Ost : Tonight [이 밤]
by
Jin BTS [방탄소년단 진]•••
Malam
_____________
"Aku nak kau ingat jalan balik dari sekolah ke rumah," kata Taehyung setelah mereka turun dari bas.Jihye mengangguk.
"Pastikan kau ingat betul-betul.Faham tak?"
"Faham,"
"Ok.First kau terus je.Jangan pandai-pandai nak ambil lorong lain," Taehyung memulakan perjalanan diikuti Jihye.Dia cuba sedaya upaya mengingati jalan pulang ke rumah.
"Perjalanan dari sekolah ke rumah ada 3 lorong.Aku rasa lorong tu yang buat kau keliru so aku ada sediakan sesuatu," Taehyung mengeluarkan sesuatu dari poketnya.
"Kapur?Mana oppa dapat kapur?"
"Tulah kau.Apa yang kau tau.Bersusah payah aku curi kat pejabat.Nasib takde orang nampak," Taehyung menaikkan cermin matanya yang hampir terlorot.
"Tapi mencuri kan tak baik," Taehyung sentap.
"Kau tak payah nak ceramahkan aku.Aku tau apa yang aku buat.Dah stop pasal tu.Sekarang ni aku tanda kat sini bermakna kat sini bermakna kau akan lalu lorong sini," Taehyung membuat tanda anak panah kecil di dinding tersebut.Tak boleh buat besar-besar nanti orang ingat dia vandalism.
"Faham tak?"
"Faham," Taehyung mengajar Jihye jalan pulang sehingga sampai di rumah.Setiap laluan yang bercabang dia akan tanda dengan anak panah supaya senang Jihye mahu pergi sekolah seorang diri.Takdelah sesat lagi.
•
•
•
•
Malam
Taehyung menukar-nukar saluran televisyen.Bosan.Game tak boleh main sebab controller pecah.Cerita pula tiada yang menarik.Dia berhenti pada saluran TvN.Mother's touch.
Ok gak Mother's Touch.Boleh tengok orang makan-makan.
Air liurnya hampir meleleh melihat makanan yang dimasak oleh cef perempuan tersebut.Dia memegang perutnya.Rasa lapar pula padahal baru je makan tadi.
"Aik Tae.Tengok Tv pula.Tak main game ke?" tegur papa yang baru turun dari tingkat atas.Dia melabuhkan punggung di sebelah anak terunanya.
"Main game apanya.Controller dah pecah,"
"Macam mana boleh pecah?""Aa.." dia memikirkan idea.Takkanlah dia nak bagitau yang dia baling kat dinding haritu sebab marah sangat.No.Tak mungkin.
"Hari tu terjatuh dari meja kat dapur tu.Meja tu kan tinggi sebab tulah pecah," tipunya.
"Oh.Macam tu.Nanti papa beli baru,"
YOU ARE READING
𝕀 𝟚 𝕌
Fanfiction❝ Aku benci dia sebab dia cacat.Sape nak jaga orang cacat? Menyusahkan. ❞ ━─┉┈◈❖◈┈┉─━ "Oppa apa yang dorang tengah buat?" "Oh.Diaorang tengah bercium," "Bercium?Apa tu?" "Sini aku tunjuk kat kau," ━─┉┈◈❖◈┈┉─━ Mengisahkan seorang lelaki yang lebih m...