☃03☃

1.4K 127 20
                                    

"Mereka ialah Putera Ice World. Putera Kevin dan Putera Jacob." Beritahu Omma Minjoo.

Dahi Minjoo berkerut.

Dia tak faham.

Putera?

Ice World?

"Dan.....Omma sebenarnya... bukan Omma Minjoo." Sambung Omma Minjoo.

Bertambah berkerut dahi Minjoo.

"Omma.. bukan Omma Minjoo? Omma bergurau je kan.." nafi Minjoo.

"Betul Minjoo. Omma bukan Omma Minjoo. Omma tunggu masa yang sesuai untuk beritahu hal ini. Dan sekarang ialah masa yang sesuai untuk Omma beritahu semua tentang diri Minjoo yang sebenarnya." Kata Omma Minjoo sambil genggam tangan Minjoo.

"Kalau Omma... bukan Omma Minjoo.. jadi, siapa Omma Minjoo yang sebenar?" Tanya Minjoo yang sudah bergenang dengan air mata.

"Omma Minjoo ialah permaisuri Ice World. Dia sudah mati akibat peperangan yang berlaku di Ice World dulu. Omma hanya pembantu peribadi Omma Minjoo." Beritahu Omma Minjoo.

"Permaisuri Ice World. Wujud ke Ice World tu?"

"Omma tahu, Minjoo rasa pelik dengan semua ni. Tapi, Ice World tu memang wujud. Ianya terletak di dunia lain."

"Habis tu.. apa kena mengena antara diorang dengan Minjoo?"

"Appa diorang menganti tempat Appa Minjoo selepas kematian Appa Minjoo. Appa Minjoo ialah sepupu Appa diorang. Tujuan mereka datang sini, sebab diorang nak bawa Minjoo semula ke Ice World."

"Bawa Minjoo ke Ice World? Untuk apa? Tak boleh ke Minjoo duduk je dekat bumi ni?" Soal Minjoo.

"Minjoo ialah Puteri Ice World. Lagi pun, apabila tibanya hari kelahiran Minjoo yang ke-17, Minjoo akan ada kuasa yang muncul dalam diri Minjoo. Setiap Putera dan Puteri akan ada kuasa istimewa pada diri masing-masing. Jadi, mungkin bahaya untuk orang-orang di bumi kalau Minjoo tidak boleh kawal kuasa Minjoo." Terang Putera Jacob.

Minjoo blur.😕

Dia tak tahu nak beri riaksi apa.

Perlu ke dia rasa sedih sebab Omma sebenarnya sudah mati?

Atau dia perlu rasa gembira sebab dia merupakan puteri Ice World?

"Sekejap! Hari kelahiran Minjoo yang ke-17? Esokkan!!" Kata Minjoo.

Omma dan dua putera itu hanya menganggukkan kepalanya.

Minjoo sekali lagi blur.😕

"Jadi, bila Minjoo kena pergi ke sana?" Soal Minjoo ingin tahu.

"Bila Minjoo dah bersedia" jawab Putera Kevin.

Minjoo hanya anggukan kepalanya.

Minjoo pandang Ommanya.

Minjoo peluk Ommanya.

"Kalau Minjoo pergi ke sana, Omma ikut sekali tak?" Soal Minjoo pada Ommanya.

"Tak." Jawab Omma Minjoo.

"Tak? Takkan Omma tinggal dekat bumi ni seorang-seorang?"

"Minjoo tak payah lah risau. Omma masih kuat untuk jaga diri Omma sendiri"

"Habis tu, kalau Minjoo rindu Omma macam mana?" Soal Minjoo tidak mengalah.

"Minjoo datanglah bumi, kalau Minjoo rindukan Omma.." kata Ommanya sambil peluk Minjoo dengan erat.

"Omma jangan risau tau. Minjoo tetap anggap Omma macam Omma Minjoo sendiri." Kata Minjoo yang sudah menangis teresak-esak.

-

12 PRINCE ICE WORLD || TBZWhere stories live. Discover now