peluk teddy bear macam budak kecil.Tak pelik ke?

Kini,dia berada di hadapanku.Aku memandangnya atas bawah.Dia tersenyum sehingga menampakkan giginya.Betul ke.tidak budak ni?

"Oppa," aku tidak menjawab sebab ni kali pertama orang panggil 'Oppa'.

"Jihye nak sangat jumpa oppa.Mama kata oppa hensem.Akhirnya dapat pun jumpa oppa.Jihye happy sangat,"

Secara tiba-tiba dia memeluk aku.Aduh kenapa dia peluk aku ni?Honestly,ni kali pertama perempuan peluk aku.Apa yang perlu aku buat?Patutke aku tolak dia atau biarkan je.Tolak jelah.Dahlah stranger.

Dengan keputusan yang aku pilih,aku menolak dia tapi pelukan dia terlampau erat.Macam taknak lepas.

"Hish!Lepaslah.Kau pasal peluk aku?Lepaslah," aku cuba menolaknya untuk kali kedua tetapi hasilnya masih sama.Aku memandang mamaku.

"Mama tolong Tae," makku hanya tergelak kecil.Apa yang lawaknya?Mama akhirnya berjalan ke arahku.

"Jihye jangan peluk oppa je.Kenalkanlah diri.Oppa nak berkenalan dengan Jihye juga," tolonglah,aku nak berkenalan dengan budak ni?

Budak tu melepaskan pelukannya.Aku mengeluh lega.Rasa bebas.

"Annyeong,oppa.Nama kita Bae Jihye.Adik angkat oppa,"

"Umur?" tanya makku.

"Ha.Umur.Umur Jihye 14 tahun,"

"Apa 14 tahun?Ma,Kan Tae dah cakap Tae nak lelaki bukan perempuan.Dahlah muda 3 tahun dari Tae.Tae taknak budak ni," aku memeluk tubuh.Bukan ni yang aku nak.

"Taehyung,kenapa cakap macam tu.Susah tau tak,nak ambil anak angkat.Lagipun budak lelaki kat orphanage sana taknak dijadikan anak angkat.Yang nak perempuan je.Lagipun mama tengok Jihye ni comel tu yang mama ambil dia,"

"Tapi mama,Tae taknak,"

"Taehyung lebih baik kamu dengar cakap mama atau mama suruh papa rampas ps4 kamu,"

"Ma!"

"Dengar cakap mama atau no more ps4?"

"Yelah.Yelah,"

"Bagus tapi ada sikit masalah," masalah apa pula ni?

"Apa?"

" *bisik* Jihye ada penyakit,"

"Penyakit?"

" *bisik* perlahanlah sikit.Dia ada CDD,"

"Apa tu?"


" *bisik* Childhood disintegrative disorder,"

"Huh?"

🌸

🌸

🌸

🌸

Symbol :

🍁ㅡSkip time

🌸ㅡTo be continue/End

🐻ㅡ Beginning

🌿ㅡEpilogue

🌾ㅡPoint of view/POV

𝕀 𝟚 𝕌 Where stories live. Discover now